Tuesday, April 28, 2026

Tag Berantai: Jom Berkenalan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semalam saya ada blogwalking dan singgah di blog KakMim. Saya baca post KakMim tenang Tag Berantai: Jom Berkenalan.. Saya teruja dengan segmen ini sebab unik. Jadi saya pun cuba-cuba buat.. 

Tadaaaaa, ini hasilnya.. 

Tag Berantai: Jom Berkenalan

Bila baca apa yang ditulis, "yaaa laaa ada banyak persamaan seperti yang ditulis. Eh, macam mana tahu?" Itulah hasil kecerdasan buatan (artificial intelligence or AI)..

Okay, kepada sesiapa yang ingin turut serta, syarat-syarat sangat mudah.. 

1. Login akaun ChatGPT anda.
2. Upload gambar anda.
3. Taip "Knowing everything you know about from my blog (tulis nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style."
4. Tekaan ENTER untuk menjana image.
5. Save gambar dan post di blog anda.
6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.

Sekarang saya nak tag 5 sahabat bloggers saya iaitu:


Seronok juga join segmen ni, just for fun.. Siapa yang saya tak tag tapi berminat boleh juga turut-serta. Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita bertemu lagi d post akan datang..


Regards,

Share:
Read More

Monday, April 27, 2026

10 Cara Menghargai Diri Sendiri, Stop Being A People Pleaser

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepala semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti harian.. Hari ini, Isnin.. minggu baru. Semangat pun kena baru okay.. Diharap yang sakit bertambah sihat dan semua yang baik-baik untuk kita..

Semasa saya remaja hingga umur sekitar awal 30-an, saya selalu fikir tentang orang lain, jaga perasaan orang, risau orang kata itu.. orang kata ini so kalau boleh nak avoid dari tanggapan negative orang terhadap saya or senang cerita menjadi people pleaser. Tetapi setelah meningkat usia, saya sedar bahawa menjadi people pleaser adalah perbuatan sia-sia yang akhirnya 'makan diri'.. 

People pleaser

Mengapa sia-sia?... sebab kita tak boleh kawal apa tanggapan orang tentang kita walau baik macam mana sekali pun layanan kita kepada individu itu. Bila semakin berusia baru saya sedar, jangan terlalu sibuk jaga perasaan orang lain sampai terlupa jaga perasaan sendiri. Bukan mengajar untuk selfish tetapi lebih kepada respect yourself, jangan buat perkara yang boleh 'mendera' perasaan sendiri..

Bila semakin banyak membaca topics motivational and inspirational, maka banyaklah pengetahuan saya perolehi. Salah satu darinya saya suka article yang ditulis oleh Dr. Azura Hashim (Mindset Strategst and founder Mediv Training Provider) iaitu - 

1. Berhenti cuba penuhi semula orang - Tidak semula orang perlu suka kita dan itu tidak menjadikan kita kurang harga diri.

2. Belajar berkata 'TIDAK' tanpa rasa bersalah - Mementingkan diri untuk menjadi diri sendiri bukan ego. Itu tanda kita kenal diri sendiri.

3. Beri ruang untuk berehat - Penat itu normal. Rehat itu keperluan, bukan kemewahan.

4. Maafkan diri atas kesilapan lalu - Dalam hidup kita sentiasa melalui fasa belajar memperbaiki diri. Setiap kesilapan adalah proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.

5. Hargai setiap langkah kecil yang kita buat - Tak semua progress nampak besar tapi setiap langkah tetap membawa kita ke hadapan. Jadi teruskan..

6. Jangan bandingkan perjalanan hidup kita dengan orang lain - Rezeki, masa dan jalan hidup semua orang berbeza. Jadi fokus kepada diri sendiri.

7. Jaga apa yang masuk dalam diri kita - Apa yang kita makan, apa yang kita dengar dan apa yang kita fikir. Semua itu membentuk siapa diri kita. 

8. Perbaiki hubungan dengan Allah - Bina hubungan dengan Allah lebih kuat. Hati akan lebih tenang walaupun hidup tak sempurna.

9. Pilih circle yang menenangkan - Tidak semua orang sesuai untuk kita. Pilih yang membawa damai, bukan tekanan.

10. Bercakap dengan diri sendiri secara lembut - Bukan macam orang tak normal, cakap sorang-sorang tetapi cara kita bercakap dengan diri membentuk keyakinan diri. Jangan terlalu 'keras' kepada diri sendiri.

Impak yang akan kita perolehi bila kita mula menghargai diri, secara tak langsung aura diri akan berubah. Tenang dan orang lain mula nampak hasil pembawakan diri yang positif. Kadangkala kita mencari penghargaan dari orang lain sedangkan yang paling kita perlukan adalah belajar menghargai diri sendiri dulu. 

Intisari surah al-Baraqah: 286

Dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 286 menegaskan bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.  Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami." - Surah al-Baqarah: 286

Ingatlah, cara kita menghargai diri menentukan bagaimana orang lain menghargai kita. 
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca semua.
Thank you for reading..



Regards,

Share:
Read More

Sunday, April 26, 2026

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
Semalam semasa membalas komen rakan-rakan blogger, saya singgah blog Manis Strawberry milik Eyma Balkis untuk kunjung balas. Kemudian saya baca post Eyma tentang Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026. Teruja saya sebab segmen masih dibuka, peluang saya untuk turut serta.

Pada firasat saya, lama sudah saya berblogging dan 'mustahil' masih ada lagi blogger masih belum saya follow sebagai kenalan. Oh ya, Eyma pun salah seorang kenalan baru saya. Salam perkenalan Eyma (imagine saya melambai tangan di laptop, hehehe). Jadi dikesempatan ini saya juga ingin turut serta dalam segmen anjuran Aynora. Untuk pengetahuan pembaca, Aynora juga rakan blogger baru saya. Saya tak pernah kenal Aynora sebelum ini.

Okay, cara sertai Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026 sangat mudah. Just post banner di blog, kemudian back linked and tinggalkan url penyertaan blog you all di ruangan komen di blog Aynora, mudah bukan, semudah A..B.. C..

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

The best part, semua bloggers yang turut serta, blog mereka akan disenaraikan di sidebar blog Aynora selama 7 bulan bermula Mei hingga Disember 2026. Syarat dah la mudah, banner pun cantik. Warna merah menyerlah so attractive kannn. I like it! Siapa berminat boleh join untuk memeriahkan lagi segmen ini.

Tempoh segmen dari 1 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026


Regards,

Share:
Read More

Saturday, April 25, 2026

I Miss You.. I Miss You More..

I MISS YOU.. I MISS YOU MORE.. | Assalamualaikum daln Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. I'm here.. Rindu, rindu sangat dengan my blog. Busy dengan kehidupan but still I miss blogging.. Finally dapat semula masa blogging. Walaupun ada platform lain contoh thread, facebook, instagram yang boleh update on the go, but can't ever replace blog. For me, blog is the best among all, tak kisah nak kata kita old-school atau apa.. Siapa setuju?..

Rose oud

Semalam dapat gift ni dari officemate.. Kami tak kerap sangat berjumpa dan bercerita di pejabat tetapi bila masa ada peluang dapat meluahkan segalanya. Story about rough time dalam hidup sampai masing-masing menangis.. Itulah friendship, kita tak selalu nampak tapi tahu kita ada.. Hadiah pun kena dengan citarasa saya yang suka perfume, rose scent and lately suka dengan jenis oud (mungkin faktor umur).. alhamdulillah tak sabar nak guna.

Setakat ini dulu. Next time saya share cerita lain.. 
Thank you for reading.



Regards,

Share:
Read More