Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepala semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti harian.. Hari ini, Isnin.. minggu baru. Semangat pun kena baru okay.. Diharap yang sakit bertambah sihat dan semua yang baik-baik untuk kita..
Semasa saya remaja hingga umur sekitar awal 30-an, saya selalu fikir tentang orang lain, jaga perasaan orang, risau orang kata itu.. orang kata ini so kalau boleh nak avoid dari tanggapan negative orang terhadap saya or senang cerita menjadi people pleaser. Tetapi setelah meningkat usia, saya sedar bahawa menjadi people pleaser adalah perbuatan sia-sia yang akhirnya 'makan diri'..
![]() |
| People pleaser |
Mengapa sia-sia?... sebab kita tak boleh kawal apa tanggapan orang tentang kita walau baik macam mana sekali pun layanan kita kepada individu itu. Bila semakin berusia baru saya sedar, jangan terlalu sibuk jaga perasaan orang lain sampai terlupa jaga perasaan sendiri. Bukan mengajar untuk selfish tetapi lebih kepada respect yourself, jangan buat perkara yang boleh 'mendera' perasaan sendiri..
Bila semakin banyak membaca topics motivational and inspirational, maka banyaklah pengetahuan saya perolehi. Salah satu darinya saya suka article yang ditulis oleh Dr. Azura Hashim (Mindset Strategst and founder Mediv Training Provider) iaitu -
1. Berhenti cuba penuhi semula orang - Tidak semula orang perlu suka kita dan itu tidak menjadikan kita kurang harga diri.
2. Belajar berkata 'TIDAK' tanpa rasa bersalah - Mementingkan diri untuk menjadi diri sendiri bukan ego. Itu tanda kita kenal diri sendiri.
3. Beri ruang untuk berehat - Penat itu normal. Rehat itu keperluan, bukan kemewahan.
4. Maafkan diri atas kesilapan lalu - Dalam hidup kita sentiasa melalui fasa belajar memperbaiki diri. Setiap kesilapan adalah proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.
5. Hargai setiap langkah kecil yang kita buat - Tak semua progress nampak besar tapi setiap langkah tetap membawa kita ke hadapan. Jadi teruskan..
6. Jangan bandingkan perjalanan hidup kita dengan orang lain - Rezeki, masa dan jalan hidup semua orang berbeza. Jadi fokus kepada diri sendiri.
7. Jaga apa yang masuk dalam diri kita - Apa yang kita makan, apa yang kita dengar dan apa yang kita fikir. Semua itu membentuk siapa diri kita.
8. Perbaiki hubungan dengan Allah - Bina hubungan dengan Allah lebih kuat. Hati akan lebih tenang walaupun hidup tak sempurna.
9. Pilih circle yang menenangkan - Tidak semua orang sesuai untuk kita. Pilih yang membawa damai, bukan tekanan.
10. Bercakap dengan diri sendiri secara lembut - Bukan macam orang tak normal, cakap sorang-sorang tetapi cara kita bercakap dengan diri membentuk keyakinan diri. Jangan terlalu 'keras' kepada diri sendiri.
Impak yang akan kita perolehi bila kita mula menghargai diri, secara tak langsung aura diri akan berubah. Tenang dan orang lain mula nampak hasil pembawakan diri yang positif. Kadangkala kita mencari penghargaan dari orang lain sedangkan yang paling kita perlukan adalah belajar menghargai diri sendiri dulu.
![]() |
| Intisari surah al-Baraqah: 286 |
Dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 286 menegaskan bahawa Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami." - Surah al-Baqarah: 286
Ingatlah, cara kita menghargai diri menentukan bagaimana orang lain menghargai kita.
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca semua.
Thank you for reading..
Regards,




Perbaiki hubungan dengan Allah..amat penting untuk mendapat rahmat kasi sayang sang pencipta.Dia lah maha kuasa..alhamdulillah entri terbaik ni dek..
ReplyDeleteAlhamdulillah saudara, betul seperti apa yang dinyatakan. Baiki hubungan kita dengan Allah itu adalah pegangan utama. Terima kasih sudi singgah Di blog Ini.
DeleteBenda paling besar sy belajar dalam hidup ini ialah kena tahu dan kena belajar untuk berkata tidak kepada sesuatu yg kita tak nak dan tak boleh..
ReplyDeleteYa, ada prinsip diri. Jika kuat prinsip diri, inshaa Allah tak mudah orang lain mempergunakan kita.
DeleteBelajar menghargai diri sendiri dulu - saya pilih circle yang menenangkan dan belajar kata TIDAK pada tugasan yang bukan tugasan hakiki saya.
ReplyDeleteBaru saya sedar perkara ni aizamia3 bila kebaikan kita selalu diambil kesempatan. Sekarang self-love lebih penting..
DeleteSaya belajar melalui pengalaman.. Sayangi diri sendiri, sentiasa bersyukur dengan apa adanya dan belajarlah mengatakan TIDAK.. Bukan semua benda kita kena terima dan buat.. Ada yang perlu untuk kita tolak..
ReplyDelete