Friday, May 8, 2026

Mengapa Perlu Berteriak?

MENGAPA PERLU BERTERIAK? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Salam Jumaat diucapkan. Terima kasih atas sokongan kalian dengan komen yang ditinggalkan dalam post saya sebelum ini.. Inshaa Allah saya akan balas satu-persatu..

Post kali ini saya ingin berkongsi kisah yang pernah saya baca tentang sikap suka berteriak bila marah.. Perkongsian ini jadikanlah sebagai pengajaran yang baik kepada kita semua.

Don't shout!

Kisah tentang seorang Tuan Syeikh yang sedang berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak. 

Tuan Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya: "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"

Salah seorang murid menjawab: "Kerana kehilangan sabar, maka mereka berteriak."

"Tetapi, mengapa perlu berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesanan yang ingin disampaikan, boleh diucapkan dengan cara lembut?" Tanya Tuan Syeikh menguji murid-muridnya.

Muridnya pun saling mengutarakan jawapan, namun tiada satu pun jawapan mereka yang betul.

Akhirnya Tuan Syeikh berkata: "Bila dua orang sedang marah, maka hati mereka saling menjauh. Bagi menempah jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak supaya perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakkannya kerana jarak kedua hati yang jauh."

"Begitu juga sebaliknya, ketika dua insan saling jauh cinta." Tambah Tuan Syeikh lagi.

"Mereka tidak saling berteriak antara satu sama lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka dekat. Jarak antara kedua-dua hati sangat dekat."

"Bila mereka semakin saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling dekat dengan perasaan kasih sayang. Akhirnya, mereka tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."

Tuan Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut: "Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian menjauh. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati terus menjauh kerana jika kita biarkan, bimbang suatu hari jaraknya semakin jauh hingga tidak akan boleh ditempuh lagi."

There is no need to shout..

Begitulah kisahnya. Morale of the story, tak perlulah menjerit untuk memperbaiki keadaan ketika marah malah ianya menyebabkan masalah bertambah rumit. Teringat saya kepada seseorang yang suka berteriak. Siapa yang suka berteriak?... Tarzan, semasa dia memanggil rakan-rakan haiwannya.. Jadi janganlah kita mengikut perangai Tarzan. Ikutlah apa yang Tuan Syeikh ajar ini.. Semoga kisah ini menjadi panduan kepada kita dalam kehidupan seharian.

Okay, that's all for now. Thank you for reading and wasallam..


Regards,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!