Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

Tuesday, December 23, 2025

Pengalaman Pertama ke Yew Garden Nursery Sungai Buloh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Throwback semasa pergi ke Yew Garden Nursery di Sungai Buloh, Selangor bulan lepas iaitu pada Ahad, 30 November 2025 lalu. Siapa biasa baca blog saya tentu faham salah satu hobi saya ialah gardening, saya suka tanam pokok hiasan..

Jadi end of last month, saya ke Yew Garden Nursery Sungai Buloh.. Kenapa pergi ke Yew Garden sebab banyak lagi nursery lain ada di Sungai Buloh? Jawapannya sebab tertarik dengan review, rata-rata tinggalkan 5 stars reviews untuk Yew Garden. Jadi saya pun tertarik untuk ke sana..

Yew Garden Sungai Buloh

Cuaca hari itu panas terik.. Saya tiba di sana around 1.00 lebih, matahari betul-betul atas kepala memang panas lit-lit.. Terasa perit di kulit. Tapi kalau dah minat, panas terik macam mana sekalipun tetap ku redah juga..

Google review for Yew Garden Sungai Buloh

Inilah punca sampai di Sungai Buloh sebab Google review 4.3 stars untuk Yew Garden, betapa pentingnya review dari pelawat kepada sesebuah perniagaan ya kawan-kawan sehingga menjadi daya tarikan saya dari Seremban ke Sungai Buloh..


Yew Garden Sungai Buloh

Apa yang saya suka di sini pokok-pokok tersusun rapi seperti berada dalam taman secara tak langsung memudahkan pelawat memilih pokok-pokok idaman untuk dibawa pulang.. Ini ruang tanaman hiasan seperti Boston fern dan indoor plants separa cahaya. 

Yew Garden landscape

Di tengah-tengah panas terik matahari, terdapat satu sudut rehat dikelilingi pokok landscape untuk berteduh.. Pokok-pokok landscape di sini dijaga elok dan kemas.. 

Spesis orkid dan philodendron

Tak tahan panas terik, saya pergi berlindung di bawah tempat teduh yang menempatkan banyak spesis pokok orkid dan philodendron. Sudah tentu menjadi daya tarikah peminat orkid. Banyak pokok-pokok hiasan indoor atau outdoor boleh didapati di sini.

Hasil tanaman dari Yew Garden Nursery Sungai Buloh

Puas pusing keliling, inilah hasilnya.. Memandangkan saya hanya mencari indoor plants, jadi tak banyak hasil kali ini. Saya beli pokok Marigold untuk ditanam di balcony  rumah. Selain itu saya beli pokok kesum, pokok pandan, pokok kari dan beberapa indoor plants seperti jade plant untuk diletak atas meja serta beberapa pokok dari spesis syngonium iaitu podophyllum, wendlandii dan milk confetti.

Itu sahaja perkongsian ke Yew Garden Nursery di Sungai Buloh.. Until next time, tata..


Regards,

Share:
Read More

Monday, December 15, 2025

Idea Balcony Privacy Plants: Projek Disember 2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya berkongsi cerita tentang plan untuk meletakkan pokok hiasan di balcony rumah. Sebelum ini semua pokok hiasan, saya letak di porch kereta. Lama-kelamaan semakin serabut ditambah pula anak kucing stray cats semakin berekor-ekor singgah di rumah. Budak-budak kecil kann, suka memerut dalam pasu dan bermain dengan tanaman saya.

So saya ambil pendekatan ubah tempat dengan bawa naik pokok hiasan yang sesuai, letak di balcony. Balcony rumah saya tak berbumbung (dalam perancangan renovate balcony).. Jadi bila balcony tanpa bumbung pula agak mencabar, terutama dari segi panas terik matahari dan kurang privacy. Maka bermulalah projek hujung tahun 2025 dengan menghijaukan balcony supaya pokok-pokok tadi boleh menutup pemandangan dari jiran sebelah. 

Ilham privacy plants

Saya akan tanam pokok dalam planters besar yang bukan sahaja menghalang pemandangan terus dari luar, at the same time dapat memberi suasana lebih sejuk dengan pokok-pokok hijau.

Large planters

Untuk memulakan projek ini, pemilihan pokok sangat penting kerana balcony terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari terik, hujan dan angin. 

Balcony planters

Saya dah buat research tentang pemilihan pokok yang tahan panas terik dan sesuai ditanam dalam planters untuk dijadikan sebagai privacy plants di balcony.

Pokok dracaena

Jenis Pokok Sesuai Ditanam di Balcony Panas Terik (Tanpa Bumbung)

1. Pokok buluh (bamboo clumping type)
2. Pokok Ruellia
3. Pokok Ixora
4. Pokok Dracaena
5. Pokok Ficus (ficus benjamina / ficus compacta)
6. Pokok pandan mini / pandan hiasan
7. Pokok Areca Palm / Lady Palm

Gambar hiasan

Langkah seterusnya saya perlu sediakan planters besar dan berat supaya tak tumbang bila ditiup angin kuat. Selain itu, medium tanah juga penting. Guna tanah yang boleh menyimpan air bagi mengekalkan kelembapan tanah ketika cuaca panas terik. Jangan lupa saliran air juga penting..

Gambar Hiasan

Gambar-gambar yang saya post di sini adalah contoh pokok-pokok hiasan yang sesuai ditanam sebagai rujukan dan ilham. Harap jadi sama seperti yang dirancang. Begitulah cerita projek hujung tahun 2025 untuk mengindahkan kediaman.. 


Regards,

Share:
Read More

Sunday, December 14, 2025

A Well-Spent Sunday, Kegembiraan dan Kesyukuran

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ni uolls buat apa? My Sunday well spent so far dengan aktiviti-aktiviti berbeza dari hujung minggu sebelum ini. Sejak anak habis SPM baru boleh berjalan-jalan keluar.. Sebelum ini keluar pun terhad sebab risau dia ikut sekali nanti kena jangkitan, kang sakit tak dapat pergi class atau effect masa menduduki SPM.. Syukur alhamdulillah that phase is already over..

Cerita hari ini seawal pukul 7.30 pagi bertolak ke Port Dickson untuk beriadah melihat pantai, tenangkan minda.. Tak turun pun cuma tengok pantai dari dalam kereta saja. Puas meronda singgah breakfast di Apacaba Coffee Port Dickson.. 

Port Dickson

Ketika dalam perjalanan balik ke rumah singgah Speedmart cari barang untuk masak nasi ayam for lunch. Lama tak masak nasi ayam, teringin pula mencuba skill masak nasi ayam yang lama tak dipraktikkan. Sementara mood memasak berkobar-kobar, tiba saja di rumah terus ke dapur sediakan bahan-bahan, tak lama kemudian terhasillah nasi ayam versi asal boleh.. 

Nasi ayam
Timun dan tomato
Ayam goreng 

Sup, sambal dan kicap masih di periuk (takde dalam gambar).. Paling penting daun pandan dan daun sup ambil dari balkoni rumah saja.. Mari saya tunjuk pokok-pokok yang ditanam di balkoni rumah saya..

Pokok daun sup sebelum trim

Sambil petik daun sup untuk kegunaan sup nasi ayam, saya buang daun-daun yang kering biar tumbuh pucuk baharu.. Gambar sebelum trim rupa agak hodoh, lepas trim hensem semula pokok daun sup ni.

Pokok mint
Pokok pudina segar menghijau
Sebelah pokok pudina pokok ulam raja
Pokok ulam raja
Pokok mulberry pun ada dengan buah sekali

Gambar di bawah ini pula pokok dracaena reflexa (daun putih hijau) dalam pasu besar ni serasi letak di balkoni.. Semakin banyak cabang dia..

Dracaena reflexa dan tradescantia zebrina

Saya tanam pokok tradescantia zebrina (daun purple) sebagai penyeri. Tak sangka hidup meriah di atas balkoni dengan cuaca panas terik. 

Memandangkan masak nasi ayam simple, so selesai awal.. Saya belek-belek pula my indoor plants terutama di reading room.. Apa khabar agaknya mereka..

Indoor plants
Reading room indoor plants

Alhamdulillah semua indoor plants sihat, hanya perlu gembur tanah sikit-sikit dan siram untuk mengekalkan kelembapannya..

Monstera delicosa

Tiba-tiba perasan pokok monstera delicosa sedang mengeluarkan pucuk baharu tanda mereka happy, cukup pencahayaan dan air..

Oxalis triangularis

Ini pula pokok oxalis triangularis.. Mula-mula beli tinggal setangkai dua sahaja seperti hidup segan, mati tak mahu, tak sangka sekarang mula membiak dengan jayanya.. Cantik warna purple, daun seperti rama-rama..

Coco Chanel

Ini pula si Coco Chanel panggil Coco, orang sibuk membelek pokok, dia nyenyak tidur di stool kegemaran anak bulus.. Tengok si Coco teringat waktu petang begini minggu lepas, Chloe sedang nazak hingga tiba ajalnya, seminggu dah berlalu, hurrmmm sedih tak mau ingat lagi.. 

Hari ini lepas azan Asar hujan turun dengan lebat.. Alhamdulillah sejuk sikit petang ini. Makbul permintaan saya sebab setiap kali hujan saya kata alangkah baiknya kalau hujan Sabtu - Ahad, biar dapat rehat, tidur siang dengan selesa di rumah sambil makan-makan minum petang.. Hari ini tercapai permintaan saya, nikmat mana lagi yang kamu dustakan, alhamdulillah..

Okay, setakat ini sahaja cerita hari ini tentang Sunday.. Jumpa lagi dalam post akan datang, tata..


Regards,

Share:
Read More

Saturday, December 6, 2025

Kunjungan Pertama ke Seremban Landscape Cawangan Seremban 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah cerita hari Khamis bersamaan 4 Disember 2025, saya ambil cuti sebab ada urusan di Public Mutual Seremban.. Selesai urusan, singgah di Seremban Landscape Seremban 2.. Akhirnya saya berkesempatan juga untuk singgah buat pertama kali. Ini merupakan branch ke-2. Branch pertama di jalan ke Kuala Pilah.

Sebagai seorang yang minat indoor plants dan suka suasana nursery yang tenang, saya teruja dengan cawangan baru Seremban Landscape di Seremban 2 yang luas ini.. 

Seremban Landscape & Nursery Seremban 2

Masuk sahaja saya terus perasan ada sebuah cafe berhawa dingin di dalam nursery.. Nursery ini tak silap dua tingkat. Cawangan di sini lebih luas, kemas dan sangat selesa untuk berjalan-jalan memilih pokok. Susun atur tanaman pun lebih teratur berbanding di cawangan pertama. 

Pokok bromeliad (pokok T20) dan pokok puding 

Ada banyak pilihan tanaman indoor dan outdoor termasuk pothos, snake plant, dan beberapa tanaman hiasan yang trendy sekarang. Saya lebih teruja menambah koleksi indoor plants..
 
Pokok hiasan
Indoor plants
Bunga-bungaan
Rambang mata
Pokok bunga cantik

Kualiti pokok pun memuaskan, segar, daun sihat terjaga tak layu atau kering. Staff pun very helpful. Pokok lucky bamboo juga banyak dijual di sini.. Cantik semua, pilih saja mana berkenan di hati..

Lucky bamboo

Selain pokok-pokok, terdapat ruang menjual pasu-pasu hiasan yang cantik. Rambang mata dibuatnya..


Harga pokok-pokok hiasan di sini agak berpatutan.. Salah satu perkara buat saya excited ialah pilihan untuk menjadi member Seremban Landscape.  Ada 2 jenis harga iaitu normal price dan member price. Saya tak melepaskan peluang menjadi ahli untuk dapat harga istimewa.. Semasa membuat bayaran, saya daftar on the spot. Harga member jauh lebih murah berbanding harga biasa. Jimat banyak gais!

Membership di Seremban Landscape, Seremban 2

Apa yang saya suka, tiada bayaran untuk keahlian, hanya beli tanah atau baja terus dapat diskaun. The best part, ada promo exclusive untuk ahli. Puas membelak dan membeli pokok idaman, terus pulang ke rumah.. Tak sabar untuk re-pot dan susun di balcony rumah.. 

Sesiapa yang tinggal di area Seremban 2, cawangan baharu ini memang convenience. Parking pun mudah, tak sesak dan ruangnya pun selesa untuk bawa keluarga.
 
Overall, kunjungan pertama saya ke Seremban Landscape Seremban 2 memang berbaloi dan puas hati. Saya pasti akan datang lagi terutama bila nak tambah tanaman baru di rumah. Kalau anda berada di Seremban, saya sangat recommend untuk singgah dan jika suka boleh daftar sebagai member juga, for me memang berbaloi.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:
Read More