Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini masuk hari ke-3 tahun 2026. Saya masih lagi dengan kisah di tahun 2025 yang menjadi kenangan sepanjang zaman. Kita sama-sama throwback sekejap. Kisah minggu terakhir sebelum tahun baharu 2026. Saya akan ingat tarikh 29 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025, tarikh-tarikh di mana orang lain sibuk menghabiskan cuti tahunan tapi saya sibuk bekerja hingga lewat malam.. Scroll social media cousin bercuti di Turki sedang main salji, kenalan lain pula di Swiss. Saya di office bergelumang dengan kertas, huhuhu bertabahlah jika itu ketentuan Illahi.
![]() |
| Goodbye 2025, Hello 2026 |
Seawal bulan Disember 2025, saya sibuk membuat persediaan terhadap kes salah laku berat di mana saya di bahagian team pendakwaan. Bila tugas telah diamanahkan, saya sejenis akan ambil tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh. The rest saya serahkan kepada kekuasaanNya, kun fayakun..
![]() |
| Bertolak dari sini pukul 11.07 malam |
Pembuktian kes bukan sesuatu yang mudah.. Sepanjang persediaan sehingga tarikh pelaksanaan, otak seakan 'bengkak' dan berat apabila disimpan dengan segala macam input. At the same time, documents juga perlu teratur supaya tidak menjadi pertikaian semasa perbicaraan.
Maka tiba tarikh 29 Disember 2025, bangun pukul 4.00 pagi untuk membaca akta dan peraturan yang berkaitan. Kes berjalan pukul 9.30 pagi dengan memanggil 11 orang saksi dan berakhir pada 11.07 malam. Selesai semua tugasan, tiba di pejabat pukul 11.45 malam, sampai di rumah pukul 12.00 pagi, plus minus hanya tidur 4 jam sahaja. Teramat letih tak dapat diungkap dengan kata-kata..
![]() |
| Keluar dari pukul 11.06 malam |
Keesokkan harinya, 30 Disember 2025 mata bengkak, kepala pening akibat tak cukup rehat dan tidur lewat. Namun gigih ke pejabat kerana saya perlu memerah otak untuk menyediakan laporan bagi mendapatkan kelulusan dari pengurusan tertinggi berkenaan prosiding yang telah dijalankan. Office hour bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tugas saya selesai hingga jam 11.06 malam.
Alhamdulillah ketika ini otak tak lagi terasa berat seperti semalam sebab semua input dah habis dikeluarkan semasa sesi perbicaraan. Menyediakan laporan hanya mengingati maklumat dan perkara-perkara yang telah berlaku tak seberat memikirkan pembelaan untuk sesuatu kes.
![]() |
| Pulang ke rumah jam 11.49 malam |
Hari seterusnya 31 Disember 2025 ketika orang ramai sibuk dengan ambang tahun baharu, saya masih di pejabat. Dokumen-dokumen bukti perlu disusun, label dan disimpan rapi kerana kes ini mungkin akan dibawa seterusnya ke peringkat Mahkamah. Saya selesai semua tugasan hingga jam 11.49 malam.. Bertolak dari pejabat dan tiba di rumah pada pukul 12.15 pagi.
Kerjaya berkaitan undang-undang merupakan salah satu kerjaya yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Bekerja lewat begini bukan sesuatu yang asing namun ianya bergantung juga kepada practice areas and sector. Seingat saya paling lewat saya pernah berada di pejabat setakat ini pukul 1.00 pagi. Arrrghhhh, tak sanggup kerja begini di usia semakin menua, rasa nak berhenti kerja awal sebelum umur persaraan. Doakan impian saya terlaksana cepat ya kawan-kawan..
Begitulah cerita saya, kisah penutup tahun 2025 untuk diabadikan dalam blog ini.
Regards,





MasyaAllah panjangnya waktu bertugas. Selamat tahun baharu 2026.
ReplyDeletePenatnya tapi takpela kerja kan ibadah. InsyaAllah dipermudahkan semuanya nanti.
ReplyDeleteSA baca pun bagai terasa penatnya....mmg x boleh elak ye....
ReplyDelete