Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Saturday, July 11, 2026

Trip Kerja ke Miri, Sarawak

TRIP KERJA KE MIRI, SARAWAK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Malam tadi, 10 Julai 2026 around 11.00 malam touchdown di KLIA dari Miri Sarawak atas urusan kerja selama 3 hari. Hari ini bersemangat untuk blogging demi berkongsi pengalaman dan kenangan sepanjang berada di sana. 

Trip to Miri, Sarawak

Baru sebulan lebih dengan majikan baru, saya dah diberi peluang untuk join business trip ke Miri. Honestly, I feel really grateful and lucky kerana diberi kepercayaan sebab bukan semua orang dapat peluang begini. Saya tak keseorangan tetapi ditemani dengan 2 orang lagi rakan sekerja.

 
Berlepas ke Miri

Berlepas ke Miri pada 8 Julai 2026 seawal 4.30 pagi untuk penerbangan jam 6.30 pagi.. Perjalanan dari KL ke Miri mengambil masa lebih kurang 2 jam so tiba di Miri around 9.00 pagi..

Hujan renyai-renyai awal pagi

Perjalanan lancar.. Bertolak terlalu awal jadi tak sempat breakfast dan company sediakan flight ticket berserta breakfast so makan breakfast yang disediakan dalam flight untuk alas perut.

Nasi lemak rendang

Enjoy the scenery.. Cuaca pada 8 Julai 2026 cantik, secantik awan yang dapat dilihat dari tingkap kapal terbang.. Langit biru dengan awan putih seperti kapas..

Langit biru
Awan seputih kapas

Perjalanan hanya 2 jam, sesekali lelap tetapi tak dapat tidur so pandang saja ke luar tingkap menikmati bentuk-bentuk awan sepanjang perjalanan, tak lama touchdown di Miri, Sarawak.. Tiba di destinasi.

Touchdown in Miri

Kecil sahaja lapangan terbang Miri, takde kapal terbang lain melainkan sebuah aircraft kecil mungkin membawa penumpang ke kawasan pedalaman..

Gateway To Borneo

Kami disambut dengan signboard besar, "Gateway To Borneo.."

Pejabat Imigresen, Lapangan Terbang Miri

Masuk ke bahagian Imigresen, Lapangan Terbang Miri.. Urusan sangat cepat kerana tak ramai orang ketika itu.. Selesai urusan di lapangan terbang MIri terus ambil Grab ke hotel penginapan kami.

Hotel

Sepanjang berada di sana, segala kemudahan yang disediakan juga sangat selesa. Hotel dan urusan kerja semuanya berjalan lancar, jadi saya boleh focus sepenuhnya pada tugasan. Sebelum bertolak ke office di Miri, semak tugasan dan hanya sempat pesan makanan ke bilik hotel. Lunch hari itu, aglo olio dan honeydew juice.. Kemudian gerak ke office di Piasau Industrial Estate dengan Grab. 

Tugasan

Selama tiga hari di Miri, jadual memang packed dengan tugasan dan perjumpaan bersama-sama warga kerja di Miri. Urusan kerja semua berjalan lancar walaupun ada sebahagian dari mereka tak dapat sertai sesi ini kerana masih di offshore tetapi masih ramai yang berkesempatan berjumpa dengan kami. 

Lunch hanya ordered Grab 

Penat memang penat, tapi dalam masa yang sama rasa seronok sebab dapat mengenali warga kerja luar dari Kuala Lumpur. Kami dapat meluangkan masa berbual-bual, bertanyakan tentang masalah kerja yang mereka hadapi dan dapat melihat sendiri cara mereka bekerja memberikan saya pengalaman yang sangat bermakna.

Of course, bila dah sampai di Miri, acara lepas waktu kerja adalah mencari makan malam yang sedap dan berjalan-jalan di shopping mall berhampiran tempat penginapan. Kami ke Imperial Shopping Mall..

Luggage

Saya menemani rakan yang ingin mencari luggage sebagai ganti luggage lama yang rosak..

Cute gift shop

Dalam sedar saya pun turut terjebak sama membeli luggage baru dengan alasan tanda kenangan ke Miri untuk kali pertama, haishhh. Setelah puas berjalan-jalan dalam shopping mall, kami mencari makan malam di sekitar Imperial Shopping Mall. Kami singgah di gerai berhadapan Street Food Corner.

Street Food Corner

Saya pesan nasi putih dan sup tulang.. Okaylah rasa sedap, harga pun murah.. 

Nasi putih dan sup tulang

Jadual hari kedua dan ketiga masih padat.. Syukur semuanya berjalan lancar. Malam kedua semua penat jadi tak ke mana-mana. Malam ketiga, kami ke festival Taste of Borneo 4.0 yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Boulevard Shopping Mall.

Taste of Borneo 4.0

Kemeriahan sambutan festival ini dapat dirasai dengan pengunjung yang ramai.. Pelbagai jenis makanan dijual.. Apa yang menarik perhatian saya adalah bagaimana organiser membezakan seksyen makan halal dan non-halal yang tidak diletakkan bersebelahan tetapi dipisahkan dengan tempat duduk persembahan pentas kebudayaan. Jadi jauh antara satu sama lain, impressive.

Taste of Borneo 4.0

Pelbagai gerai makanan dan jualan mengikut suku kaum Sarawak dipamerkan di sini.

Gerai Persatuan Kayan Sarawak
Gerai pameran

Terdapat persembahan kebudayaan diadakan termasuk dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Persembahan Kebudayaan Sarawak
Gerai dan penonton

Tiba hari ke-3 iaitu hari terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan jam 8.30 malam.. Selesai bertugas, kami mengambil peluang singgah ke Pusat Kraftangan Miri atau Miri Handicraft Centre terletak di Jalan Brooke, Off Jalan Merbau.

Miri Handicraft Centre

Pelbagai hasil kraftangan dan produk-produk tempatan yang unik dan penuh dengan identiti Sarawak ada dijual di sini.. Walaupun tak lama, at least dapat juga bawa balik sedikit kenangan dari sana sebagai buah tangan untuk keluarga.

Pusat Kraftangan Miri
Pusat Kraftangan Miri

Penat meronda sekitar Miri Handicraft Center, sebelum ke airport kami mengisi perut. Saya sekali lagi order sup tulang (simple dan kenyang) dan air Milo dengan harapan untuk tambah tenaga kerana minum Milo anda jadi sihat dan kuat! hehehehe

Nasi putih dan sup tulang

Air yang dipesan untuk 3 sekawan..

Air untuk 3 sekawan

Sambil makan melihat persekitaran bandar yang bersih dan tenang.. 

Miri

Selepas makan, ordered Grab ke airport.. Kami mengambil penerbangan terakhir untuk malam itu.. Jadi semua kaunter sunyi kerana telah pun ditutup..

Kaunter check-in Miri Airport

Masuk ke perut pesawat dengan hati berbunga-bunga riang.. Tak sabar jumpa family yang telah ditinggalkan selama tiga hari.. Bye-bye Miri, hingga kita jumpa lagi..

Bertolak ke Kuala Lumpur.. Bye-bye Miri

Overall, this was such a sweet and memorable experience. Walaupun penat tapi pengalaman, ilmu dan kenangan yang dibawa pulang jauh lebih berharga. Looking forward to more business trips, more learning opportunities and more beautiful moments along this new career journey.

Begitulah cerita yang ingin dikongsi bersama pembaca blog ini.. Mini vlog sepanjang berada di Miri, saya ada kongsi di TikTok, jemput follow @dailyblissjournals.

Terima kasih sudi singgah dan jangan lupa tinggalkan komen anda untuk kunjung balas..


Regards,

Share:
Read More

Wednesday, January 14, 2026

Bits & Pieces of My Week

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Semoga semua baik-baik belaka walaupun minggu ini saya percaya agak hectic kepada parents yang sudah kembali ke jadual asal mengurus anak sekolah selepas cuti sekolah tahun lalu.. Selamat kembali ke sekolah ya anak-anak..

Hari ni cuti umum di Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan ke-78 Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Hari cuti yang ada saya isi dengan membaca buku di samping membuat kerja-kerja rumah yang lain. Lately suka baca buku genre thriller. Biasa tak fikir sangat tentang genre. Baru habis baca Verity by Colleen Hoover seminggu yang lalu, break sebentar dari melayan cerita thriller..  This is my current read, Anxious People by Fredrick Backman. 

Anxious People by Fredrick Backman 

Di kala ibubapa di luar sana sibuk mengurus persekolahan anak-anak, jadual harian saya tak banyak beza. Seminggu menghilangkan diri kerana sibuk mengurus persediaan Arief (my only son) yang akan mendaftar di kursus kemahiran jangka pendek sementara tunggu keputusan SPM diumumkan. Alang-alang hampir dua minggu tak berkongsi cerita, today's post wasn't about a single story but a collection of small moments. Random photos, random activities and little things that made me pause for two weeks.


Bermula Jumaat lalu, 9.1.2026 keluar rumah sekitar pukul 10.30 pagi terus menuju ke Shopee Self-Collection Point. Entah apa barang dibeli si Arief. Ada dua tempat Shopee Self-Collection Point di kawasan taman perumahan saya. Kali ini bukan di tempat biasa tetapi di kawan business lot yang baru dibuka. Puas meronda takde pula signboard Post-Hub.. Parked kereta di tepi sambil cari di Google map.. Hurrrmm rupanya depan kereta saja, manalah nampak banner sekecil itu tergantung menumpang di kedai runcit..

Shopee Self-Collection Point 

Selesai tugas pertama, kemudian tugas kedua iaitu misi membuka akaun simpanan budak bawah umur 18 tahun yang agak mencabar kesabaran (akan ku cerita di post akan datang). Urusan dari pagi then break solat Jumaat balik rumah sekejap ambil sijil lahir Arief, sempat hantar email kerja selepas dapat pesanan dari boss di pejabat..

Bukan saving account 

Selepas kaum Adam menunaikan solat Jumaat, around 2.15 pm misi diteruskan untuk submit documents di bank tapi sebelum itu singgah lunch di P&C Kitchen. Bawa Arief di sini sebab dia belum pernah makan di P&C Kitchen, bagi dia rasa sendiri.

P&C Kitchen, Seremban 2

Minggu lalu saya belum habis baca buku Verity by Colleen Hoover.. Tak sabar nak tahu ending si Verity, since then ke mana-mana dengan buku ni, sambil tunggu makanan, dapat baca a few pages pun rasa puas hari. Okay di P&C Kitchen saya tetap ordered lamb chops with spaghetti carbonara seperti sebelum ini. Selepas makan terus ke bank semula sehingga urusan selesai around 3.30 p.m..

The next day - Sabtu (3.1.2026),  Arief minta izin outing ke KL dengan kawan-kawan sekolah. This is his first time keluar dengan kawan. Saya bagilah dia chance sebab dah habis belajar, asalkan pandai bawa diri. Sibuk text dari KL beritahu ada surprise untuk mama.. Dalam hati, apalah surprise dia bagi nanti.. Ingatlah dia beli buku Hidden Pictures di Kinokuniya sebab dia tahu mama dia sedang gigih cari buku tu.. Rupanya dia hadiahkan bouquet beli di Pasar Seni. Habis kemek bunga segar dia sumbat dalam backpack. Lebam bunga seharian dia usung keluar masuk mall.. Haish anak..

Kayan Tropika @kayantropika

Ku letak di almari bilik sebagai hiasan.. Gambar pula ku abadikan di sini sebagai kenangan..

Kayan Tropika bouquet

Last weekend saya tak ke mana-mana, hanya di rumah.. Biasa me time dengan hobby. Kali ni journaling  mood sedang berkobar-kobar. Saya guna leather journal in passport size, setup for financial planner. Tahun ni I'm planning to focus on financial, kurangkan membazir membeli ikut hawa nafsu.. 

Passport size planner

Plan 30 Day No Spend Challenge, basically saya bahagi kepada 2 rules iaitu "What you can spend on" - barang keperluan, bills, medical expenses, small treats etc. dan "What you can't spend on" lebih kepada kehendak - makan di luar, Grab / Panda food, coffee cafes, shopping baju, kasut yang dah ada dua almari tapi masih membeli, entertainment, impulse purchase, online shopping etc.

Tujuan utama saya untuk disiplin diri elak pembaziran seperti yang sudah berlaku selama ini.. Motif elak pembaziran?... kerana membazir adalah amalan syaiton.. Selain itu I can track my expenses too..

30 Day No Spend Challenge

Pages yang lain about my blessing iaitu mensyukuri segala nikmat kehidupan kurniaan Illahi berdasarkan quote ini - "Talk about your blessings more than you talk about your problems." Try to motivate diri di kala hidup ini ada pasang surutnya.. 

The following day, Isnin (5.1.2026) saya ambil cuti tahunan untuk hantar Arief daftar kursus kemahiran. Selesai pendaftaran terus buat medical check-up di klinik kerana ianya merupakan salah satu syarat kemasukkan ke institusi ini.

Medical check-up

Urusan hari ini selesai awal, tiba masa untuk free and easy.. Kami ke Mesamall di Nilai tanpa tujuan..

Ibu dan anak

Takde apa yang menarik di sini.. Singgah di beberapa kedai dan terus pulang ke rumah..

Mesamall Nilai tenants

Suka dengan wall decoration di Mesamall, unik.. Koleksi periuk tanah liat atau porcelain, tak pasti.. Saya sekadar pandang dari jauh..

Mesamall Nilai wall decoration


Tiba di rumah, keluar sahaja dari kereta inilah pemandangan saya lihat.. Ku sangka anak beruk rupa-rupanya anak kucing.. Inilah antara stray kittens yang sedang bermastautin di halaman rumah saya.. Tak reti duduk diam, makan tidur memerut.. itulah kerja mereka. Nasib baik comel, tak jadi marah..

Cute kittens

The next day, Selasa (6.1.2026) kerja seperti biasa.. My officemate baru balik dari kenduri sepupu di Perlis so macam-macam buah tangan dia bawa ke office.. Kami tumpang sekaki.. 

Ole-ole dari Perlis

Hari yang sama, saya menghadiri sesi taklimat Pelan Perniagaan dengan hidangan kuih karipap dan pisang goreng. Syukur alhamdulillah, all went smoothly..

Kuih karipap dan pisang goreng

Last but not least, inilah buku yang saya puas cari merata dari bookstore ke bookstore, ke Big Bad Wolf dengan harapan menggunung tapi hampa.. Akhirnya terpaksa order, tunggu about two weeks dan kini berada di tangan saya.. 

Hidden Pictures by Jason Rekulak

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Just bits and pieces from last week, captured as they were. Thank you for reading.. Until next time, bye-bye and wassalam..



Regards,

Share:
Read More

Thursday, December 18, 2025

Cerita Random

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah cuaca hari ni sejuk, hujan turun renyai-renyai sekejap-sekejap dari petang semalam hingga pagi ini.. Hari ini saya cuti, jadi ada masa untuk diri sendiri..

Perjalanan ke pejabat, hujan renyai-renyai

Hari ini just sharing tentang random photos.. Cerita hari Isnin (18 Disember 2025) lalu.. Perjalanan ke tempat kerja dalam hujan renyai-renyai.. Cuaca sejuk dengan suasana mendung terus terasa alangkah baiknya kalau hari cuti.. 

Pemandangan dari jendela office

Pemandangan luar dari jendela office.. Masih mendung dan berkabus, fefeeling seperti di Cameron Highlands tapi bukan makan scones and teas, sebaliknya sambil makan nasi goreng and coffee for breakfast pagi itu sebelum memulakan tugas.

Paracetamol

Unfortunately, sejak Ahad lepas sakit kepala on-off.. Cuba juga bertahan tanpa telan paracetamol namun tewas juga akhirnya, finally terpaksa makan ubat sebab tak mahu effect kerja yang perlu banyak membaca dan berfikir. 

Yakiniku Don dan Miso soup Sushi King

Lunch tak keluar sebab sakit kepala so order Yakiniku Don dan Miso soup dari Sushi King melalui foodpanda. Kalau tanya sedap atau tidak, saya jawab kurang sedap sebab daging rasa manis so cepat muak.. Tetap bersyukur dengan rezekiNya, alhamdulillah.

Pewangi kereta

Tiba di rumah dari pejabat, terlihat parcel atas tembok.. Buka sahaja parcel baru teringat ada order pewangi kereta dari TikTok..  Terus buka dan gantung di kereta.. Saya beli sakura delight dan vanilla ocean, boleh tahan wangi, bermakna boleh repeat order dengan wangian yang lain pula..

Budak kecil hitam putih

Inilah salah seekor kanak-kanak yang suka memerut dalam pasu dan jadikan pokok-pokok saya sebagai permainan mereka.. Habis pokok janggut ditarik-tarik sampai putus.. 

Budak kecil si Biscoff 

Adakala juga mereka punca saya terlewat sampai di pejabat sebab menghalang jalan bila saya keluar kereta dari porch, risau terlanggar haish.. mujur comel terus tak jadi marah..

Ini gambar minggu lepas, tertarik dengan gambar bulan ala-ala di tepi pantai Chenang..  

Replica bulan

Gambar ini diambil bersebelahan parking. Ada sebuah kawasan tempat makan ala Bali yang akan dibuka bersebelahan parking lot office. Semasa diaorang sedang pasang lampu, terpandang bulan purnama yang menarik di situ.. Cantik sehingga menarik perhatianku.

Hari itu balik kerja around 6.50 petang hampir masuk waktu senja, remang-remang atau cahaya senja sudah menunjukkan diri..

Sunset

Menurut kepercayaan orang tua jangan berada di luar waktu begini. Lain pula fikiran orang sekarang, bila di tepi pantai ramai menunggu waktu ini, sunset dan tak mahu terlepas peluang merakam gambar yang cantik. Ini dikatakan pertembungan pendapat, ikutlah cara masing-masing asalkan tak memudarat diri.

Sebelum berakhir post kali ini, saya kongsi petikan indah ini:
"You don't meet anyone by accident. 
Every person that crosses your path in life there is a reason. 
Some will stay for a lifetime, others only for a moment. 
Some will lift you when you are broken, others will test your patience but none of it is random. There is no coincidence in what Allah writes. 
Every friendship, every difficulty and every success, it's all part of His plan. 
Sometimes Allah sends people to teach you, sometimes to heal you and sometimes to remind you that only He remains. So don't question why some came or why some left. 
Trust the One who brought them because as Allah placed them in your story. 
He knows exactly when their chapter in your life should end."
Sekian bits of random.. Till next time, tata..


Regards,

Share:
Read More