Sunday, January 4, 2026

Cuti Panjang di Malaysia Tahun 2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Didoakan agar semua beroleh kesejahteraan dan dipermudah segala urusan. Kali ni cerita best, saya nak kongsi calendar cuti panjang tahun 2026 yang saya pasti ada juga antara rakan bloggers sudah kongsi di post mereka.. Versi saya plan cuti untuk diri sendiri. Harap saya dapat peluang mengambil cuti tahunan sebab banyak juga cuti tersepit tahun 2026 ini.. Indirectly boleh rehat sedikit jika dibandingkan dengan tahun 2025.

Kalau kita lihat pada calendar, bulan Januari 2026 cuti tahun baharu jika ambil cuti tersepit dapatlah kita bercuti selama 4 hari hingga 4 Januari 2026. Alhamdulillah saya dapat menikmati cuti tersebut malah saya ambil cuti hingga hari Isnin, 5 Januari 2026 kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.

Cuti Panjang 2026

JANUARI 2026
Bagi pekerja di Negeri Sembilan seperti saya, pada 14 Januari 2026 (Rabu) merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Apply cuti tahunan 2 hari dapatlah berehat selama 5 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Kebetulan cuti tahunan saya masih berbaki 2 hari dan boleh dibawa ke tahun 2026 so I will think about it. Harap takde something urgent ketika itu.

FEBRUARI 2026
Cuti ganti sempena Thaipusam pada hari Isnin, 2 Februari 2026 bagi negeri Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor. Memandangkan cuti Hari Wilayah jatuh pada hari yang sama dengan Thaipusam dan merupakan cuti wajib kepada pekerja sektor swasta di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan di Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] maka majikan perlu beri cuti ganti kepada hari berikutnya iaitu hari Selasa, 3 Februari 2026 (tertakluk kepada majikan yang mengambil cuti Thaipusam sebagai baki 6 pilihan cuti kelepasan am selaras dengan peruntukan subseksyen 60D(1)(a) Akta Kerja 1955 [Akta 265].)

Tahun Baharu Cina pula disambut pada 17 Februari 2026 hingga 18 Februari 2026. Jika ambil cuti tahunan pada 16 Februari 2026 maka dapatlah cuti Sabtu, Ahad hingga 18 Februari 2026 sebanyak 5 hari keseluruhannya. Jangan lupa 1 Ramadan 1447H jatuh pada 19 Februari 2026 (Khamis).

MAC 2026
Ini agak sedih, Hari Raya Aidilfitri tahun ini tak dapat cuti lama sebab jatuh pada 21 Mac 2026 dan 22 Mac 2026. Cuti ganti pada hari Isnin, 23 Mac 2026 sahaja. The rest ambil annual leave sendiri, no more cuti free.

APRIL 2026
Takde cuti free. Mau cuti kena ambil cuti tahunan sendiri.

MEI 2026
Cuti Hari Pekerja, 1 Mei 2026 (Jumaat) so dapat 3 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Seterusnya Hari Raya Aidiladha di tengah minggu pada 27 Mei 2026 (Rabu). Hari Wesak pula pada Ahad, 31Mei 2026.

JUN 2026
Di awal bulan saja sudah cuti umum sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 (Isnin) maka dapatlah cuti selama 3 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Cuti umum lain dalam bulan ini ialah Awal Muharam iaitu pada 17 Jun 2026 (Rabu) di tengah minggu.

Malaysia Long Weekends 2026

JULAI 2026
Bagi pekerja di Negeri Sembilan bulan Julai 2026 tiada cuti umum sama seperti bulan April 2026. 

OGOS 2026
Cuti umum pada bulan Ogos ialah Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) pada 25 Ogos 2026 (Selasa) so apply annual leave hari Isnin, 24 Ogos 2026 dapat cuti 4 hari berturut-turut. Seterusnya Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 (Isnin), bonus cuti 3 hari termasuk Sabtu dan Ahad.

SEPTEMBER 2026
Bulan ini hanya sehari cuti umum iaitu cuti Hari Malaysia pada 16 September 2026 (Rabu) again di tengah minggu.

OKTOBER 2026
Tiada cuti umum untuk pekerja di Semenanjung Malaysia pada bulan Oktober tahun ini.

NOVEMBER 2026
Ada satu saja cuti umum iaitu Deepavali pada 8 November 2026 (Ahad) so cuti gantian pada hari Isnin, 9 November 2026.

DISEMBER 2026
Cuti hujung tahun Hari Krismas pada 25 Disember 2026 (Jumaat), 3 hari cuti termasuk cuti mingguan.

Habis sudah setahun mengira cuti-cuti Malaysia.. Cuti merupakan hari yang sangat berharga kepada setiap pekerja. Untuk makluman cuti yang saya highlight di sini cuti yang terlibat dengan saya, seorang individu yang bekerja di Negeri Sembilan. Cuti mengikut negeri lebih terperinci boleh click di sini - Jadual Cuti Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2026.

Akhir kata, semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan dan merancang cuti dengan baik. Setakat ini saja perkongsian saya. Jumpa lagi di post akan datang. Thank you for dropping by and bye-bye..



Regards,

Share:
Read More

Saturday, January 3, 2026

Minggu Terakhir Sebelum Penutup Tahun 2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini masuk hari ke-3 tahun 2026. Saya masih lagi dengan kisah di tahun 2025 yang menjadi kenangan sepanjang zaman. Kita sama-sama throwback sekejap. Kisah minggu terakhir sebelum tahun baharu 2026. Saya akan ingat tarikh 29 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025, tarikh-tarikh di mana orang lain sibuk menghabiskan cuti tahunan tapi saya sibuk bekerja hingga lewat malam.. Scroll social media cousin bercuti di Turki sedang main salji, kenalan lain pula di Swiss. Saya di office bergelumang dengan kertas, huhuhu bertabahlah jika itu ketentuan Illahi.

Goodbye 2025, Hello 2026

Seawal bulan Disember 2025, saya sibuk membuat persediaan terhadap kes salah laku berat di mana saya di bahagian team pendakwaan. Bila tugas telah diamanahkan, saya sejenis akan ambil tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh. The rest saya serahkan kepada kekuasaanNya, kun fayakun..

Bertolak dari sini pukul 11.07 malam

Pembuktian kes bukan sesuatu yang mudah.. Sepanjang persediaan sehingga tarikh pelaksanaan, otak seakan 'bengkak' dan berat apabila disimpan dengan segala macam input. At the same time, documents juga perlu teratur supaya tidak menjadi pertikaian semasa perbicaraan. 

Maka tiba tarikh 29 Disember 2025, bangun pukul 4.00 pagi untuk membaca akta dan peraturan yang berkaitan. Kes berjalan pukul 9.30 pagi dengan memanggil 11 orang saksi dan berakhir pada 11.07 malam. Selesai semua tugasan, tiba di pejabat pukul 11.45 malam, sampai di rumah pukul 12.00 pagi, plus minus hanya tidur 4 jam sahaja. Teramat letih tak dapat diungkap dengan kata-kata..

Keluar dari pukul 11.06 malam

Keesokkan harinya, 30 Disember 2025 mata bengkak, kepala pening akibat tak cukup rehat dan tidur lewat. Namun gigih ke pejabat kerana saya perlu memerah otak untuk menyediakan laporan bagi mendapatkan kelulusan dari pengurusan tertinggi berkenaan prosiding yang telah dijalankan. Office hour bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tugas saya selesai hingga jam 11.06 malam.

Alhamdulillah ketika ini otak tak lagi terasa berat seperti semalam sebab semua input dah habis dikeluarkan semasa sesi perbicaraan. Menyediakan laporan hanya mengingati maklumat dan perkara-perkara yang telah berlaku tak seberat memikirkan pembelaan untuk sesuatu kes.

Pulang ke rumah jam 11.49 malam

Hari seterusnya 31 Disember 2025 ketika orang ramai sibuk dengan ambang tahun baharu, saya masih di pejabat. Dokumen-dokumen  bukti perlu disusun, label dan disimpan rapi kerana kes ini mungkin akan dibawa seterusnya ke peringkat Mahkamah. Saya selesai semua tugasan hingga jam 11.49 malam.. Bertolak dari pejabat dan tiba di rumah pada pukul 12.15 pagi.

Kerjaya berkaitan undang-undang merupakan salah satu kerjaya yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Bekerja lewat begini bukan sesuatu yang asing namun ianya bergantung juga kepada practice areas and sector. Seingat saya paling lewat saya pernah berada di pejabat setakat ini pukul 1.00 pagi. Arrrghhhh, tak sanggup kerja begini di usia semakin menua, rasa nak berhenti kerja awal sebelum umur persaraan. Doakan impian saya terlaksana cepat ya kawan-kawan..

Begitulah cerita saya, kisah penutup tahun 2025 untuk diabadikan dalam blog ini.


Regards,

Share:
Read More