AKAUN TELEGRAM SAYA KENA HACK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini merupakan hari yang mendebarkan, memalukan dan serba-serbi panik.. Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku kepada diri sendiri. Hari ini, akaun Telegram saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Actually akaun ini dah lama tidak digunakan malah saya langsung tidak semak apa yang ada dalam Telegram. Telegram saya hanya beberapa tahun lalu sahaja aktif untuk ambil tahu update aktiviti persekolahan anak saya. Tak sangka pula berlaku perkara yang tak disangka-sangka.
![]() |
| Hacker |
Apa yang mengejutkan, hacker tersebut telah menggunakan akaun saya untuk menghantar link video lucah kepada semua contacts saya tanpa pengetahuan saya. Bila first time dapat tahu, sudah tentu saya berasa sangat terkejut, malu yang teramat sangat sebab melibatkan maruah diri dan panik apabila dimaklumkan oleh beberapa rakan saya. Namun selepas bertenang, saya sedar perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jangan anggap kita rasa akaun kita sentiasa selamat.
Apa yang berlaku?
Pada mulanya, saya menyedari ada aktiviti pelik pada akaun Telegram saya. Ada pihak ketiga telah menghantar QR code berserta link dari akaun saya ke selected contacts. Perkara ini berlaku sekitar bulan Mac 2026 lalu. Saya hanya blocked dan delete mesej tersebut. Lain pula yang berlalu hari ini dan ianya lebih extreme lagi.. Beberapa kenalan mula bertanya dan sertakan sekali screenshot mesej bertajuk "Video Lucah Free" yang seolah-olah dikirim dari saya. Sudah tentulah bukan saya yang mencipta, membuka atau menghantar link tersebut - semasa taip ayat ni pun saya rasa malu dan geram.
Kemungkinan besar akaun Telegram saya telah diambil alih oleh pihak ketiga, berpunca dari terdapat kebocoran akses pada peranti. Dalam dunia digital sekarang, scammer dan hacker semakin licik. Kadang-kadang mereka menyamar sebagai kenalan, syarikat perlaburan atau menghantar mesej yang nampak sangat "real" tetapi sebaliknya. Pernahkah pembaca tanpa sedar tiba-tiba sudah berada dalam group Telegram yang kita tak pernah approve atau beri consent untuk turut-serta.
Apa yang saya lakukan selepas itu?
Antara tindakan segera yang saya lakukan:
- Dalam keadaan panik, saya terus logout,
- uninstalled aplikasi Telegram tersebut buat sementara waktu,
- tukar password email yang berkaitan,
- aktifkan Two-Step Verification,
- maklumkan kepada rakan-rakan, dan
- memuatnaik status pemberitahuan di WhatsApp dan post dalam Facebook.
Saya juga mengambil keputusan untuk berkongsi perkara ini secara terbuka supaya orang lain lebih berhati-hati. Jika ada antara pembaca yang pernah mengalami situasi yang sama, jangan rasa terkilan manakala sebagai penerima pula jangan terus judge si pemilik akaun. Hacker memang sentiasa mencari peluang dan kelemahan pengguna internet. Paling penting bertindak cepat, lindungi akaun lain dan beri awareness kepada orang sekeliling.
Semoga perkongsian saya ini menjadi peringatan kepada semua supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan akaun digitial masing-masing.
Regards,



0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!