Friday, May 8, 2026

Mengapa Perlu Berteriak?

MENGAPA PERLU BERTERIAK? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Salam Jumaat diucapkan. Terima kasih atas sokongan kalian dengan komen yang ditinggalkan dalam post saya sebelum ini.. Inshaa Allah saya akan balas satu-persatu..

Post kali ini saya ingin berkongsi kisah yang pernah saya baca tentang sikap suka berteriak bila marah.. Perkongsian ini jadikanlah sebagai pengajaran yang baik kepada kita semua.

Don't shout!

Kisah tentang seorang Tuan Syeikh yang sedang berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak. 

Tuan Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya: "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"

Salah seorang murid menjawab: "Kerana kehilangan sabar, maka mereka berteriak."

"Tetapi, mengapa perlu berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesanan yang ingin disampaikan, boleh diucapkan dengan cara lembut?" Tanya Tuan Syeikh menguji murid-muridnya.

Muridnya pun saling mengutarakan jawapan, namun tiada satu pun jawapan mereka yang betul.

Akhirnya Tuan Syeikh berkata: "Bila dua orang sedang marah, maka hati mereka saling menjauh. Bagi menempah jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak supaya perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakkannya kerana jarak kedua hati yang jauh."

"Begitu juga sebaliknya, ketika dua insan saling jauh cinta." Tambah Tuan Syeikh lagi.

"Mereka tidak saling berteriak antara satu sama lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka dekat. Jarak antara kedua-dua hati sangat dekat."

"Bila mereka semakin saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling dekat dengan perasaan kasih sayang. Akhirnya, mereka tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."

Tuan Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut: "Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian menjauh. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati terus menjauh kerana jika kita biarkan, bimbang suatu hari jaraknya semakin jauh hingga tidak akan boleh ditempuh lagi."

There is no need to shout..

Begitulah kisahnya. Morale of the story, tak perlulah menjerit untuk memperbaiki keadaan ketika marah malah ianya menyebabkan masalah bertambah rumit. Teringat saya kepada seseorang yang suka berteriak. Siapa yang suka berteriak?... Tarzan, semasa dia memanggil rakan-rakan haiwannya.. Jadi janganlah kita mengikut perangai Tarzan. Ikutlah apa yang Tuan Syeikh ajar ini.. Semoga kisah ini menjadi panduan kepada kita dalam kehidupan seharian.

Okay, that's all for now. Thank you for reading and wasallam..


Regards,

Share:
Read More

Thursday, May 7, 2026

Segmen | Satu Kata ChatGPT Tentang Blog Saya

SEGMEN | SATU KATA CHATGPT TENTANG BLOG SAYA | Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Baru lepas 'ziarah' rumah Shazni Rahim dan baca tentang segmen dari JMBelog.. Bila nampak countdown tinggal 24h 1j 31m, cepat-cepat saya sediakan entry ini semata-mata tak mahu lepaskan peluang..

Okay apa kata ChatGPT tentang blog saya, Daily Bliss Journal ini?

Segmen | Satu Kata ChatGPT Tentang Blog Saya

"INSPIRASI"

Tak cukup dengan satu kata, dia sempat komen: 

Blog Daily Bliss Journal membawa vibe tenang, reflektif dan penuh perkongsian tentang kehidupan, journaling dan self-growth.

 

Daily Bliss Journal versi ChatGPT


Begitulah komen sepatah perkataan dari ChatGPT.. Siapa yang ingin turut serta boleh terus ke JMBelog, click link ini untuk mengetahui syarat-syarat Dan tempoh masa segmen -> Segmen satu kata Chatgpt tentang blog saya.. Saya dah follow threads @jbh84x dan Belog SJM pun saya dah follow lama..

Sekarang saya nak tag 3 sahabat bloggers saya iaitu:


Semua syarat-syarat sudah saya penuhi.. Seronok juga join segmen ni, just for fun.. Siapa yang saya tak tag tapi berminat boleh juga turut-serta. Mari sama-sama kita meriahkan segmen Belog SJM.. Good luck! 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..


Regards,

Share:
Read More

Tuesday, May 5, 2026

Cara Saya Guna Traveler's Notebook Sebagai Gratitude Journal & Memory Keeping

CARA SAYA GUNA TRAVELER'S NOTEBOOK SEBAGAI GRATITUDE JOURNAL & MEMORY KEEPING | Sejak awal tahun 2026 ni, saya mula kembali serious kepada hobi journaling. Bukan kata sebelum ni tak serious tapi lebih kepada tidak tersusun. Alang-alang saya susun semula, jadi inilah masa yang sesuai untuk saya kongsi cara saya journaling di blog ini. Journaling ada banyak jenis, antaranya gratitute journaling, junk journal, memory keeping, bullet journaling, reflective journaling, art journaling, health/wellness journaling dan sebagai bergantung kepada kesuaian pemilik journal tersebut. 

Kali ini saya focus kepada gratitude journaling, memory keeping dan reflective journaling. Pada saya journaling bukan sekadar menulis tetapi boleh juga digunakan untuk merakam rasa syukur (gratitude), menyimpan gambar kenangan dan dijadikan sebagai self-reflection journal. Saya kenalkan di sini my Traveler's Notebook (TN) yang sedang menghadapi fasa wear and tear. Saya beli di Kinokuniya KLCC sempena birthday present tahun ini. Sebelum ini saya guna ring binding jenis Filofax Malden.

Traveler's Notebook (front)

Traveler's Notebook (back)

Traveler's Notebook saya jenis passport size warna olive (kiri) saya gunakan sebagai wallet manakala TN black leather regular size (kanan) untuk every day carry. Frankly speaking, ini adalah journaling system paling flexible pernah saya guna compared to among my other journals.

Traveler's Notebook setup

Sejarah Traveler's Notebook
Untuk makluman TN was founded in Japan sekitar tahun 2006 dikeluarkan oleh Traveler's Company. Ia terkenal dengan leather cover yang diperbuat dari kulit lembut asli yang telah menjalani proses samak menggunakan teknik vegetable tanning. Teknik ini menjadikannya mesra alam di samping mengekalkan tekstur semulajadi kulit. Setiap kulit dipotong secara kasar dan dijahit dengan tangan di Chiang Mai, Thailand. Salah satu ciri unik kulit TN ialah ia akan berubah mengikut masa. Semakin lama ia digunakan kulit itu akan menjadi semakin lembut, warnanya akan menjadi lebih matang (patina) dengan calar-calar halus. Leather cover ini digabungkan dengan buku nota nipis yang boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian pemiliknya.

Traveler's Notebook in black regular size

Kenapa saya pilih Traveler's Notebook?
Saya suka sebab struktur notebook ini sangat "user-friendly" dan praktikal terutama untuk seseorang yang suka organize tanpa terlalu rigid.

Buku TN or planner inserts regular size
  • Tak perlu tebuk lubang - Berbeza dengan planner jenis ring seperti Filofax Malden, TN menggunakan sistem getah (elastic band). Jadi, buku tidak rosak dan lebih kemas.
  • Boleh tukar buku (inserts) mengikut kategori - Saya boleh asingkan beberapa jenis buku mengikut kesesuaian seperti 1 buku untuk monthly planner, 1 buku untuk to do lists, 1 buku untuk gratitude dan seterusnya.
  • Minimal tapi aesthetic - Rekaan Traveler's Notebook ini simple yet elegant.
  • Mudah dibawa ke mana-mana - Oleh kerana TN boleh disesuaikan mengikut keperluan, jadi ianya tidak berat atau bulky so mudah digunakan sebagai every day carry.

Gratitude Journaling 
Saya takde rules bila journaling.. Tak semestinya kena begini atau begitu. Bagi saya apa yang penting konsisten dan bermanfaat. With journaling, you don't have to be too conscious. No one will judge or grade you for a perfect pages of writing. Express what to come to your mind without overthinking.

Gratitude Journaling
Cara saya:
  • Tulis 3 perkara yang saya syukuri setiap hari dan kumpul doa harian untuk diamalkan.
  • Catat moment kecil (contoh: minum kopi di suatu pagi yang tenang. - ini juga satu moment yang perlu disyukuri).
Junk journal
  • Letak gambar kecil sebagai kenangan. Saya print gambar dari phone, tampal resit kalau minum di cafe atau apa sahaja supaya nampak lebih ceria dan decorate mengikut keperibadian kita. Contoh halaman di atas adalah kenangan saya ke outlet KTV di Pavilion Bukit Jalil buat kali pertama pada 17 Januari 2026 lalu.. Tampal resit dan gambar sekeping dua.
Halaman berikutnya lebih kepada journaling for self-reflection. Ia berfungsi sebagai ruang peribadi untuk menulis apa yang saya lihat, menilai tingkah laku seseorang atau apa yang berlaku di sekeliling saya. Ia juga sebahagian dari mental clarity supaya fikiran tidak bercelaru memikirkan perkara yang tidak perlu. Jadi saya boleh focus kepada sesuatu perkara lebih penting to avoid brain fog.

Sel-reflection Journaling

Ini pula salah satu contoh saya menulis tentang erti tawakkul pada 26 February 2026 lalu. It can be a few lines like "Alhamdulillah for another day of life." or it can fill a whole page or more. Let your thoughts and feelings flow naturally. Kesannya, saya akan rasa more lighter because I already released the breath that I'm holding. 

Gratitude journaling

Journaling For Memory Keeping
Satu lagi buku (insert) khas saya gunakan untuk gambar kenangan. Tak perlu letak gambar besar-besar, saiz sederhana sudah cukup.

Ini my memory keeping pages..

Kenangan bersama officemate di Masjid Sri Sendayan 

Kenangan bersama officemates satu jabatan semasa buat video ucapan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Sri Sendayan pada 13 Mac 2026 lalu.

Journaling for Memory Keeping

Overall journaling adalah antara salah satu hobi saya. Journaling bukan tentang siapa paling creative, journal siapa paling mahal atau pages siapa paling cantik tetapi ianya tentang bagaimana kita menggunakan journal itu ke arah sesuatu yang membawa manfaat kepada diri sendiri. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Cara Saya Guna Traveler's Notebook Sebagai Gratitude Journal & Memory Keeping. Thank you for reading. 


Regards,

Share:
Read More

Monday, May 4, 2026

Review Novel Behind Closed Doors: Di Sebalik Rumahtangga Sempurna Tapi Penuh Rahsia

REVIEW NOVEL BEHIND CLOSED DOORS: DI SEBALIK RUMAHTANGGA SEMPURNA TAPI PENUH RAHSIA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya terpanggil untuk membuat review tentang novel yang telah saya baca beberapa bulan lalu. Novel ini mempunyai unsur pengajaran untuk dikongsi bersama pembaca. Ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan keganasan rumahtangga (domestic violence) yang kita dengar sejak kebelakangan ini bezanya kes itu dikategorikan sebagai penderaan fizikal manakala cerita dari novel ini lebih kepada penderaan emosi.

Untuk makluman keganasan rumahtangga ialah perbuatan penderaan sama ada fizikal, emosi, seksual atau ekonomi oleh ahli keluarga atau pasangan (untuk mengawal mangsa) termasuk juga memukul, mengugut, mengurung dan memberi tekanan psikologi. Ia adalah jenayah, bukan isu peribadi dan tertakluk di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Jadi, saya kongsikan di sini ringkasan cerita, pengakhiran dan pengajaran penting dari cerita ini.

Behind Closed Doors by B.A. Paris

Novel Behind Closed Doors by B.A. Paris ini mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Jack dan Grace yang nampak bahagia dan sempurna. Jack seorang peguam berjaya, penuh karisma manakala Grace seorang isteri yang elegan, lemah lembut yang sentiasa berada di sisi suaminya. Namun... semua itu hanya lakonan di mata umum.  Di sebalik "closed doors", Grace sebenarnya hidup dalam ketakutan.

Bagaimana Jack mengawal Grace?
Apa yang membuatkan cerita ini menakutkan ialah semua bentuk kawalan yang dilakukan Jack boleh berlaku dalam realiti.

Sejak awal perkahwinan, Jack sebenarnya seorang lelaki yang sangat manipulatif dan obses dengan kawalan. Dia berkahwin dengan Grace bukan kerana cinta tetapi kerana mahu menguasai hidup seseorang sepenuhnya. 

1. Mengasingkan isteri dari dunia luar
Jack tidak pernah membenarkan Grace hidup bebas. 
  • tiada aksess telefon
  • tiada email peribadi
  • tidak boleh keluar rumah seorang diri tanpa ditemani suami 
Grace seolah-olah hilang dari dunia luar tanpa dia sedar tetapi pada pandangan orang luar Jack seorang suami penyayang Dan memahami kerana sanggup meluangkan masa menemani isterinya ke mana sahaja.

2. Kawalan sepenuhnya dalam rumah
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat bertukar  menjadi penjara.
  • Ada bilik hukuman khas yang berkunci 
  • Setiap pergerakan dipantau
  • Tiada privasi untuk diri sendiri
Grace hidup dalam ketakutan setiap hari apabila setiap gerak-gerinya diperhati.

3. Manipulasi psikologi (gaslighting)
  • Jack berpura-pura menjadi suami sempurna di depan orang
  • Membuat Grace seolah-olah kelihatan bahagia
  • Memanipulasi emosi sehingga Grace hampir meragui dirinya sendiri.

4. Ugutan terhadap orang tersayang
Hubungan Grace dan adiknya Millie (pengidap sindrom down) sangat rapat. Jack menggunakan Millie sebagai alat untuk mengawal Grace. Dia sentiasa mengugut Grace untuk menjadikan Millie mangsa seterusnya. 

5. Imej "perfect husband"
  • Imej ini menyebabkan tiada sesiapa mengesyaki apa yang berlaku kepada pasangan ini kerana Jack sangat charming, disukai ramai dan nampak terlalu sempurna di mata orang luar.

Behind Closed Doors by B.A Paris

Akhirnya tiba satu tahap Jack terleka, Grace merancang untuk melarikan diri. Grace mengatur strategi dengan memperdayakan Jack melalui bantuan pihak ketiga secara kebetulan. Kebenaran terbongkar dan Grace berjaya menyelamatkan diri bersama Millie.

Pengajaran dari novel ini
  • Tidak semua yang nampak sempurna itu bahagia
  • Penderaan bukan hanya fizikal tetapi melibatkan emosi dan mental 
  • Tanda red flags itu wujud dari awal iaitu terlalu mengawal, cemburu melampau dan mengasingkan pasangan dari dunia luar, bukan kerana rasa cinta tetapi untuk mengawal kehidupan seseorang.
  • Sokongan sosial sangat penting. Mangsa yang terasing lebih sukar untuk keluar dari hubungan toksik.
  • Perlu ada sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada pasangan.

For me, Behind Closed Doors bukan sekadar novel thriller tetapi ia adalah peringatan. Kadang-kadang bahaya tidak datang dengan wajah yang menakutkan tetapi dengan senyuman yang meyakinkan.

 

Regards,

Share:
Read More

Friday, May 1, 2026

Jangan Layan Fitnah, Ikut Cara Siti Maryam

JANGAN LAYAN FITNAH, IKUT CARA SITI MARYAM | Penatkan bila orang cakap buruk pasal kita, fitnah kita padahal kita tak buat pun. Rasa macam nak menjerit, nak cerita dengan semua orang menafikan fitnah, tujuan nak bersihkan nama kita. Semasa saya belajar subject psikologi, rasa nak pertahankan diri ini dipanggil "defense mechanism". Bila berada dalam keadaan ini, kita ambil pengajaran dari cara Siti Maryam (ibu Nabi Isa AS) hadap fitnah yang paling dahsyat yang Allah nyatakan dalam al-Quran. Siti Maryam ni wanita suci yang dimuliakan dalam Islam, tiba-tiba mengandung tanpa suami. Satu kampung fitnah, caci dan hina Siti Maryam tapi apa yang Allah minta Siti Maryam buat? Perintah Allah kepada Siti Maryam melalui surah Maryam ayat 26 untuk berpuasa bicara (berdiam diri) jika bertemu sesiapa, sebagai nazar kepada Allah.  

Jangan layan fitnah

Kenapa kena diam? Allah nak ajar kita salah satu teknik ataupun ilmu iaitu ada masanya pembelaan terhadap diri kita ni dah takde guna. Lagi kita jawab, lagi orang pusing cerita, lagi orang tambah cerita. Kita tunggu sahaja balasan dari Allah. Kita tak perlu bersungguh-sungguh bersihkan nama sendiri sebaliknya serahkan urusan itu kepada Allah. Percaya dan yakin kepada kekuasaan Allah bahawa akan tiba suatu masa, Allah akan bersihkan nama kita dengan cara yang tidak kita sangka-sangka.

Imam Syafie pernah pesan, "Diamku terhadap orang bodoh adalah satu jawapan." Ingat pesan ini, biarlah orang tak tahu kebenaran asalkan Allah tahu kesabaran kita. Kadang-kadang diam itu adalah jeritan yang paling didengari langit.

Jadi bila kita difitnah atau dilayan tidak baik oleh orang lain, kita tahu apa yang perlu dibuat - DIAM! Selain itu, tak perlu menempah ticket ke neraka.. Okay, sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sehingga bertemu lagi di post akan datang. Thank you for reading.

P/s: Selamat Hari Pekerja kepada semua yang menyumbang tenaga kepada negara.


Regards,

Share:
Read More

Tuesday, April 28, 2026

Tag Berantai: Jom Berkenalan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semalam saya ada blogwalking dan singgah di blog KakMim. Saya baca post KakMim tenang Tag Berantai: Jom Berkenalan.. Saya teruja dengan segmen ini sebab unik. Jadi saya pun cuba-cuba buat.. 

Tadaaaaa, ini hasilnya.. 

Tag Berantai: Jom Berkenalan

Bila baca apa yang ditulis, "yaaa laaa ada banyak persamaan seperti yang ditulis. Eh, macam mana tahu?" Itulah hasil kecerdasan buatan (artificial intelligence or AI)..

Okay, kepada sesiapa yang ingin turut serta, syarat-syarat sangat mudah.. 

1. Login akaun ChatGPT anda.
2. Upload gambar anda.
3. Taip "Knowing everything you know about from my blog (tulis nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style."
4. Tekaan ENTER untuk menjana image.
5. Save gambar dan post di blog anda.
6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.

Sekarang saya nak tag 5 sahabat bloggers saya iaitu:


Seronok juga join segmen ni, just for fun.. Siapa yang saya tak tag tapi berminat boleh juga turut-serta. Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita bertemu lagi d post akan datang..


Regards,

Share:
Read More

Monday, April 27, 2026

10 Cara Menghargai Diri Sendiri, Stop Being A People Pleaser

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepala semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti harian.. Hari ini, Isnin.. minggu baru. Semangat pun kena baru okay.. Diharap yang sakit bertambah sihat dan semua yang baik-baik untuk kita..

Semasa saya remaja hingga umur sekitar awal 30-an, saya selalu fikir tentang orang lain, jaga perasaan orang, risau orang kata itu.. orang kata ini so kalau boleh nak avoid dari tanggapan negative orang terhadap saya or senang cerita menjadi people pleaser. Tetapi setelah meningkat usia, saya sedar bahawa menjadi people pleaser adalah perbuatan sia-sia yang akhirnya 'makan diri'.. 

People pleaser

Mengapa sia-sia?... sebab kita tak boleh kawal apa tanggapan orang tentang kita walau baik macam mana sekali pun layanan kita kepada individu itu. Bila semakin berusia baru saya sedar, jangan terlalu sibuk jaga perasaan orang lain sampai terlupa jaga perasaan sendiri. Bukan mengajar untuk selfish tetapi lebih kepada respect yourself, jangan buat perkara yang boleh 'mendera' perasaan sendiri..

Bila semakin banyak membaca topics motivational and inspirational, maka banyaklah pengetahuan saya perolehi. Salah satu darinya saya suka article yang ditulis oleh Dr. Azura Hashim (Mindset Strategst and founder Mediv Training Provider) iaitu - 

1. Berhenti cuba penuhi semula orang - Tidak semula orang perlu suka kita dan itu tidak menjadikan kita kurang harga diri.

2. Belajar berkata 'TIDAK' tanpa rasa bersalah - Mementingkan diri untuk menjadi diri sendiri bukan ego. Itu tanda kita kenal diri sendiri.

3. Beri ruang untuk berehat - Penat itu normal. Rehat itu keperluan, bukan kemewahan.

4. Maafkan diri atas kesilapan lalu - Dalam hidup kita sentiasa melalui fasa belajar memperbaiki diri. Setiap kesilapan adalah proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.

5. Hargai setiap langkah kecil yang kita buat - Tak semua progress nampak besar tapi setiap langkah tetap membawa kita ke hadapan. Jadi teruskan..

6. Jangan bandingkan perjalanan hidup kita dengan orang lain - Rezeki, masa dan jalan hidup semua orang berbeza. Jadi fokus kepada diri sendiri.

7. Jaga apa yang masuk dalam diri kita - Apa yang kita makan, apa yang kita dengar dan apa yang kita fikir. Semua itu membentuk siapa diri kita. 

8. Perbaiki hubungan dengan Allah - Bina hubungan dengan Allah lebih kuat. Hati akan lebih tenang walaupun hidup tak sempurna.

9. Pilih circle yang menenangkan - Tidak semua orang sesuai untuk kita. Pilih yang membawa damai, bukan tekanan.

10. Bercakap dengan diri sendiri secara lembut - Bukan macam orang tak normal, cakap sorang-sorang tetapi cara kita bercakap dengan diri membentuk keyakinan diri. Jangan terlalu 'keras' kepada diri sendiri.

Impak yang akan kita perolehi bila kita mula menghargai diri, secara tak langsung aura diri akan berubah. Tenang dan orang lain mula nampak hasil pembawakan diri yang positif. Kadangkala kita mencari penghargaan dari orang lain sedangkan yang paling kita perlukan adalah belajar menghargai diri sendiri dulu. 

Intisari surah al-Baraqah: 286

Dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 286 menegaskan bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.  Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami." - Surah al-Baqarah: 286

Ingatlah, cara kita menghargai diri menentukan bagaimana orang lain menghargai kita. 
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca semua.
Thank you for reading..



Regards,

Share:
Read More