Saturday, June 6, 2026

Jom ke NyoRok Kopitiam

JOM KE NYOROK KOPITIAM SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan agar semua beroleh kesejahteraan dan diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan. Teringat belum share cerita tentang Nyorok Kopitiam, tempat saya dan ex-officemate lepak pada Jumaat, 18 May 2026 lalu. Today, not so rajin but feel like updating..

Nyorok Kopitiam Seremban

Nyorok Kopitiam terletak di Lorong Jawa 2, Bandar Seremban.. agak tersorok dan sesuai dengan nama kedai ini. Premis kedai jenis shoplot lama so classic. Bila kita melangkah masuk ke dalam kedai, vibes lama terasa. Terdapat sebuah meja di hadapan cashier menyediakan air kosong dan kuih-muih. Banyak pilihan ketika itu..

Nyorok Kopitiam Seremban

Suasana klasik decor kopitiam yang unik dan menarik..

Hiasan dalaman Nyorok Kopitiam Seremban

Ini definasi "me.nyorok" yang dinyatakan dalam kedai ini:

Istilah me.nyorok

Mari tengok pula menu, apakah makanan yang disediakan..

Menu makanan di Nyorok Kopitiam Seremban

Pilihan menu makanan agak terhad, namun pilihan menarik, citarasa tradisional seperti mee kari, kuewtiaw, mee sup, maggie sup, nasi lemak, telur separuh masak dan sepertimana yang tertera dalam menu di atas. Range harga dari RM3.90 hingga RM9.90.


Menu untuk minuman pula seperti kopi, nescafe, milo, minuman sejuk dan panas.

Here some pictures that I managed to upload.. Saya bawa pembaca melihat hiasan dalaman kopitiam ini.. Ruang kedai agak kecil, hanya boleh memuatkan beberapa meja sahaja jadi agak terasa kemeriahannya. 

Menu di Nyorok Kopitiam Seremban
Hiasan dalaman Nyorok Kopitiam

Kami berlima duduk di bahagian platform atas yang mempunyai 3 buah meja.. Di hadapan saya terdapat hiasan dulang-dulang lama zaman tok-tok kita dijadikan hiasan pada dinding, menarik! 

Batu angin, dapur di Nyorok Kopitiam Seremban

Saya duduk bersebelahan dinding batu angin ini yang memisahkan antara ruang makan dan dapur, sungguh unik dan aesthetic.. Masa menunggu tak lama, kami sembang-sembang belum habis cerita tak lama makanan pun sampai di meja..

Maggie sup siam, roti bakar dan teh ais buih

A friend of mine, ordered maggie sup siam, saya pula makan mee kari dan ada juga yang memesan apam Johol dan roti bakar. 

Mee kari 
Apam Johol

Minuman pula kami sepakat pesan teh tarik buih yang sedap dan kena dengan citarasa saya, ada umphhh! 

Teh tarik buih

Kebetulan cuaca ketika itu panas terik, jadi dapat minum teh tarik buih sangat nikmat rasanya.. Berbaloi order..

NyoRoK Kopitiam Seremban

Overall makanan dan minuman semua sedap, cuma ruang makan terhad dan jarak antara meja juga agak rapat.. It's okay for me, janji sedap, kenyang dan puas hati... Dalam perjalanan ke kereta, baru sedar kami tak ambil gambar kenangan bersama.. entah bila boleh jumpa lagi selepas ini, terlepas peluang ini huhuhu sedih. After makan-makan, they went back to the office, saya pula pulang ke rumah memandangkan masih belum start kerja lagi.. Good outing with Seremban's gang.. We were really happy..

Okay itu sahaja perkongsian saya kali ini.. hingga jumpa lagi. 

NoteOh ya, sangat dialu-alukan untuk follow Facebook baru saya, Lynne Zackaria memandangkan Facebook lama, Sis LZ kena hacked so saya terpaksa delete akaun berkenaan. Harapan saya dengan akaun Fb baru saya dapat kembali keep in touch dengan rakan-rakan blogger semua. 

Terima kasih.. 


Regards,

Share:
Read More

Tuesday, June 2, 2026

Setiap Pertemuan, Pasti Ada Perpisahan

SETIAP PERTEMUAN, PASTI ADA PERPISAHAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lately agak busy kerana mengurus kehidupan dan persekitaran yang baharu. Sudah lama saya ingin mengabadikan kenangan majlis perpisahan saya dari majikan lama tetapi masih belum ada kekuatan.. Perasaan saya masih sedih dan berat hati meninggalkan kawan-kawan yang baik membuatkan saya memutuskan untuk menangguhkan post ini. Hari ini barulah saya ada kekuatan dan kembali dengan semangat yang baharu.. 

Al-kisah pada 4 May 2026 lalu merupakan tarikh akhir saya menamatkan perkhidmatan bersama majikan lama setelah berkhidmat selama 15 tahun, 11 bulan dan 4 hari, to be exact.. Sedih? Tipulah kalau tak sedih sebab 'terpaksa' berpisah dengan kawan-kawan baik, berkongsi susah-senang bersama dan saling support each other through ups and down.. but on the other side ini adalah keputusan terbaik untuk diri saya. Punca berhenti kerja? I don't feel that I belong there anymore.. I think it's time for a career break.

Saya tendered 2 bulan notice dan menghabiskan tempoh notis tersebut dengan jayanya walaupun banyak 'dugaan' dan 'rintangan' but it's okay, kata orang it's a part of life.. Tak semua alam pekerjaan itu  akan sentiasa manis selama mana kita berada di situ.. Saya abaikan mana yang kurang elok tetapi saya focus kepada perkara positif dan meninggalkan kesan manis dalam diri ini..

Farewell lunch

Pada hari-hari terakhir bekerja, saya sempat berpesan dengan kawan-kawan rapat supaya jangan buat majlis perpisahan untuk saya.. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa, biarlah saya menempuh hari-hari terakhir seperti biasa. Saya pasti akan menangis nanti kerana sedih meninggalkan uolls.. Namun, mereka secara senyap membuat 'pakatan sulit'. Pada 28 April 2026, saya dijemput untuk menghadirkan diri ke jamuan perpisahan yang diadakan di The Urban Affairs, restoran kegemaran saya ketika lunch hour. Dalam fikiran ini mungkin  hanya kawan-kawan rapat sahaja yang hadir tetapi sangkaan saya meleset, berbelas orang datang meraikan majlis perpisahan saya dari pelbagai jabatan, ohh I'm deeply touched!

Thank you everyone for your lovely thoughts and support

Dalam majlis perpisahan itu, saya diberi slot untuk membuat ucapan perpisahan.. Korang saja nak tengok saya menangis kannn.. tapi tak mengapa, saya ambil peluang yang ada dengan memberi semangat kepada mereka. Berikut saya kongsikan ucapan saya sebagai kenangan:

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua officemate yang telah menganjurkan majlis ini dan juga Pengurus Besar yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis perpisahan ini. Walaupun saya menolak kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, namun usaha dan keikhlasan kalian tetap diteruskan. Ini menunjukkan betapa kuatnya nilai persahabatan dan kebersamaan yang telah kita bina sepanjang saya di sini. Saya amat tersentuh dan menghargainya.

Sepanjang tempoh saya bersama di sini, banyak pengalaman, kenangan dan pengajaran yang saya perolehi. Ada masa kita diuji, ada masa kita bergelak ketawa dan itu semua membentuk siapa kita hari ini. Saya percaya setiap daripada kita hadir dalam hidup masing-masing bukan secara kebetulan tetapi dengan hikmah yang tersendiri.

Sokongan, bantuan dan keprihatinan yang diberikan, walaupun dalam perkara kecil sebenarnya memberi kekuatan yang besar kepada seseorang. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita beri itu kecil tetapi bagi orang lain, ia mungkin menjadi sebab mereka mampu terus bertahan. 

Kepada rakan-rakan yang saya tinggalkan, jagalah hubungan sesama kita. Teruskan budaya saling menyokong dan memberi kekuatan antara satu sama lain. Please support each other. Bekerjalah dengan amanah, saling membantu dan jangan sesekali menormalisasikan perkara yang tidak baik di tempat kerja. Jika ada perbezaan, selesaikan secara baik.. Ingatlah, rezeki kita bukan hanya pada gaji tetapi juga pada ketenangan hati dan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ingatlah, tentu ada antara kita sedang bertahan demi meneruskan kehidupan..

Akhir kata, saya mohon maaf atas segala kekhilafan, kata-kata yang mungkin mengguris hati dan segala kekurangan sepanjang saya di sini. Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang tidak akan saya lupakan. 

Saya doakan semua agar terus berjaya, dipermudah urusan dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

Thank you everyone 
Lovely thoughts
Lovely thoughts
Geng Kacip Fatimah yang awesome

Semua hadiah yang saya terima comel-comel belaka dengan penuh makna dan menyentuh perasaan. Sejak tarikh 28 April 2026 hingga semalam, 1 Jun 2026 saya baru buka dan baca setiap satu kad ucapan yang ditulis bersama hadiah-hadih ini.. Bukan mudah untuk mendapatkan kekuatan ini.. Airmata keluar laju, sebak dan terharu dengan ucapan, kata-kata semangat dan doa semua.. Itulah nikmat persahabatan yang saya rasai..

Best wishes
Lovely 

Selepas farewell pertama, saya dijemput ke farewell kedua yang diadakan ada 8 Mei 2026 (Jumaat) pukul 12.30 tengah hari bertempat di P&C Kitchen. Mereka bersungguh-sungguh minta saya hadir kerana tidak sempat turut-serta semasa farewell pertama disebabkan tugasan luar. Saya minta maaf sangat-sangat kepada penganjur sebab tiba lewat semasa majlis tersebut kerana saya dihubungi oleh Talent Acquisition sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya terlupa bila saya applied kerja dari syarikat tersebut. So saya terpaksa menyantuni panggilan tersebut yang mengharapkan supaya saya hadir interview pada 12 May 2026 (Selasa) jam 12.30 tengah hari. 

Alhamdulillah sambutan majlis perpisahan kedua berjalan lancar dan sangat terharu dengan sambutan dan kesungguhan mereka.. Sesungguhnya saya akan sentiasa kenang moments indah itu selamanya..

Memory

Cerita selepas menghadiri temujanji pada 12 May 2026, saya diminta untuk hadir temujanji kedua.. Keputusan temujanji kedua akan dimaklumkan seminggu selepas tarikh 19 May 2026. For me ada rezeki tak ke mana and at the same time saya masih dalam tempoh career break. Jika tawaran yang diberikan sesuai dengan syarat saya, maka saya akan pertimbangkan.. 

Breakfast with my son

Hampir 3 minggu tidak bekerja - so heaven I tell you, terutama bila dapat spent masa untuk diri sendiri . Namun akhirnya saya mendapat perkhabaran di luar jangkaan. Saya ditawarkan pekerjaan dengan pakej yang sangat menarik dan tak mampu saya menolak rezeki ini.. Benarlah kata orang, kalau ada rezeki tak ke mana.. hanya yakin dan serah kepada Allah swt atas usaha yang telah kita lakukan.. Syukur alhamdulillah, ini juga berkat doa kawan-kawan yang baik hati.. 

Semalam, new month, new chapter saya pindah ke rumah baharu untuk memulakan kehidupan baharu, di tempat baharu.. Doa saya, semoga langkah ini dipermudahkan sentiasa, aaminn yra..

My new home
 
Kelmarin packed barang, adalah seekor makhluk comel ni sembunyi bawah sofa, merajuk mommy terpaksa tinggalkan dia.. It's okay sayang, hujung minggu kita jumpa okay.. Itulah perangai kesayangan hamba, si Furla..

Si Furla, kesayangan hamba

Begitulah cerita tentang Setiap Pertemuan, Pasti Ada Perpisahan... Kepada ex-officemate yang telah saya tinggalkan, walau kita jauh di mata namun setiasa dekat di hati, percayalah. Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.. 

NoteOh ya, sangat dialu-alukan untuk follow Facebook baru saya, Lynne Zackaria memandangkan Facebook lama, Sis LZ kena hacked so saya terpaksa delete akaun berkenaan. Harapan saya dengan akaun Fb baru saya dapat kembali keep in touch dengan rakan-rakan blogger semua. 

Semoga kita berjumpa dalam post akan datang, thanks for reading..



Regards,

Share:
Read More

Sunday, May 31, 2026

Celebrate Birthday di The Sunway Library & Sesuai Untuk Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini sudah 14 Zulhijjah 1447H tetapi bahang sambutan Hari Raya Aidiladha masih terasa terutama kepada mereka yang menjalani ibadah korban. Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini bertambah meriah tambahan pula serentak dengan cuti sekolah pertengahan tahun 2026, sudah pasti ramai parents mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Apa sahaja yang anda lakukan, jaga diri dan jaga keselamatan, semoga dilindungiNya selalu.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang sambutan hari lahir saya tahun ini yang agak berbeza dengan sambutan tahun sebelum. Al-kisah cerita bulan Februari yang 2026 lalu, sempena hari lahir, saya memilih untuk meluangkan masa di The Sunway Library. 

Saya pula seorang yang suka pengalaman baru apabila menyambut hari lahir sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga. Contoh ke restaurant  atau ke tempat-tempat yang masih belum pernah dikunjungi demi mencipta kenangan baru.

Sunway Square Mall

Tahun ini saya ke The Sunway Library terletak di Sunway Square Mall, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan perpustakaan terbesar di South East Asia yang dibuka 24 jam dengan keluasan 3,530 kaki persegi dan memiliki koleksi buku lebih dari 1 juta. Jadi demi mencipta sesuatu kelainan, saya ke sana pukul 1.00 pagi.

The Sunway Library by BookXcess

Kebetulan tahun ini hari lahir saya disambut dalam bulan Ramadan. Jadi tiada makan-makan atau sambutan di siang hari.

Interior

Sebaik sahaja melangkah masuk ke sini, saya terus tertarik dengan reka bentuk hiasan dalaman yang moden, bersih, luas, kemas dan sangat selesa. Walaupun pukul 1.00 pagi tetapi suasana terang dan mesra pengunjung. 

Susun atur buku-buku
Susunatur buku-buku di tingkat atas
Susunatur buku-buku di tingkat atas

Selain ingin menyambut hari kelahiran, saya ke sini untuk mencari novel tulisan Riley Sager tetapi malangnya tiada. Jadi saya layan suasana tenang dikelilingi buku-buku ini pun satu hadiah yang cukup bermakna.

Ruang fiction di tingkat atas
Sudut fiction

Apa yang paling saya suka selain suasananya yang tenang, saya dapat duduk seketika sambil membaca buku walaupun sekadar menikmati suasana perpustakaan tetapi sudah cukup memberi ketenangan yang sukar digambarkan. This is really my kind of vibe.. Saya menghabiskan beberapa jam di sini dengan meninjau koleksi buku pelbagai genre dan menikmati masa untuk diri sendiri manakala my husband and son pergi bawa diri ke ruang koleksi buku kegemaran mereka.

Koleksi buku motivasi
Biographies and Memoirs

Selain buku, ada juga Kenny Hills Bakers, sebuah cafe yang beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Jadi jika datang pada waktu tersebut, bolehlah membaca sambil makan di cafe. Tak kurang juga banyak sudut-sudut Instagrammable yang unik dan menarik.

Instagrammable corner

Di sini terdapat pelbagai ruang bacaan yang sesuai untuk individu, pelajar mahupun keluarga yang datang bersama anak-anak.  Jadi bertepatan dengan cuti sekolah sekarang ni, The Sunway Library merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak. Selain dapat memupuk minat membaca, anak-anak juga berpeluang meneroka pelbagai bahan bacaan yang menarik dan berfaedah. Bagi saya ia merupakan satu pilihan baik kepada ibu bapa yang sudah ketandusan idea untuk mengatur aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah.

Photo Frames decor

Overall, lawatan saya ke The Sunway Library sempena hari lahir yang lalu tak sia-sia. Ianya bukan sekadar satu kunjungan biasa tetapi ianya satu pengalaman baharu yang mengingatkan saya bahawa kadangkala kebahagian itu datang daripada perkara-perkara yang sederhana seperti masa yang berkualiti untuk diri sendiri. It really helps me de-stress..

Exit
Happy Chinese New Year

Saya suka dengan Chinese New Year decor yang masih meriah di sana sini kerana ketika itu sambutan Tahun Baru Cina..

Chinese New Year decorations

Siapa pernah pergi The Sunway Library? Siapa pula masih belum pernah datang ke sini, bolehlah masukkan dalam bucket list.. Apa pun share your comments below.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi dalam post akan datang. 

Note: Oh ya, sangat dialu-alukan untuk follow Facebook baru saya, Lynne Zackaria memandangkan Facebook lama, Sis LZ kena hacked so saya terpaksa delete akaun berkenaan. Harapan saya dengan akaun Fb baru saya dapat kembali keep in touch dengan rakan-rakan blogger semua. 

Terima kasih.



Regards,

Share:
Read More

Friday, May 22, 2026

Bulan Zulhijjah, Mudahkan Jalanku

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Salam Jumaat pernuh baraqah.. Alhamdulillah syukur kita masih lagi diberi nafas untuk terus hidup supaya dapat melaksanakan segala aktiviti harian.. Doa saya semoga setiap pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan..

Bertepatan dengan bulan Zulhijjah, banyak amalan soleh akan digandakan dalam bulan ini. Selain itu banyak kelebihan dalam bulan Zulhijjah terutama 10 hari terawal yang merupakan hari paling baik dalam setahun. Jadi jangan lepaskan peluang ini..

Doa 

Tiada cerita tentang diri yang menarik untuk dikongsi di sini, jadi hari ni saya ingin kongsi satu lagu bertajuk Mudahkan Jalanku.. Jatuh hati dengan melodi dan lirik lagu ini  yang menyentuh kalbu.. Lagu ini luahan hati tentang rezeki dan kesyukuran. Setiap bait lirik mempunyai maksud antaranya tentang hidup yang bukan perlumbaan tapi sebaliknya sebuah perjalanan mencari redha, mencari tentang dan belajar menerima takdir dengan hati yang bersih.. 

Saya kongsi di sini untuk penghayatan kita bersama..



Mudahkan Jalanku
(Original Islamic Song by SM Studio)

Tuhan mudahkan jalan hidupku
Biar rezeki datang tanpa keliru
Biar semua rasa kasihMu yang satu
Aku tak mahu jadi beban sesiapa di situ

Aku melangkah dengan hati yang perlahan
cari tenang dalam setiap perjalanan
tak kejar nama cuma ingin kebaikan
biar hidup ini penuh keberkatan

aku tak mahu ada yang rasa terbeban
kalau aku mampu biar aku ringankan 
dalam sedikit rezeki yang Kau pinjamkan 
aku hulur biar semuanya dipermudahkan

Kadang hati risau bila rezeki sempit
tapi engkau tetap buka pintu walau sedikit
aku belajar syukur walau tak banyak
kerana memberi itu lebih berkat
dalam doa aku minta perlindungan
jauhkan aku dari sombong dan angkuhan 
biar langkah ini jadi satu kebaikan
untuk diriku dan semua sekelilingku
tuhan

Ya Allah lembutkan hati
Ya Allah bersihkan rezeki
Ya Allah kuatkan langkahku
Ya Allah dekatkan aku padaMu

Tuhan mudahkan jalan hidupku
Biar rezeki datang tanpa keliru
Biar semua rasa kasihMu yang satu
Aku tak mahu jadi beban sesiapa di situ

Aku lihat ramai masih cuba bertahan
cari tenang dalam hidup yang berlainan
kalau aku mampu bantu walau sedikit 
tuhan
jadikan aku punca senyuman di hadapan

aku mohon kau lembutkan hatiku
biar niat sentiasa dekat padaMu
kalau tersesat tarik aku kembali
kerana hanya Engkau tempat aku mengadu

Setiap pagi aku minta jadi lebih baik
biar rezeki yang kecil terasa mencukupi 
tak perlu banyak untuk rasa bahagia
cukup sekadar tenang Kau beri di hati
aku ingin hidup yang tak susahkan sesiapa
biar langkahku jadi manfaat pada semua
kalau ada berat ringankan bersama
itu doa yang aku ulang selamanya

Ya Allah permudahkan urusanku
Ya Allah jauhi aku dari nafsu
Ya Allah pelihara hatiku selalu
Ya Allah tetapkan aku dijalanMu

Tuhan mudahkan jalan hidupku
Biar rezeki datang tanpa keliru
Biar semua rasa kasihMu yang satu
Aku tak mahu jadi beban sesiapa di situ

Tuhan mudahkan jalan hidupku
Biar rezeki datang tanpa keliru
Biar semua rasa kasihMu yang satu
Aku tak mahu jadi beban sesiapa di situ

Tuhan mudahkan jalan hidupku
Dalam kasihMu aku berlindung
Dalam rahmatMu hatiku tenang ditampung



Regards,

Share:
Read More

Friday, May 15, 2026

Amalkan Istighfar

AMALKAN ISTIGHFAR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Salam Jumaat kepada muslimin dan muslimah sekalian.. Alhamdulillah dengan segala kurniaanNya kerana kita masih lagi diberi nafas untuk terus hidup dan segala nikmat yang lain..

Dalam kesibukkan kita menjalani urusan seharian, macam-macam perkara berlaku di sekeliling kita.. Kematian, bencana dan dugaan hidup orang lain.. Didoakan semoga mereka tabah menghadapi segala ujian dan dugaan hidup ini.. Entry saya hari ini tentang kebaikan kita ber-istighfar..

Istighfar

ISTIGHFAR iaitu perbuatan memohon keampunan dari Allah SWT atas segala dosa, kesalahan atau kelalaian yang dilakukan. Ia adalah pengakuan hamba akan kelemahan diri serta tanda penyesalan dan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Benefits of istighfar

Antara kelebihan istighfar ialah menghapuskan dosa, melapangkan hati dari kegelisahan, membawa ketenangan, mendatangkan rezeki dan melindungi diri dari tipu daya syaiton.

Allah doesn't burden a soul beyond that it can bear

Sekian perkongsian saya kali ini. 
Semoga bermanfaat kepada kita semua.
Thank you for reading, wasallam..




Regards,

Share:
Read More