Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini sudah 14 Zulhijjah 1447H tetapi bahang sambutan Hari Raya Aidiladha masih terasa terutama kepada mereka yang menjalani ibadah korban. Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini bertambah meriah tambahan pula serentak dengan cuti sekolah pertengahan tahun 2026, sudah pasti ramai parents mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Apa sahaja yang anda lakukan, jaga diri dan jaga keselamatan, semoga dilindungiNya selalu.
Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang sambutan hari lahir saya tahun ini yang agak berbeza dengan sambutan tahun sebelum. Al-kisah cerita bulan Februari yang 2026 lalu, sempena hari lahir, saya memilih untuk meluangkan masa di The Sunway Library.
Saya pula seorang yang suka pengalaman baru apabila menyambut hari lahir sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga. Contoh ke restaurant atau ke tempat-tempat yang masih belum pernah dikunjungi demi mencipta kenangan baru.
Sunway Square Mall
Tahun ini saya ke The Sunway Library terletak di Sunway Square Mall, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan perpustakaan terbesar di South East Asia yang dibuka 24 jam dengan keluasan 3,530 kaki persegi dan memiliki koleksi buku lebih dari 1 juta. Jadi demi mencipta sesuatu kelainan, saya ke sana pukul 1.00 pagi.
The Sunway Library by BookXcess
Kebetulan tahun ini hari lahir saya disambut dalam bulan Ramadan. Jadi tiada makan-makan atau sambutan di siang hari.
Interior
Sebaik sahaja melangkah masuk ke sini, saya terus tertarik dengan reka bentuk hiasan dalaman yang moden, bersih, luas, kemas dan sangat selesa. Walaupun pukul 1.00 pagi tetapi suasana terang dan mesra pengunjung.
Susun atur buku-buku
Susunatur buku-buku di tingkat atas
Susunatur buku-buku di tingkat atas
Selain ingin menyambut hari kelahiran, saya ke sini untuk mencari novel tulisan Riley Sager tetapi malangnya tiada. Jadi saya layan suasana tenang dikelilingi buku-buku ini pun satu hadiah yang cukup bermakna.
Ruang fiction di tingkat atas
Sudut fiction
Apa yang paling saya suka selain suasananya yang tenang, saya dapat duduk seketika sambil membaca buku walaupun sekadar menikmati suasana perpustakaan tetapi sudah cukup memberi ketenangan yang sukar digambarkan. This is really my kind of vibe.. Saya menghabiskan beberapa jam di sini dengan meninjau koleksi buku pelbagai genre dan menikmati masa untuk diri sendiri manakala my husband and son pergi bawa diri ke ruang koleksi buku kegemaran mereka.
Koleksi buku motivasi
Biographies and Memoirs
Selain buku, ada juga Kenny Hills Bakers, sebuah cafe yang beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Jadi jika datang pada waktu tersebut, bolehlah membaca sambil makan di cafe. Tak kurang juga banyak sudut-sudut Instagrammable yang unik dan menarik.
Instagrammable corner
Di sini terdapat pelbagai ruang bacaan yang sesuai untuk individu, pelajar mahupun keluarga yang datang bersama anak-anak. Jadi bertepatan dengan cuti sekolah sekarang ni, The Sunway Library merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak. Selain dapat memupuk minat membaca, anak-anak juga berpeluang meneroka pelbagai bahan bacaan yang menarik dan berfaedah. Bagi saya ia merupakan satu pilihan baik kepada ibu bapa yang sudah ketandusan idea untuk mengatur aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah.
Photo Frames decor
Overall, lawatan saya ke The Sunway Library sempena hari lahir yang lalu tak sia-sia. Ianya bukan sekadar satu kunjungan biasa tetapi ianya satu pengalaman baharu yang mengingatkan saya bahawa kadangkala kebahagian itu datang daripada perkara-perkara yang sederhana seperti masa yang berkualiti untuk diri sendiri. It really helps me de-stress..
Exit
Happy Chinese New Year
Saya suka dengan Chinese New Year decor yangmasih meriah di sana sini kerana ketika itu sambutan Tahun Baru Cina..
Chinese New Year decorations
Siapa pernah pergi The Sunway Library? Siapa pula masih belum pernah datang ke sini, bolehlah masukkan dalam bucket list.. Apa pun share your comments below.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi dalam post akan datang.
Note: Oh ya, sangat dialu-alukan untuk follow Facebook baru saya, Lynne Zackaria memandangkan Facebook lama, Sis LZ kena hacked so saya terpaksa delete akaun berkenaan. Harapan saya dengan akaun Fb baru saya dapat kembali keep in touch dengan rakan-rakan blogger semua.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Salam Jumaat pernuh baraqah.. Alhamdulillah syukur kita masih lagi diberi nafas untuk terus hidup supaya dapat melaksanakan segala aktiviti harian.. Doa saya semoga setiap pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan..
Bertepatan dengan bulan Zulhijjah, banyak amalan soleh akan digandakan dalam bulan ini. Selain itu banyak kelebihan dalam bulan Zulhijjah terutama 10 hari terawal yang merupakan hari paling baik dalam setahun. Jadi jangan lepaskan peluang ini..
Doa
Tiada cerita tentang diri yang menarik untuk dikongsi di sini, jadi hari ni saya ingin kongsi satu lagu bertajuk Mudahkan Jalanku.. Jatuh hati dengan melodi dan lirik lagu ini yang menyentuh kalbu.. Lagu ini luahan hati tentang rezeki dan kesyukuran. Setiap bait lirik mempunyai maksud antaranya tentang hidup yang bukan perlumbaan tapi sebaliknya sebuah perjalanan mencari redha, mencari tentang dan belajar menerima takdir dengan hati yang bersih..
Saya kongsi di sini untuk penghayatan kita bersama..
AMALKAN ISTIGHFAR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Salam Jumaat kepada muslimin dan muslimah sekalian.. Alhamdulillah dengan segala kurniaanNya kerana kita masih lagi diberi nafas untuk terus hidup dan segala nikmat yang lain..
Dalam kesibukkan kita menjalani urusan seharian, macam-macam perkara berlaku di sekeliling kita.. Kematian, bencana dan dugaan hidup orang lain.. Didoakan semoga mereka tabah menghadapi segala ujian dan dugaan hidup ini.. Entry saya hari ini tentang kebaikan kita ber-istighfar..
Istighfar
ISTIGHFAR iaitu perbuatan memohon keampunan dari Allah SWT atas segala dosa, kesalahan atau kelalaian yang dilakukan. Ia adalah pengakuan hamba akan kelemahan diri serta tanda penyesalan dan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Benefits of istighfar
Antara kelebihan istighfar ialah menghapuskan dosa, melapangkan hati dari kegelisahan, membawa ketenangan, mendatangkan rezeki dan melindungi diri dari tipu daya syaiton.
Allah doesn't burden a soul beyond that it can bear
AKAUN TELEGRAM SAYA KENA HACK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini merupakan hari yang mendebarkan, memalukan dan serba-serbi panik.. Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku kepada diri sendiri. Hari ini, akaun Telegram saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Actually akaun ini dah lama tidak digunakan malah saya langsung tidak semak apa yang ada dalam Telegram. Telegram saya hanya beberapa tahun lalu sahaja aktif untuk ambil tahu update aktiviti persekolahan anak saya. Tak sangka pula berlaku perkara yang tak disangka-sangka.
Hacker
Apa yang mengejutkan, hacker tersebut telah menggunakan akaun saya untuk menghantar link video lucah kepada semua contacts saya tanpa pengetahuan saya. Bila first time dapat tahu, sudah tentu saya berasa sangat terkejut, malu yang teramat sangat sebab melibatkan maruah diri dan panik apabila dimaklumkan oleh beberapa rakan saya. Namun selepas bertenang, saya sedar perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jangan anggap kita rasa akaun kita sentiasa selamat.
Apa yang berlaku?
Pada mulanya, saya menyedari ada aktiviti pelik pada akaun Telegram saya. Ada pihak ketiga telah menghantar QR code berserta link dari akaun saya ke selected contacts. Perkara ini berlaku sekitar bulan Mac 2026 lalu. Saya hanya blocked dan delete mesej tersebut. Lain pula yang berlalu hari ini dan ianya lebih extreme lagi.. Beberapa kenalan mula bertanya dan sertakan sekali screenshot mesej bertajuk "Video Lucah Free" yang seolah-olah dikirim dari saya. Sudah tentulah bukan saya yang mencipta, membuka atau menghantar link tersebut - semasa taip ayat ni pun saya rasa malu dan geram.
Kemungkinan besar akaun Telegram saya telah diambil alih oleh pihak ketiga, berpunca dari terdapat kebocoran akses pada peranti. Dalam dunia digital sekarang, scammer dan hacker semakin licik. Kadang-kadang mereka menyamar sebagai kenalan, syarikat perlaburan atau menghantar mesej yang nampak sangat "real" tetapi sebaliknya. Pernahkah pembaca tanpa sedar tiba-tiba sudah berada dalam group Telegram yang kita tak pernah approve atau beri consent untuk turut-serta.
Apa yang saya lakukan selepas itu?
Antara tindakan segera yang saya lakukan:
Dalam keadaan panik, saya terus logout,
uninstalled aplikasi Telegram tersebut buat sementara waktu,
tukar password email yang berkaitan,
aktifkan Two-Step Verification,
maklumkan kepada rakan-rakan, dan
memuatnaik status pemberitahuan di WhatsApp dan post dalam Facebook.
Saya juga mengambil keputusan untuk berkongsi perkara ini secara terbuka supaya orang lain lebih berhati-hati. Jika ada antara pembaca yang pernah mengalami situasi yang sama, jangan rasa terkilan manakala sebagai penerima pula jangan terus judge si pemilik akaun. Hacker memang sentiasa mencari peluang dan kelemahan pengguna internet. Paling penting bertindak cepat, lindungi akaun lain dan beri awareness kepada orang sekeliling.
Semoga perkongsian saya ini menjadi peringatan kepada semua supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan akaun digitial masing-masing.
PETUA KURUSKAN BADAN YANG MENCUIT HATI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menjalani aktiviti seharian.. Sebenarnya tiada entry yang menarik hari ini tapi semangat blogging sedang membara.. Maka terhasillah entry ini..
Nah saya kongsi 'petua' kuruskan badan kepada mereka yang berazam untuk kurus. Namun petua ini tak sesuai untuk saya sebab saya mudah turun berat badan. Oppss! Jangan cemburu okay, hehehe
Ini yang diajar..
Petua Kuruskan Badan
Nampak macam mudah..
Selamat mencuba.. >_~
Nota: Petua ini dari Facebook, jangan salahkan saya!
MENGAPA PERLU BERTERIAK? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Salam Jumaat diucapkan. Terima kasih atas sokongan kalian dengan komen yang ditinggalkan dalam post saya sebelum ini.. Inshaa Allah saya akan balas satu-persatu..
Post kali ini saya ingin berkongsi kisah yang pernah saya baca tentang sikap suka berteriak bila marah.. Perkongsian ini jadikanlah sebagai pengajaran yang baik kepada kita semua.
Don't shout!
Kisah tentang seorang Tuan Syeikh yang sedang berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.
Tuan Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya: "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"
Salah seorang murid menjawab: "Kerana kehilangan sabar, maka mereka berteriak."
"Tetapi, mengapa perlu berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesanan yang ingin disampaikan, boleh diucapkan dengan cara lembut?" Tanya Tuan Syeikh menguji murid-muridnya.
Muridnya pun saling mengutarakan jawapan, namun tiada satu pun jawapan mereka yang betul.
Akhirnya Tuan Syeikh berkata: "Bila dua orang sedang marah, maka hati mereka saling menjauh. Bagi menempah jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak supaya perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakkannya kerana jarak kedua hati yang jauh."
"Begitu juga sebaliknya, ketika dua insan saling jauh cinta." Tambah Tuan Syeikh lagi.
"Mereka tidak saling berteriak antara satu sama lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka dekat. Jarak antara kedua-dua hati sangat dekat."
"Bila mereka semakin saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling dekat dengan perasaan kasih sayang. Akhirnya, mereka tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."
Tuan Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut: "Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian menjauh. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati terus menjauh kerana jika kita biarkan, bimbang suatu hari jaraknya semakin jauh hingga tidak akan boleh ditempuh lagi."
There is no need to shout..
Begitulah kisahnya. Morale of the story, tak perlulah menjerit untuk memperbaiki keadaan ketika marah malah ianya menyebabkan masalah bertambah rumit. Teringat saya kepada seseorang yang suka berteriak. Siapa yang suka berteriak?... Tarzan, semasa dia memanggil rakan-rakan haiwannya.. Jadi janganlah kita mengikut perangai Tarzan. Ikutlah apa yang Tuan Syeikh ajar ini.. Semoga kisah ini menjadi panduan kepada kita dalam kehidupan seharian.
Okay, that's all for now. Thank you for reading and wasallam..
SEGMEN | SATU KATA CHATGPT TENTANG BLOG SAYA | Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Baru lepas 'ziarah' rumah Shazni Rahim dan baca tentang segmen dari JMBelog.. Bila nampak countdown tinggal 24h 1j 31m, cepat-cepat saya sediakan entry ini semata-mata tak mahu lepaskan peluang..
Okay apa kata ChatGPT tentang blog saya, Daily Bliss Journal ini?
Segmen | Satu Kata ChatGPT Tentang Blog Saya
"INSPIRASI"
Tak cukup dengan satu kata, dia sempat komen:
Blog Daily Bliss Journal membawa vibe tenang, reflektif dan penuh perkongsian tentang kehidupan, journaling dan self-growth.
Daily Bliss Journal versi ChatGPT
Begitulah komen sepatah perkataan dari ChatGPT.. Siapa yang ingin turut serta boleh terus ke JMBelog, click link ini untuk mengetahui syarat-syarat Dan tempoh masa segmen -> Segmen satu kata Chatgpt tentang blog saya.. Saya dah follow threads @jbh84x dan Belog SJM pun saya dah follow lama..
Sekarang saya nak tag 3 sahabat bloggers saya iaitu:
Semua syarat-syarat sudah saya penuhi.. Seronok juga join segmen ni, just for fun.. Siapa yang saya tak tag tapi berminat boleh juga turut-serta. Mari sama-sama kita meriahkan segmen Belog SJM.. Good luck!
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
CARA SAYA GUNA TRAVELER'S NOTEBOOK SEBAGAI GRATITUDE JOURNAL & MEMORY KEEPING | Sejak awal tahun 2026 ni, saya mula kembali serious kepada hobi journaling. Bukan kata sebelum ni tak serious tapi lebih kepada tidak tersusun. Alang-alang saya susun semula, jadi inilah masa yang sesuai untuk saya kongsi cara saya journaling di blog ini. Journaling ada banyak jenis, antaranya gratitute journaling, junk journal, memory keeping, bullet journaling, reflective journaling,art journaling, health/wellness journaling dan sebagai bergantung kepada kesuaian pemilik journal tersebut.
Kali ini saya focus kepada gratitude journaling, memory keeping dan reflective journaling. Pada saya journaling bukan sekadar menulis tetapi boleh juga digunakan untuk merakam rasa syukur (gratitude), menyimpan gambar kenangan dan dijadikan sebagai self-reflection journal. Saya kenalkan di sini my Traveler's Notebook (TN) yang sedang menghadapi fasa wear and tear. Saya beli di Kinokuniya KLCC sempena birthday present tahun ini. Sebelum ini saya guna ring binding jenis Filofax Malden.
Traveler's Notebook (front)
Traveler's Notebook (back)
Traveler's Notebook saya jenis passport size warna olive (kiri) saya gunakan sebagai wallet manakala TN black leather regular size (kanan) untuk every day carry. Frankly speaking, ini adalah journaling system paling flexible pernah saya guna compared to among my other journals.
Traveler's Notebook setup
Sejarah Traveler's Notebook
Untuk makluman TN was founded in Japan sekitar tahun 2006 dikeluarkan oleh Traveler's Company. Ia terkenal dengan leather cover yang diperbuat dari kulit lembut asli yang telah menjalani proses samak menggunakan teknik vegetable tanning. Teknik ini menjadikannya mesra alam di samping mengekalkan tekstur semulajadi kulit. Setiap kulit dipotong secara kasar dan dijahit dengan tangan di Chiang Mai, Thailand. Salah satu ciri unik kulit TN ialah ia akan berubah mengikut masa. Semakin lama ia digunakan kulit itu akan menjadi semakin lembut, warnanya akan menjadi lebih matang (patina) dengan calar-calar halus. Leather cover ini digabungkan dengan buku nota nipis yang boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian pemiliknya.
Traveler's Notebook in black regular size
Kenapa saya pilih Traveler's Notebook?
Saya suka sebab struktur notebook ini sangat "user-friendly" dan praktikal terutama untuk seseorang yang suka organize tanpa terlalu rigid.
Buku TN or planner inserts regular size
Tak perlu tebuk lubang - Berbeza dengan planner jenis ring seperti Filofax Malden, TN menggunakan sistem getah (elastic band). Jadi, buku tidak rosak dan lebih kemas.
Boleh tukar buku (inserts) mengikut kategori - Saya boleh asingkan beberapa jenis buku mengikut kesesuaian seperti 1 buku untuk monthly planner, 1 buku untuk to do lists, 1 buku untuk gratitude dan seterusnya.
Minimal tapi aesthetic - Rekaan Traveler's Notebook ini simple yet elegant.
Mudah dibawa ke mana-mana - Oleh kerana TN boleh disesuaikan mengikut keperluan, jadi ianya tidak berat atau bulky so mudah digunakan sebagai every day carry.
Gratitude Journaling
Saya takde rules bila journaling.. Tak semestinya kena begini atau begitu. Bagi saya apa yang penting konsisten dan bermanfaat. With journaling, you don't have to be too conscious. No one will judge or grade you for a perfect pages of writing. Express what to come to your mind without overthinking.
Gratitude Journaling
Cara saya:
Tulis 3 perkara yang saya syukuri setiap hari dan kumpul doa harian untuk diamalkan.
Catat moment kecil (contoh: minum kopi di suatu pagi yang tenang. - ini juga satu moment yang perlu disyukuri).
Junk journal
Letak gambar kecil sebagai kenangan. Saya print gambar dari phone, tampal resit kalau minum di cafe atau apa sahaja supaya nampak lebih ceria dan decorate mengikut keperibadian kita. Contoh halaman di atas adalah kenangan saya ke outlet KTV di Pavilion Bukit Jalil buat kali pertama pada 17 Januari 2026 lalu.. Tampal resit dan gambar sekeping dua.
Halaman berikutnya lebih kepada journaling for self-reflection. Ia berfungsi sebagai ruang peribadi untuk menulis apa yang saya lihat, menilai tingkah laku seseorang atau apa yang berlaku di sekeliling saya. Ia juga sebahagian dari mental clarity supaya fikiran tidak bercelaru memikirkan perkara yang tidak perlu. Jadi saya boleh focus kepada sesuatu perkara lebih penting to avoid brain fog.
Sel-reflection Journaling
Ini pula salah satu contoh saya menulis tentang erti tawakkul pada 26 February 2026 lalu. It can be a few lines like "Alhamdulillah for another day of life." or it can fill a whole page or more. Let your thoughts and feelings flow naturally. Kesannya, saya akan rasa more lighter because I already released the breath that I'm holding.
Gratitude journaling
Journaling For Memory Keeping
Satu lagi buku (insert) khas saya gunakan untuk gambar kenangan. Tak perlu letak gambar besar-besar, saiz sederhana sudah cukup.
Ini my memory keeping pages..
Kenangan bersama officemate di Masjid Sri Sendayan
Kenangan bersama officemates satu jabatan semasa buat video ucapan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Sri Sendayan pada 13 Mac 2026 lalu.
Journaling for Memory Keeping
Overall journaling adalah antara salah satu hobi saya. Journaling bukan tentang siapa paling creative, journal siapa paling mahal atau pages siapa paling cantik tetapi ianya tentang bagaimana kita menggunakan journal itu ke arah sesuatu yang membawa manfaat kepada diri sendiri.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Cara Saya Guna Traveler's Notebook Sebagai Gratitude Journal & Memory Keeping. Thank you for reading.
REVIEW NOVEL BEHIND CLOSED DOORS: DI SEBALIK RUMAHTANGGA SEMPURNA TAPI PENUH RAHSIA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya terpanggil untuk membuat review tentang novel yang telah saya baca beberapa bulan lalu. Novel ini mempunyai unsur pengajaran untuk dikongsi bersama pembaca. Ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan keganasan rumahtangga (domestic violence) yang kita dengar sejak kebelakangan ini bezanya kes itu dikategorikan sebagai penderaan fizikal manakala cerita dari novel ini lebih kepada penderaan emosi.
Untuk makluman keganasan rumahtangga ialah perbuatan penderaan sama ada fizikal, emosi, seksual atau ekonomi oleh ahli keluarga atau pasangan (untuk mengawal mangsa) termasuk juga memukul, mengugut, mengurung dan memberi tekanan psikologi. Ia adalah jenayah, bukan isu peribadi dan tertakluk di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Jadi, saya kongsikan di sini ringkasan cerita, pengakhiran dan pengajaran penting dari cerita ini.
Behind Closed Doors by B.A. Paris
Novel Behind Closed Doors by B.A. Paris ini mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Jack dan Grace yang nampak bahagia dan sempurna. Jack seorang peguam berjaya, penuh karisma manakala Grace seorang isteri yang elegan, lemah lembut yang sentiasa berada di sisi suaminya. Namun... semua itu hanya lakonan di mata umum. Di sebalik "closed doors", Grace sebenarnya hidup dalam ketakutan.
Bagaimana Jack mengawal Grace?
Apa yang membuatkan cerita ini menakutkan ialah semua bentuk kawalan yang dilakukan Jack boleh berlaku dalam realiti.
Sejak awal perkahwinan, Jack sebenarnya seorang lelaki yang sangat manipulatif dan obses dengan kawalan. Dia berkahwin dengan Grace bukan kerana cinta tetapi kerana mahu menguasai hidup seseorang sepenuhnya.
1. Mengasingkan isteri dari dunia luar
Jack tidak pernah membenarkan Grace hidup bebas.
tiada aksess telefon
tiada email peribadi
tidak boleh keluar rumah seorang diri tanpa ditemani suami
Grace seolah-olah hilang dari dunia luar tanpa dia sedar tetapi pada pandangan orang luar Jack seorang suami penyayang Dan memahami kerana sanggup meluangkan masa menemani isterinya ke mana sahaja.
2. Kawalan sepenuhnya dalam rumah
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat bertukar menjadi penjara.
Ada bilik hukuman khas yang berkunci
Setiap pergerakan dipantau
Tiada privasi untuk diri sendiri
Grace hidup dalam ketakutan setiap hari apabila setiap gerak-gerinya diperhati.
3.Manipulasi psikologi (gaslighting)
Jack berpura-pura menjadi suami sempurna di depan orang
Membuat Grace seolah-olah kelihatan bahagia
Memanipulasi emosi sehingga Grace hampir meragui dirinya sendiri.
4. Ugutan terhadap orang tersayang
Hubungan Grace dan adiknya Millie (pengidap sindrom down) sangat rapat. Jack menggunakan Millie sebagai alat untuk mengawal Grace. Dia sentiasa mengugut Grace untuk menjadikan Millie mangsa seterusnya.
5. Imej "perfect husband"
Imej ini menyebabkan tiada sesiapa mengesyaki apa yang berlaku kepada pasangan ini kerana Jack sangat charming, disukai ramai dan nampak terlalu sempurna di mata orang luar.
Behind Closed Doors by B.A Paris
Akhirnya tiba satu tahap Jack terleka, Grace merancang untuk melarikan diri. Grace mengatur strategi dengan memperdayakan Jack melalui bantuan pihak ketiga secara kebetulan. Kebenaran terbongkar dan Grace berjaya menyelamatkan diri bersama Millie.
Pengajaran dari novel ini
Tidak semua yang nampak sempurna itu bahagia
Penderaan bukan hanya fizikal tetapi melibatkan emosi dan mental
Tanda red flags itu wujud dari awal iaitu terlalu mengawal, cemburu melampau dan mengasingkan pasangan dari dunia luar, bukan kerana rasa cinta tetapi untuk mengawal kehidupan seseorang.
Sokongan sosial sangat penting. Mangsa yang terasing lebih sukar untuk keluar dari hubungan toksik.
Perlu ada sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada pasangan.
For me,Behind Closed Doors bukan sekadar novel thriller tetapi ia adalah peringatan. Kadang-kadang bahaya tidak datang dengan wajah yang menakutkan tetapi dengan senyuman yang meyakinkan.
JANGAN LAYAN FITNAH, IKUT CARA SITI MARYAM | Penatkan bila orang cakap buruk pasal kita, fitnah kita padahal kita tak buat pun. Rasa macam nak menjerit, nak cerita dengan semua orang menafikan fitnah, tujuan nak bersihkan nama kita. Semasa saya belajar subject psikologi, rasa nak pertahankan diri ini dipanggil "defense mechanism". Bila berada dalam keadaan ini, kita ambil pengajaran dari cara Siti Maryam (ibu Nabi Isa AS) hadap fitnah yang paling dahsyat yang Allah nyatakan dalam al-Quran. Siti Maryam ni wanita suci yang dimuliakan dalam Islam, tiba-tiba mengandung tanpa suami. Satu kampung fitnah, caci dan hina Siti Maryam tapi apa yang Allah minta Siti Maryam buat? Perintah Allah kepada Siti Maryam melalui surah Maryam ayat 26 untuk berpuasa bicara (berdiam diri) jika bertemu sesiapa, sebagai nazar kepada Allah.
Jangan layan fitnah
Kenapa kena diam? Allah nak ajar kita salah satu teknik ataupun ilmu iaitu ada masanya pembelaan terhadap diri kita ni dah takde guna. Lagi kita jawab, lagi orang pusing cerita, lagi orang tambah cerita. Kita tunggu sahaja balasan dari Allah. Kita tak perlu bersungguh-sungguh bersihkan nama sendiri sebaliknya serahkan urusan itu kepada Allah. Percaya dan yakin kepada kekuasaan Allah bahawa akan tiba suatu masa, Allah akan bersihkan nama kita dengan cara yang tidak kita sangka-sangka.
Imam Syafie pernah pesan, "Diamku terhadap orang bodoh adalah satu jawapan." Ingat pesan ini, biarlah orang tak tahu kebenaran asalkan Allah tahu kesabaran kita. Kadang-kadang diam itu adalah jeritan yang paling didengari langit.
Jadi bila kita difitnah atau dilayan tidak baik oleh orang lain, kita tahu apa yang perlu dibuat - DIAM! Selain itu, tak perlu menempah ticket ke neraka.. Okay, sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sehingga bertemu lagi di post akan datang. Thank you for reading.
I'm LZ | Married Based in Seremban, N9 On Blogger since March 2010
***************
This is my small corner of the internet where I share my lifestyle and anything else that I'm interested in. I hope you find something useful here. Thanks for reading!
Advertorial, Collaboration & Review
SO, WANT TO COLLAB?
Head over to my Contact Me form and fill out the form, or email me
for availability and rates :