Saturday, July 11, 2026

Trip Kerja ke Miri, Sarawak

TRIP KERJA KE MIRI, SARAWAK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Malam tadi, 10 Julai 2026 around 11.00 malam touchdown di KLIA dari Miri Sarawak atas urusan kerja selama 3 hari. Hari ini bersemangat untuk blogging demi berkongsi pengalaman dan kenangan sepanjang berada di sana. 

Trip to Miri, Sarawak

Baru sebulan lebih dengan majikan baru, saya dah diberi peluang untuk join business trip ke Miri. Honestly, I feel really grateful and lucky kerana diberi kepercayaan sebab bukan semua orang dapat peluang begini. Saya tak keseorangan tetapi ditemani dengan 2 orang lagi rakan sekerja.

 
Berlepas ke Miri

Berlepas ke Miri pada 8 Julai 2026 seawal 4.30 pagi untuk penerbangan jam 6.30 pagi.. Perjalanan dari KL ke Miri mengambil masa lebih kurang 2 jam so tiba di Miri around 9.00 pagi..

Hujan renyai-renyai awal pagi

Perjalanan lancar.. Bertolak terlalu awal jadi tak sempat breakfast dan company sediakan flight ticket berserta breakfast so makan breakfast yang disediakan dalam flight untuk alas perut.

Nasi lemak rendang

Enjoy the scenery.. Cuaca pada 8 Julai 2026 cantik, secantik awan yang dapat dilihat dari tingkap kapal terbang.. Langit biru dengan awan putih seperti kapas..

Langit biru
Awan seputih kapas

Perjalanan hanya 2 jam, sesekali lelap tetapi tak dapat tidur so pandang saja ke luar tingkap menikmati bentuk-bentuk awan sepanjang perjalanan, tak lama touchdown di Miri, Sarawak.. Tiba di destinasi.

Touchdown in Miri

Kecil sahaja lapangan terbang Miri, takde kapal terbang lain melainkan sebuah aircraft kecil mungkin membawa penumpang ke kawasan pedalaman..

Gateway To Borneo

Kami disambut dengan signboard besar, "Gateway To Borneo.."

Pejabat Imigresen, Lapangan Terbang Miri

Masuk ke bahagian Imigresen, Lapangan Terbang Miri.. Urusan sangat cepat kerana tak ramai orang ketika itu.. Selesai urusan di lapangan terbang MIri terus ambil Grab ke hotel penginapan kami.

Hotel

Sepanjang berada di sana, segala kemudahan yang disediakan juga sangat selesa. Hotel dan urusan kerja semuanya berjalan lancar, jadi saya boleh focus sepenuhnya pada tugasan. Sebelum bertolak ke office di Miri, semak tugasan dan hanya sempat pesan makanan ke bilik hotel. Lunch hari itu, aglo olio dan honeydew juice.. Kemudian gerak ke office di Piasau Industrial Estate dengan Grab. 

Tugasan

Selama tiga hari di Miri, jadual memang packed dengan tugasan dan perjumpaan bersama-sama warga kerja di Miri. Urusan kerja semua berjalan lancar walaupun ada sebahagian dari mereka tak dapat sertai sesi ini kerana masih di offshore tetapi masih ramai yang berkesempatan berjumpa dengan kami. 

Lunch hanya ordered Grab 

Penat memang penat, tapi dalam masa yang sama rasa seronok sebab dapat mengenali warga kerja luar dari Kuala Lumpur. Kami dapat meluangkan masa berbual-bual, bertanyakan tentang masalah kerja yang mereka hadapi dan dapat melihat sendiri cara mereka bekerja memberikan saya pengalaman yang sangat bermakna.

Of course, bila dah sampai di Miri, acara lepas waktu kerja adalah mencari makan malam yang sedap dan berjalan-jalan di shopping mall berhampiran tempat penginapan. Kami ke Imperial Shopping Mall..

Luggage

Saya menemani rakan yang ingin mencari luggage sebagai ganti luggage lama yang rosak..

Cute gift shop

Dalam sedar saya pun turut terjebak sama membeli luggage baru dengan alasan tanda kenangan ke Miri untuk kali pertama, haishhh. Setelah puas berjalan-jalan dalam shopping mall, kami mencari makan malam di sekitar Imperial Shopping Mall. Kami singgah di gerai berhadapan Street Food Corner.

Street Food Corner

Saya pesan nasi putih dan sup tulang.. Okaylah rasa sedap, harga pun murah.. 

Nasi putih dan sup tulang

Jadual hari kedua dan ketiga masih padat.. Syukur semuanya berjalan lancar. Jadi malam kedua semua penat jadi tak ke mana-mana. Malam ketiga, kami ke festival Taste of Borneo 4.0 yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Boulevard Shopping Mall.

Taste of Borneo 4.0

Kemeriahan sambutan festival ini dapat dirasai dengan pengunjung yang ramai.. Pelbagai jenis makanan dijual.. Apa yang menarik perhatian saya adalah bagaimana organiser membezakan seksyen makan halal dan non-halal yang tidak diletakkan bersebelahan tetapi dipisahkan dengan tempat duduk persembahan pentas kebudayaan. Jadi jauh antara satu sama lain, impressive.

Taste of Borneo 4.0

Pelbagai gerai makanan dan jualan mengikut suku kaum Sarawak dipamerkan di sini.

Gerai Persatuan Kayan Sarawak
Gerai pameran

Terdapat persembahan kebudayaan diadakan termasuk dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Persembahan Kebudayaan Sarawak
Gerai dan penonton

Tiba hari ke-3 iaitu hari terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan jam 8.30 malam.. Selesai bertugas, kami mengambil peluang singgah ke Pusat Kraftangan Miri atau Miri Handicraft Centre terletak di Jalan Brooke, Off Jalan Merbau.

Miri Handicraft Centre

Pelbagai hasil kraftangan dan produk-produk tempatan yang unik dan penuh dengan identiti Sarawak ada dijual di sini.. Walaupun tak lama, at least dapat juga bawa balik sedikit kenangan dari sana sebagai buah tangan untuk keluarga.

Pusat Kraftangan Miri
Pusat Kraftangan Miri

Penat meronda sekitar Miri Handicraft Center, sebelum ke airport kami mengisi perut. Saya sekali lagi order sup tulang (simple dan kenyang) dan air Milo dengan harapan untuk tambah tenaga kerana minum Milo anda jadi sihat dan kuat! hehehehe

Nasi putih dan sup tulang

Air yang dipesan untuk 3 sekawan..

Air untuk 3 sekawan

Sambil makan melihat persekitaran bandar yang bersih dan tenang.. 

Miri

Selepas makan, ordered Grab ke airport.. Kami mengambil penerbangan terakhir untuk malam itu.. Jadi semua kaunter sunyi kerana telah pun ditutup..

Kaunter check-in Miri Airport

Masuk ke perut pesawat dengan hati berbunga-bunga riang.. Tak sabar jumpa family yang telah ditinggalkan selama tiga hari.. Bye-bye Miri, hingga kita jumpa lagi..

Bertolak ke Kuala Lumpur.. Bye-bye Miri

Overall, this was such a sweet and memorable experience. Walaupun penat tapi pengalaman, ilmu dan kenangan yang dibawa pulang jauh lebih berharga. Looking forward to more business trips, more learning opportunities and more beautiful moments along this new career journey.

Begitulah cerita yang ingin dikongsi bersama pembaca blog ini.. Mini vlog sepanjang berada di Miri, saya ada kongsi di TikTok, jemput follow @dailyblissjournals.

Terima kasih sudi singgah dan jangan lupa tinggalkan komen anda untuk kunjung balas..


Regards,

Share:
Read More