Wednesday, January 14, 2026

Bits & Pieces of My Week

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Semoga semua baik-baik belaka walaupun minggu ini saya percaya agak hectic kepada parents yang sudah kembali ke jadual asal mengurus anak sekolah selepas cuti sekolah tahun lalu.. Selamat kembali ke sekolah ya anak-anak..

Hari ni cuti umum di Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan ke-78 Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Hari cuti yang ada saya isi dengan membaca buku di samping membuat kerja-kerja rumah yang lain. Lately suka baca buku genre thriller. Biasa tak fikir sangat tentang genre. Baru habis baca Verity by Colleen Hoover seminggu yang lalu, break sebentar dari melayan cerita thriller..  This is my current read, Anxious People by Fredrick Backman. 

Anxious People by Fredrick Backman 

Di kala ibubapa di luar sana sibuk mengurus persekolahan anak-anak, jadual harian saya tak banyak beza. Seminggu menghilangkan diri kerana sibuk mengurus persediaan Arief (my only son) yang akan mendaftar di kursus kemahiran jangka pendek sementara tunggu keputusan SPM diumumkan. Alang-alang hampir dua minggu tak berkongsi cerita, today's post wasn't about a single story but a collection of small moments. Random photos, random activities and little things that made me pause for two weeks.

Bermula Jumaat lalu, 9.1.2026 keluar rumah sekitar pukul 10.30 pagi terus menuju me Shopee Self-Collection Point. Entah apa barang dibeli si Arief. Ada dua tempat Shopee Self-Collection Point di kawasan taman perumahan saya. Kali ini bukan di tempat biasa tetapi di kawan business lot yang baru dibuka. Puas meronda takde pula signboard Post-Hub.. Parked kereta di tepi sambil cari di Google map.. Hurrrmm rupanya depan kereta saja, manalah nampak banner sekecil itu tergantung menumpang di kedai runcit..

Shopee Self-Collection Point 

Selesai tugas pertama, kemudian tugas kedua iaitu misi membuka akaun simpanan budak bawah umur 18 tahun yang agak mencabar kesabaran (akan ku cerita di post akan datang). Urusan dari pagi then break solat Jumaat balik rumah sekejap ambil sijil lahir Arief, sempat hantar email kerja selepas dapat pesanan dari boss di pejabat..

Bukan saving account 

Selepas kaum Adam menunaikan solat Jumaat, around 2.15 pm misi diteruskan untuk submit documents di bank tapi sebelum itu singgah lunch di P&C Kitchen. Bawa Arief di sini sebab dia belum pernah makan di P&C Kitchen, bagi dia rasa sendiri.

P&C Kitchen, Seremban 2

Minggu lalu saya belum habis baca buku Verity by Colleen Hoover.. Tak sabar nak tahu ending si Verity, since then ke mana-mana dengan buku ni, sambil tunggu makanan, dapat baca a few pages pun rasa puas hari. Okay di P&C Kitchen saya tetap ordered lamb chops with spaghetti carbonara seperti sebelum ini. Selepas makan terus ke bank semula sehingga urusan selesai around 3.30 p.m..

The next day - Sabtu (3.1.2026),  Arief minta izin outing ke KL dengan kawan-kawan sekolah. This is his first time keluar dengan kawan. Saya bagilah dia chance sebab dah habis belajar, asalkan pandai bawa diri. Sibuk text dari KL beritahu ada surprise untuk mama.. Dalam hati, apalah surprise dia bagi nanti.. Ingatlah dia beli buku Hidden Pictures di Kinokuniya sebab dia tahu mama dia sedang gigih cari buku tu.. Rupanya dia hadiahkan bouquet beli di Pasar Seni. Habis kemek bunga segar dia sumbat dalam backpack. Lebam bunga seharian dia usung keluar masuk mall.. Haish anak..

Kayan Tropika @kayantropika

Ku letak di almari bilik sebagai hiasan.. Gambar pula ku abadikan di sini sebagai kenangan..

Kayan Tropika bouquet

Last weekend saya tak ke mana-mana, hanya di rumah.. Biasa my me time dengan hobby. Kali ni journaling  mood sedang berkobar-kobar. Saya guna leather journal in passport size, setup for financial planner. Tahun ni I'm planning to focus on financial, kurangkan membazir membeli ikut hawa nafsu.. 

Passport size planner

Plan 30 Day No Spend Challenge, basically saya bahagi kepada 2 rules iaitu "What you can spend on" - barang keperluan, bills, medical expenses, small treats etc. dan "What you can't spend on" lebih kepada kehendak - makan di luar, Grab / Panda food, coffee cafes, shopping baju, kasut yang dah ada dua almari tapi masih membeli, entertainment, impulse purchase, online shopping etc.

Tujuan utama saya untuk disiplin diri elak pembaziran seperti yang sudah berlaku selama ini.. Motif elak pembaziran?... kerana membazir adalah amalan syaiton.. Selain itu I can track my expenses too..

30 Day No Spend Challenge

Pages yang lain about my blessing iaitu mensyukuri segala nikmat kehidupan kurniaan Illahi berdasarkan quote ini - "Talk about your blessings more than you talk about your problems." Try to motivate diri di kala hidup ini ada pasang surutnya.. 

The following day, Isnin (5.1.2026) saya ambil cuti tahunan untuk hantar Arief daftar kursus kemahiran. Selesai pendaftaran terus buat medical check-up di klinik kerana ianya merupakan salah satu syarat kemasukkan ke institusi ini.

Medical check-up

Urusan hari ini selesai awal, tiba masa untuk free and easy.. Kami ke Mesamall di Nilai tanpa tujuan..

Ibu dan anak

Takde apa yang menarik di sini.. Singgah di beberapa kedai dan terus pulang ke rumah..

Mesamall Nilai tenants

Suka dengan wall decoration di Mesamall, unik.. Koleksi periuk tanah liat atau porcelain, tak pasti.. Saya sekadar pandang dari jauh..

Mesamall Nilai wall decoration


Tiba di rumah, keluar sahaja dari kereta inilah pemandangan saya lihat.. Ku sangka anak beruk rupa-rupanya anak kucing.. Inilah antara stray kittens yang sedang bermastautin di halaman rumah saya.. Tak reti duduk diam, makan tidur memerut.. itulah kerja mereka. Nasib baik comel, tak jadi marah..

Cute kittens

The next day, Selasa (6.1.2026) kerja seperti biasa.. My officemate baru balik dari kenduri sepupu di Perlis so macam-macam buah tangan dia bawa ke office.. Kami tumpang sekaki.. 

Ole-ole dari Perlis

Hari yang sama, saya menghadiri sesi taklimat Pelan Perniagaan dengan hidangan kuih karipap dan pisang goreng. Syukur alhamdulillah, all went smoothly..

Kuih karipap dan pisang goreng

Last but not least, inilah buku yang saya puas cari merata dari bookstore ke bookstore, ke Big Bad Wolf dengan harapan menggunung tapi hampa.. Akhirnya terpaksa order, tunggu about two weeks dan kini berada di tangan saya.. 

Hidden Pictures by Jason Rekulak

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Just bits and pieces from last week, captured as they were. Thank you for reading.. Until next time, bye-bye and wassalam..



Regards,

Share:

5 comments:

  1. akak pun tengah baca sikit demi sikit novel rose harissa yang begitu tebal bertajuk Kapten khaidean sang pelindung. Jenuh sebab tebal. Cerita pasal renjer ATM di hutan sabah dengan puak militan di kala ATM sedang bermasalah dari segi integriti pegawai atasan.

    ReplyDelete
  2. Comel nya kucing tu memanjat pokok..

    ReplyDelete
  3. SA suka tengok gambar-gambar yang LZ share tu..semua cantik2...semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ye...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik comel, mmg tak jadi nak marah la dgn anak² bulus tu kan...
    Boleh tahu kursus apa ye your son ambik? PH pun tengah nak cari kursus or anything yg berfaedah utk my son sementara tunggu result SPM ni selalu ambil driving licence.

    ReplyDelete
  5. Biskut kacang tu kan dalam bekas bunga2 tu. Sedap biskut kacang.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!