Friday, January 16, 2026

Berita Gembira Seorang Blogger

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Salam Jumaat kepada semua. Hari ini saya ingin kongsi beberapa berita gembira. Tanpa berlengah, saya straight to the point saja.. 

Saya nak beritahu, blog ini sudah lulus Adsense dalam masa sebulan lebih! Alhamdulillah, gembira sangat. Saya mula menulis di blog ini pada 4 Disember 2025 lalu. Kemudian saya apply Google Adsense pada 25 Disember 2025 dengan sekali saja rejected dan akhirnya lulus pada 11 Januari 2026. 

Good news! - from Google Adsense 

Pada awalnya rasa chances hanya 50/50 sebab Google Console asyik beri email mengatakan blog ini masih belum dapat di-index dalam carian Google.. Saya tak peduli, saya ikut kata Diva AA, "Why bother?" Saya ambil risiko submit permohonan Adsense ketika blog masih dalam review

Adsense Ads code

Bila dapat saja email makluman lulus Adsense, saya terus proceed activate ads. Agak terkejut juga sebab lulus. Inilah kelebihan blogging, sambil menulis kita boleh jana pendapatan sampingan. Okay kita tinggalkan cerita Adsense..

Seterusnya berita gembira kedua iaitu blog saya terpilih berada dalam senarai blog list #2 blog Cie - Blog Roziah Muhammad Nor. Saya ambil bahagian dalam segmen ini pada 22 Disember 2025 lalu, sejak itu takde fikir nak check keputusan lepas tarikh segmen tamat. Kebetulan saya tak sempat blogwalking 2 minggu, jadi tak follow-up keputusan Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2. Semalam baru sempat singgah di Blog Cie. Tak sangka blog saya ada dalam senarai. Syukur alhamdulillah. 

Keputusan Segmen dari Blog Roziah Muhammad Nor

Berita gembira ketiga pula lebih kurang sama dengan cerita tadi, masih tentang penyertaan segmen. Pada 13 Disember 2025 lalu, saya joined Segmen Refresh Bloglist anjuran Blogger Nieza - My Story Board.

Segmen Refresh Bloglist anjuran Nieza

Sama juga, tak sempat check keputusan segmen so semalam baru sempat.. Yeayyy blog saya tersenarai di nombor 7, syukur alhamdulillah.. Keputusan yang saya tak sangka langsung. Saya join segmen ikhlas untuk support rakan-rakan blogger jadi kalau terpilih adalah satu rezeki. 

Okay, setakat ini sahaja cerita yang ingin dikongsi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi support blog saya yang tak seberapa ini. Sokongan anda menjadikan saya semakin bersemangat untuk menulis dan berkongsi cerita. Akhir kata, thank you for reading and take care.


Regards,

Share:

2 comments:

  1. Tahniah! Semoga menjadi pemangkin semangat untuk terus berblog.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah berjaya lulus Google adsense.. boleh jana pendapatan selepas ini :)

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!