JANGAN LAYAN FITNAH, IKUT CARA SITI MARYAM | Penatkan bila orang cakap buruk pasal kita, fitnah kita padahal kita tak buat pun. Rasa macam nak menjerit, nak buat "press conference", nak bersihkan nama kita. Semasa saya belajar subject psikologi, rasa nak pertahankan diri ini dipanggil "defense mechanism". Bila berada dalam keadaan ini, kita ambil pengajaran dari cara Siti Maryam (ibu Nabi Isa AS) hadap fitnah yang paling dahsyat yang Allah nyatakan dalam al-Quran. Siti Maryam ni wanita suci yang dimuliakan dalam Islam, tiba-tiba mengandung tanpa suami. Satu kampung fitnah, caci dan hina Siti Maryam tapi apa yang Allah minta Siti Maryam buat? Perintah Allah kepada Siti Maryam melalui surah Maryam ayat 26 untuk berpuasa bicara (berdiam diri) jika bertemu sesiapa, sebagai nazar kepada Allah.
![]() |
| Jangan layan fitnah |
Kenapa kena diam? Allah nak ajar kita salah satu teknik ataupun ilmu iaitu ada masanya pembelaan terhadap diri kita ni dah takde guna. Lagi kita jawab, lagi orang pusing cerita, lagi orang tambah cerita. Kita tunggu sahaja balasan dari Allah. Kita tak perlu bersungguh-sungguh bersihkan nama sendiri sebaliknya serahkan urusan itu kepada Allah. Percaya dan yakin kepada kekuasaan Allah bahawa akan tiba suatu masa, Allah akan bersihkan nama kita dengan cara yang tidak kita sangka-sangka.
Imam Syafie pernah pesan, "Diamku terhadap orang bodoh adalah satu jawapan." Ingat pesan ini, biarlah orang tak tahu kebenaran asalkan Allah tahu kesabaran kita. Kadang-kadang diam itu adalah jeritan yang paling didengari langit.
Jadi bila kita difitnah atau dilayan tidak baik oleh orang lain, kita tahu apa yang perlu dibuat - DIAM! Selain itu, tak perlu menempah ticket ke neraka.. Okay, sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sehingga bertemu lagi di post akan datang. Thank you for reading.
P/s: Selamat Hari Pekerja kepada semua yang menyumbang tenaga kepada negara.
Regards,



0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!