Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terlalu lama saya tak kongsi cerita di sini. Last post bulan Julai dan sekarang bukan November 2026. Tipulah kalau tak rindu, tentu rindu yang teramat sangat tetapi disebabkan jadual tugasan yang terlalu padat saya tak dapat menulis di blog ini.. Kini, saya luangkan sedikit masa untuk membuat random life update sebagai post baharu demi melepaskan rindu kepada rakan-rakan bloggers semua.. Nothing extraordinary, just random snippets of my everyday life recently.
![]() |
| Pemandangan jerebu dari rumah saya |
First of all, syukur kepada Illahi kerana jerebu telah berlalu dan kini tiba pula musim hujan yang tidak menentu. Semoga hujan yang turun membawa rahmat kepada kita semua. Sesiapa antara sahabat-sahabat yang tinggal di kawasan rendah, bersiap-sedia sekiranya dilanda banjir.
![]() |
| Akta Ordinan Buruh Sarawak |
It's been a few months since I started my new job, back to KL after 16 years working in Seremban, Negeri Sembilan. Sejak bekerja di tempat baharu, persekitaran juga serba-serbi baharu and honestly I'm still adjusting everything. Pengalaman dan pengetahuan tentang tugasan pun semakin bertambah setimpal dengan jawatan dan tanggungjawab. Some days are hectic, some are challenging but I'm truly grateful for the positive environment, new experiences and little things that make my days better, alhamdulillah.
Salah satu darinya, semasa bekerja dengan majikan lama, saya tidak didedahkan dengan undang-undang atau ordinan Sabah/Sarawak tetapi bila bekerja dengan majikan sekarang, pendedahan tentang undang-undang lebih meluas. Akta yang digunapakai semakin meluas bukan setakat undang-undang di Semenanjung Malaysia tetapi kes juga melibatkan Akta Ordinan Buruh Sarawak.
![]() |
| Mulberry Bayswater Bag |
![]() |
| Givenchy Antigona Bag |
Walaupun busy dengan tugas, I'm so glad kerana officemate baharu most of them sangat supportive even my boss too. My reporting line direct to General Manager so dapat dibayangkan bagaimana expectation-nya.. Busy dengan jadual tugasan yang padat adalah perkara biasa but I'm happy with my new working environment.
Apa yang menarik bila stress ada sahaja antara officemate sponsor coffee, boleh dikatakan hampir setiap hari endless cups of coffee, walaupun rezeki tapi risau juga kot-kot gula naik dalam badan. Officemate pula kebanyakkan Gen-Z, ada saja menu menarik mereka offer.. secara tak langsung I'm discovering nice places to eat and enjoying little moments in between seperti kata pepatah sudah mengantuk disorong bantal, so order saja.
![]() |
| The Coffee Bean & Tea Leaf Coffee |
![]() |
| HWC Coffee |
![]() |
| Kee Nguyen Vietnam Coffee |
![]() |
| Coklat KitKat |
Buat baik kepada orang bukan sesuatu tindakan yang berat jika kita dah biasa waima memberi sekeping coklat, sebentuk keychain dan gifts bila pulang melancong ianya sangat memberi kesan kepada si penerima. Bukan nilai yang kita pandang tetapi ingatan dan hati yang ikhlas. Kindness is a simple, powerful choice to treat others with care, respect and compassion.
![]() |
| Cenderahati dari Terengganu |
![]() |
| Cenderahati dari Thailand |
Okay cerita pula tentang lunch hour. Bila otak letih, sama-sama akan pakat lunch cari tempat sedap dan best untuk melepaskan beban dalam fikiran buat sementara waktu. Masing-masing beri pendapat dan vote tempat makan.. Teamwork bukan hanya untuk tugasan pejabat tetapi pilih tempat makan pun perlu teamwork, gitu hehehehe..
![]() |
| Lokal Malatang |
Lokal Malatang one of my favourite places.. Suka dengan segala macam seafood, mushrooms boleh lembur dalam sup Malatang tapi awas jangan sampai salah pilih sup, lidah boleh terbakar dengan rasa pijar chili. Portion pula sebesar besen, boleh share dengan kawan.
![]() |
| Gang lunch |
Begitulah cerita tentang my lunch hour..
Then when the weekend comes, I'm usually more than happy to stay indoors and enjoy my favourite indoor hobbies.. Reading, journaling, planning and simply spending time at home. Lately I've been obsessed with junk journal akibat FOMO dengan gang junk journal TikTok.. Maka terhasillah pages begini untuk therapy minda. That's what I need after a long week.
![]() |
| Coffee journal |
![]() |
| Coffee journal |
Selain junk journaling, cara saya merehatkan minda dengan membaca. Sekarang saya sedang gigih menghabiskan novel dari Kristin Hannah, Firely Lane.
![]() |
| Kristin Hannah - Firefly Lane |
Selain menghabiskan masa dengan hobbies pada hujung minggu, tidak ku lupa dengan my kesayangan hamba.. Hujung minggu saya akan bawa ke spa untuk grooming dan dapatkan treatment di klinik jika perlu.
![]() |
| Moschino and Fluffy - cats grooming day |
Begitulah cerita tentang Random Life Update. That's all for now. Thank you so much for stopping by, reading my little updates and for your endless support. Walaupun Tuan Blog sekejap tenggelam, sekejap timbul.. terimalah saya seadanya, ampunkan saya. Walaupun saya tak kerap update dengan cerita terkini tetapi this little space will always have a special place in my heart. Begitu juga dengan rakan-rakan bloggers yang saya kenali di ruang ini, keep sharing your story.. you also have a place in my heart. Ada masa saya akan kunjung balas berdasarkan komen yang ditinggalkan dalam post saya.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain post. Jaga diri, stay happy..
Regards,


















0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!