JOM KE NYOROK KOPITIAM SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan agar semua beroleh kesejahteraan dan diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan. Teringat belum share cerita tentang Nyorok Kopitiam, tempat saya dan ex-officemate lepak pada Jumaat, 18 May 2026 lalu. Today, not so rajin but feel like updating..
![]() |
| Nyorok Kopitiam Seremban |
Nyorok Kopitiam terletak di Lorong Jawa 2, Bandar Seremban.. agak tersorok dan sesuai dengan nama kedai ini. Premis kedai jenis shoplot lama so classic. Bila kita melangkah masuk ke dalam kedai, vibes lama terasa. Terdapat sebuah meja di hadapan cashier menyediakan air kosong dan kuih-muih. Banyak pilihan ketika itu..
![]() |
| Nyorok Kopitiam Seremban |
Suasana klasik decor kopitiam yang unik dan menarik..
![]() |
| Hiasan dalaman Nyorok Kopitiam Seremban |
Ini definasi "me.nyorok" yang dinyatakan dalam kedai ini:
![]() |
| Istilah me.nyorok |
Mari tengok pula menu, apakah makanan yang disediakan..
![]() |
| Menu makanan di Nyorok Kopitiam Seremban |
Pilihan menu makanan agak terhad, namun pilihan menarik, citarasa tradisional seperti mee kari, kuewtiaw, mee sup, maggie sup, nasi lemak, telur separuh masak dan sepertimana yang tertera dalam menu di atas. Range harga dari RM3.90 hingga RM9.90.
Menu untuk minuman pula seperti kopi, nescafe, milo, minuman sejuk dan panas.
Here some pictures that I managed to upload.. Saya bawa pembaca melihat hiasan dalaman kopitiam ini.. Ruang kedai agak kecil, hanya boleh memuatkan beberapa meja sahaja jadi agak terasa kemeriahannya.
![]() |
| Menu di Nyorok Kopitiam Seremban |
![]() |
| Hiasan dalaman Nyorok Kopitiam |
Kami berlima duduk di bahagian platform atas yang mempunyai 3 buah meja.. Di hadapan saya terdapat hiasan dulang-dulang lama zaman tok-tok kita dijadikan hiasan pada dinding, menarik!
![]() |
| Batu angin, dapur di Nyorok Kopitiam Seremban |
Saya duduk bersebelahan dinding batu angin ini yang memisahkan antara ruang makan dan dapur, sungguh unik dan aesthetic.. Masa menunggu tak lama, kami sembang-sembang belum habis cerita tak lama makanan pun sampai di meja..
![]() |
| Maggie sup siam, roti bakar dan teh ais buih |
A friend of mine, ordered maggie sup siam, saya pula makan mee kari dan ada juga yang memesan apam Johol dan roti bakar.
![]() |
| Mee kari |
![]() |
| Apam Johol |
Minuman pula kami sepakat pesan teh tarik buih yang sedap dan kena dengan citarasa saya, ada umphhh!
![]() |
| Teh tarik buih |
Kebetulan cuaca ketika itu panas terik, jadi dapat minum teh tarik buih sangat nikmat rasanya.. Berbaloi order..
![]() |
| NyoRoK Kopitiam Seremban |
Overall makanan dan minuman semua sedap, cuma ruang makan terhad dan jarak antara meja juga agak rapat.. It's okay for me, janji sedap, kenyang dan puas hati... Dalam perjalanan ke kereta, baru sedar kami tak ambil gambar kenangan bersama.. entah bila boleh jumpa lagi selepas ini, terlepas peluang ini huhuhu sedih. After makan-makan, they went back to the office, saya pula pulang ke rumah memandangkan masih belum start kerja lagi.. Good outing with Seremban's gang.. We were really happy..
Okay itu sahaja perkongsian saya kali ini.. hingga jumpa lagi.
Note: Oh ya, sangat dialu-alukan untuk follow Facebook baru saya, Lynne Zackaria memandangkan Facebook lama, Sis LZ kena hacked so saya terpaksa delete akaun berkenaan. Harapan saya dengan akaun Fb baru saya dapat kembali keep in touch dengan rakan-rakan blogger semua.
Terima kasih..
Regards,
















Nice hangout with ex-officemate. Actually, bila kita dpt geng yang ngam dan sempoi lagi sekepala.. walau dah berpisah tetap ada masa utk jumpa. Walau tak kerja bersama lagi, relationships tak putus terus.
ReplyDeleteSuka tgk air tehbbuih dia.. sesuai btul nama kedai tu ye. Agak² ssh x nak cari heheh
ReplyDeleteBalik Seremban nanti bolehlah try
ReplyDeleteBaru tahu menyorok juga maksud sarapan, walaupun saya dulu pernah tinggal di utara. Nice, tempat dia. Telan ailio tengok teh tarik ais buih tu. 😋
ReplyDeleteBest bersarapan kat kopitiam gini. Tau menyorok tu sembunyi je. Cakap utara sarapan. Kalau orang utara tanya kita hah jenuh fikir kenapa tanya gitu 😅
ReplyDeleteMenarik dekorasi, rasa santai je dan macam makan di rumah.
ReplyDeleteWah, tempatnya nampak nyaman untuk lepak sambil menikmati secawan kopi dan berbual santai. Saya suka kalau ada perkongsian macam ni sebab boleh tambah senarai tempat yang menarik untuk dikunjungi bila ada masa terluang
ReplyDeleteMasa bayar jangan nyorok pulak... hehehe
ReplyDeleteOhh sarapan antara maksudnya. Deko cantik menarik dan menu nampak sedap semuanya
ReplyDeleteWaalaikumussalam LZ
ReplyDeleteI suka batu angin tu, mengimbau rumah zmn dulu di kg2.
Selalu kalau terjumpa resto yg deko dia mcm tu, akan berlama2 kat situ.
Tak Aciiiii....LZ dah terjah kat sini..Kak SA x sempat lagi..asal pergi je Penuh...malas nak menunggu....nanti la dah x viral nanti akak pi sini...maggi sup siam tu nampak menarik la...
ReplyDeleteDulang lama tu akak masih ada lagi peninggal aruah mak. Yang besor tau. oooo menyorok tu maksud sarapan. emm baru tahu
ReplyDeletesukanya konsep kopitiam klasik camni! menu pun menarik dan harga berpatutan.
ReplyDeletenanti nak trylah datang sini :D
Sedapnya makanan dctu...
ReplyDeleteMy Mother In Law now stay in Seremban. And bila ke sana, selalu tak tau nak makan kat mana. Haha boleh lah cuba ni nanti. Thanks for sharing. =D
ReplyDeleteMegie tu bukan Mee Celup ekk.. macam mee celup ekkk..
ReplyDeleteNampak sedap semua menu dia..
Ooo ada kisahnya nyorok kopitiam ni. Belum berkesempatan lagi nak singgah kopitiam ni. Brewhaus pun tak singgah lagi. Banyak cafe baru yang belum terjah lagi. Next time lah. Terliur pulak tengok apam johol. Rare tu susah nak dapat.
ReplyDelete