Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya berkongsi cerita tentang plan untuk meletakkan pokok hiasan di balcony rumah. Sebelum ini semua pokok hiasan, saya letak di porch kereta. Lama-kelamaan semakin serabut ditambah pula anak kucing stray cats semakin berekor-ekor singgah di rumah. Budak-budak kecil kann, suka memerut dalam pasu dan bermain dengan tanaman saya.
So saya ambil pendekatan ubah tempat dengan bawa naik pokok hiasan yang sesuai, letak di balcony. Balcony rumah saya tak berbumbung (dalam perancangan renovate balcony).. Jadi bila balcony tanpa bumbung pula agak mencabar, terutama dari segi panas terik matahari dan kurang privacy. Maka bermulalah projek hujung tahun 2025 dengan menghijaukan balcony supaya pokok-pokok tadi boleh menutup pemandangan dari jiran sebelah.
![]() |
| Ilham privacy plants |
![]() |
| Large planters |
Untuk memulakan projek ini, pemilihan pokok sangat penting kerana balcony terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari terik, hujan dan angin.
![]() |
| Balcony planters |
Saya dah buat research tentang pemilihan pokok yang tahan panas terik dan sesuai ditanam dalam planters untuk dijadikan sebagai privacy plants di balcony.
![]() |
| Pokok dracaena |
Jenis Pokok Sesuai Ditanam di Balcony Panas Terik (Tanpa Bumbung)
1. Pokok buluh (bamboo clumping type)
2. Pokok Ruellia
3. Pokok Ixora
4. Pokok Dracaena
5. Pokok Ficus (ficus benjamina / ficus compacta)
6. Pokok pandan mini / pandan hiasan
7. Pokok Areca Palm / Lady Palm
![]() |
| Gambar hiasan |
![]() |
| Gambar Hiasan |
Regards,








Masalahnya uncle ni orang cakap 'tangan panas'. Tanam apa pun tak menjadi... (alasan, hehehhee)
ReplyDeleteUncle kena cuba dulu, jangan putus asa buktikan tangan uncle tak panas, hehehe 😁
DeleteBanyak pokok2 ni memang kena rajin menyiram.
ReplyDeleteBetul Cie.. Banyak kerja dari segi penjagaan bila tanam pokok hiasan di rumah..
DeleteAda kawan akak tanam pokok bunga. Bila bunga dia berkembang menjadi terapi buat dia
ReplyDeleteYa kak notie.. Begitulah perasaan LZ juga bila pokok keluar pucuk baru atau berbunga.. Berbunga-bunga juga di hati 😊..
Deletesemoga apa yang dirancang menjadi
ReplyDeleteAaminn yra.. 🤲🏻
DeleteSaya setuju idea letak pokok. Bila ada kehijauan, suasana akan terasa lebih sejuk. Selamat memulakan projek hijau. Saya singgah balas dan follow. Salam kenal dari saya, Tot. 😊
ReplyDeleteKann Tot, hijau sejuk mata memandang.. Thanks for your support. Terima kasih juga follow blog LZ 😊..
DeleteSukamya tgok pokok pokok hijau mcm ni. Rasa tenang sngt.
ReplyDeleteBetul sangat Busyra.. Hijau mendamaikan.. 🥰
Delete