Sunday, June 28, 2026

Lunch di MURI Cafe, Coffee & Gather

LUNCH DI MURI CAFE, COFFEE & GATHER | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. It has been a while saya tinggalkan blog ini tanpa update. Jika ditanya mengapa, jawapan saya tentulah sibuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja baru dan environment yang serba-serbi baru.. Since reporting for duty early this month, tugasan tak henti mengalahkan dah kerja 15 tahun, which I see as a good sign of a productive working environment. Tak terasa seperti staff baru.. Everyone is so nice and welcoming, alhamdulillah.

Okay tinggalkan cerita itu.. Back with a new post. Kali ni saya ingin berkongsi cerita tentang makan-makan.. Geng lunch di sini kebanyakkan Gen-Z so selera saya Gen-X pun sesekali terikut-ikut mereka, why not? Sesekali kenalah tukar selera Gen-Z juga barulah mencabar, hehehe.. Last Friday (12 Jun 2026), we had lunch at MURI Cafe di Taman Melawati. Kali pertama untuk saya tetapi beberapa kali kepada mereka.

MURI Cafe

Orang Melawati mungkin tahu MURI Cafe ni kot.. Siapa yang masih belum tahu, MURI Cafe dimiliki oleh Korean-Muslim bernama Amelia Jung (Instagram beliau @amelia_sungjung).. Makanan of course laa authentic Korean food dan surprisingly sedap-sedap belaka.. Sebelum cerita tentang makanan, saya sempat search apa maksud "MURI". Dalam bahasa Korea, muri ialah kumpulan atau sekumpulan.. MURI Cafe ini mungkin merujuk kepada sekumpulan orang sebab tagline Cafe ini "Muri, the place we gather."

MURI, Coffee & Gather

Siapa datang sini, pesanan dibuat di kaunter, terus bayar.. 

Kaunter pesanan
Coffee machine sebelah kaunter pesanan

Selepas bayar ambil tempat masing-masing.. Banyak pilihan tempat duduk cozy.. Lepak-lepak style and dining table pun ada. Tak perlu risau, ruang makan pun luas.

Sofa section
Kerusi kayu section
Dining section
Kerusi besi section

Next, apa makanan saya pesan? Ini dia, japchae (gabungan sweet potato glass noodles dan my favourite mushrooms serta sayuran lain), kimchi ramyeon sebab ada slice beef also my favourite dan tambahan original gimbap. Cukup rasa ada pedas, manis dan masin.. Rasa dia takde pedas melahar, just nice and bearable..

Japchae
Kimchi Ramyeon
Original Gimbap
Apa pula officemate Gen-Z saya order?

Spicy Carbonara Ramyeon + Tuna rice balls
Tteokbokki
Kimchi Ramyeon + Tuna rice balls
Chicken Wingettes & Drumettes

Setiap Ramyeon akan dapat 3 biji tuna rice balls..

Tuna rice balls

Pilihan desserts tak banyak dan tak selalu ada..

Chocolate mochi
Scones
Cakes

They ordered sepotong carrot cake sebagai dessert..

Carrot cake

Makanan so meriah macam-macam rasa, jadi minuman saya order sparkling strawberry to balance out all the flavours.

Strawberry

Gen-Z sedang diet, cut sugar so tak minum manis, they just minum plain water.

Plain water section

Not much story bila cerita tentang tempat makan dan makanan.. So setakat ini sahaja perkongsian saya. Kepada peminat Korean food wajib cuba dan sesiapa yang berdekatan atau teringin nak makan sini pun boleh datang ke MURI Cafe.. 

Berikut saya zahirkan kenangan makan di MURI for the first time dalam journal saya..

Journal
Journal

Terima kasih sudi singgah blog saya walaupun tuan tanah busy mengurus kehidupan dan tak kerap muncul di blog kalian.. Apa yang pasti, saya janji akan kunjung balas ke setiap blog rakan-rakan to support each other.

Kita jumpa lagi di lain post.. Take care everyone.



Regards,

Share:

11 comments:

  1. Hmm ada scones, sedapnya. Lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Aynora, nampak sedap scones dia tapi LZ tak pernah cuba lagi.. Next visit boleh cuba scones pula..

      Delete
  2. Besar scone nya tu. Cie tak minat makanan korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cie, saiz scones di MURI Cafe memang besar bukan standard size biasa kita tengok.. Tak ramai suka makanan Korea ni Cie. Makanan Korea pun tak semua LZ boleh makan Cie, ada sesetengah jenis ja kena dengan tekak LZ..

      Delete
  3. Sedapnya nampak Japchae dengan Ramyeon tu! Tapi paling menarik perhatian semestinya scone yang besar tu. Jarang jumpa cafe Korea yang ada scone sekali. Teringin pula nak singgah MURI Cafe nanti kalau ke Melawati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka makanan Korea tentu puas hati SA.. Apa yang pernah LZ order semua sedap-sedap belaka, masih belum mengecewakan..

      Delete
  4. Kedainya nampak seperti ala-ala kedai Korea, hihi dah nama pun jual makanan Korea kan.. Menunya pun nampak menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilik kedai memang orang Korea converted to Muslim, that's why deco pun sama seperti di Korea.. Makanan kat sini pun so far semua sedap..

      Delete
  5. Happy tengok LZ dah jumpa geng lunch yang sekepala ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Mrs. A.. Rezeki LZ dapat geng lunch sekepala dan memahami..

      Delete
  6. Jauh pulak nak mencuba. Baguslah orang Korea-muslim buat cafe kan. Tak was-was kita nak makan makanan Korea. Banyak menu dan ruangnya pun luas. Comel je tulisan korea tu.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!