Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Throwback semasa pergi ke Yew Garden Nursery di Sungai Buloh, Selangor bulan lepas iaitu pada Ahad, 30 November 2025 lalu. Siapa biasa baca blog saya tentu faham salah satu hobi saya ialah gardening, saya suka tanam pokok hiasan..
Jadi end of last month, saya ke Yew Garden Nursery Sungai Buloh.. Kenapa pergi ke Yew Garden sebab banyak lagi nursery lain ada di Sungai Buloh? Jawapannya sebab tertarik dengan review, rata-rata tinggalkan 5 stars reviews untuk Yew Garden. Jadi saya pun tertarik untuk ke sana..
![]() |
| Yew Garden Sungai Buloh |
Cuaca hari itu panas terik.. Saya tiba di sana around 1.00 lebih, matahari betul-betul atas kepala memang panas lit-lit.. Terasa perit di kulit. Tapi kalau dah minat, panas terik macam mana sekalipun tetap ku redah juga..
![]() |
| Google review for Yew Garden Sungai Buloh |
Inilah punca sampai di Sungai Buloh sebab Google review 4.3 stars untuk Yew Garden, betapa pentingnya review dari pelawat kepada sesebuah perniagaan ya kawan-kawan sehingga menjadi daya tarikan saya dari Seremban ke Sungai Buloh..
![]() |
| Yew Garden Sungai Buloh |
Apa yang saya suka di sini pokok-pokok tersusun rapi seperti berada dalam taman secara tak langsung memudahkan pelawat memilih pokok-pokok idaman untuk dibawa pulang.. Ini ruang tanaman hiasan seperti Boston fern dan indoor plants separa cahaya.
![]() |
| Yew Garden landscape |
Di tengah-tengah panas terik matahari, terdapat satu sudut rehat dikelilingi pokok landscape untuk berteduh.. Pokok-pokok landscape di sini dijaga elok dan kemas..
![]() |
| Spesis orkid dan philodendron |
Tak tahan panas terik, saya pergi berlindung di bawah tempat teduh yang menempatkan banyak spesis pokok orkid dan philodendron. Sudah tentu menjadi daya tarikah peminat orkid. Banyak pokok-pokok hiasan indoor atau outdoor boleh didapati di sini.
![]() |
| Hasil tanaman dari Yew Garden Nursery Sungai Buloh |








0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!