Wednesday, January 28, 2026

Hak Mangsa Buli di Tempat Kerja

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. First of all, I want to say thank you to all readers and blogger friends who took the time to drop by here, I really appreciated it.. Inshaa Allah komen yang anda tinggalkan saya akan balas satu-persatu and at the same time I’ll do some blog walking too.. 

Cerita kali ini rentetan dari peristiwa minggu lalu. Saya telah mendengar luahan perasaan sedih dari seseorang iaitu mangsa yang dimalukan dengan cerita fitnah hingga disisihkan di tempat kerja. Perkara ini menyebabkan dia tertekan. Dari situ kesihatannya mula merosot, kerap ambil cuti sakit dan agak mengganggu mental juga. Orang yang menfitnah pula kawan baik sendiri. Ini kes kawan makan kawan.. Kita makan nasi dia makan kawan. Pelik juga manusia spesis ini. Perbuatan ini dinamakan sebagai buli psikologi / emosi (emotional bullying). Jangan risau ada akta yang melindungi mangsa buli ini so si pembuli watch out okay.


Stop bullying 

Jadi saya nak share di sini tindakan yang boleh diambil kepada sesiapa yang menjadi mangsa buli di tempat kerja.  Perbuatan memalukan atau membuli di tempat kerja kini dipandang serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Perbuatan ini tidak lagi dianggap sebagai isu dalaman syarikat malah dikategorikan sebagai satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Untuk makluman, mulai 11 Julai 2025 pindaan Kanun Keseksaan telah berkuatkuasa bertujuan memberi perlindungan undang-undang kepada mangsa buli. Secara tak langsung menegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak lagi boleh diterima dan dipandang ringan. 

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025

Jadi undang-undang baharu melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 memberi ruang kepada mangsa terutamanya wanita untuk membuat laporan polis terhadap gangguan di tempat kerja dan juga secara digital. Pindaan ini merangkumi peruntukan khusus bagi menangani gangguan emosi, buli, ugutan dan buli siber yang boleh menjejaskan kesejahteraan pekerja. Sekarang ni banyak masalah mental antaranya berpunca dari sikap pembuli wajarlah ada undang-undang melindungi mangsa.

Antara contoh gangguan yang boleh dilaporkan kepada polis termasuk:

Gangguan lisan (verbal): maki-hamun, hinaan, kutukan berulang.

Sindiran memperlekehkan maruah: berkaitan rupa fizikal (body-shaming), jantina, umur, status perkahwinan, keupayaan mental.

Buli psikologi / emosi (emotional bullying): ugutan pasif, boikot sosial, pengasingan di tempat kerja (disisihkan).

Gangguan seksual (verbal atau fizikal): ucapan lucah, ajakan seks, sentuhan tanpa izin.

Buli siber dan doxing (penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran) seperti sebar nombor telefon, alamat rumah dan gambar.

Seksyen di bawah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang digunapakai: 

507B: Gangguan biasa (verbal, emosi) - Hukuman penjara hingga 3 tahun.

507C: Ugutan melalui komunikasi - Hukuman penjara hingga 1 tahun / denda.

507D(1): Gangguan hingga menyebabkan tekanan mental - Hukuman penjara hingga 1 tahun.

507D(2): Jika menyebabkan cubaan bunuh diri - Hukuman penjara hingga 10 tahun.

507F: Doxing / penyebaran maklumat peribadi tanpa izin. Hukuman penjara hingga 3 tahun.

Apa tindakan yang perlu dilakukan apabila kita berdepan situasi begini?

(a) Simpan bukti - mesej, email, voice record atau rakaman cctv,

(b) Catat kejadian - bila, di mana, siapa yang terlibat dan apa yang berlaku,

(c) Lapor kepada Jabatan Sumber Manusia - Ini langkah awal membuktikan bahawa anda cuba untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak dalaman syarikat,

(d) Buat laporan polis: Cerita dengan terperinci apa yang berlaku hingga menjejaskan emosi / kesihatan mental. 

(e) Boleh juga lapor kepada agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja atau talian Kasih (15999).

Undang-undang ini terpakai kepada semua pekerja tak kira di sektor awam atau swasta. Tiada had jantina lelaki atau wanita semua mangsa dilindungi. Bila ada undang-undang begini, pembuli tak lagi sewenang-wenangnya membuli sesuka hati.. dalam bahasa kasarnya si Pembuli memang patut diajar kerana kesan emotional damage yang teruk kepada mangsa. Kepada mangsa buli, ambil tindakan tegas, stand up.. speak out. Know your right. Jika dibiarkan si Pembuli akan besar kepala, melampau-lampau pula nanti.

Begitulah cerita dia.. Okay, setakat ini saja perkongsian saya. Semoga ianya menjadi ikhtibar dan bermanfaat kepada pembaca semua. Until next time.. wasalam.


Regards,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!