Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Didoakan agar semua beroleh kesejahteraan dan dipermudah segala urusan. Kali ni cerita best, saya nak kongsi calendar cuti panjang tahun 2026 yang saya pasti ada juga antara rakan bloggers sudah kongsi di post mereka.. Versi saya plan cuti untuk diri sendiri. Harap saya dapat peluang mengambil cuti tahunan sebab banyak juga cuti tersepit tahun 2026 ini.. Indirectly boleh rehat sedikit jika dibandingkan dengan tahun 2025.
Kalau kita lihat pada calendar, bulan Januari 2026 cuti tahun baharu jika ambil cuti tersepit dapatlah kita bercuti selama 4 hari hingga 4 Januari 2026. Alhamdulillah saya dapat menikmati cuti tersebut malah saya ambil cuti hingga hari Isnin, 5 Januari 2026 kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.
![]() |
| Cuti Panjang 2026 |
JANUARI 2026
Bagi pekerja di Negeri Sembilan seperti saya, pada 14 Januari 2026 (Rabu) merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Apply cuti tahunan 2 hari dapatlah berehat selama 5 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Kebetulan cuti tahunan saya masih berbaki 2 hari dan boleh dibawa ke tahun 2026 so I will think about it. Harap takde something urgent ketika itu.
FEBRUARI 2026
Cuti ganti sempena Thaipusam pada hari Isnin, 2 Februari 2026 bagi negeri Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor. Memandangkan cuti Hari Wilayah jatuh pada hari yang sama dengan Thaipusam dan merupakan cuti wajib kepada pekerja sektor swasta di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan di Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] maka majikan perlu beri cuti ganti kepada hari berikutnya iaitu hari Selasa, 3 Februari 2026 (tertakluk kepada majikan yang mengambil cuti Thaipusam sebagai baki 6 pilihan cuti kelepasan am selaras dengan peruntukan subseksyen 60D(1)(a) Akta Kerja 1955 [Akta 265].)
Tahun Baharu Cina pula disambut pada 17 Februari 2026 hingga 18 Februari 2026. Jika ambil cuti tahunan pada 16 Februari 2026 maka dapatlah cuti Sabtu, Ahad hingga 18 Februari 2026 sebanyak 5 hari keseluruhannya. Jangan lupa 1 Ramadan 1447H jatuh pada 19 Februari 2026 (Khamis).
MAC 2026
Ini agak sedih, Hari Raya Aidilfitri tahun ini tak dapat cuti lama sebab jatuh pada 21 Mac 2026 dan 22 Mac 2026. Cuti ganti pada hari Isnin, 23 Mac 2026 sahaja. The rest ambil annual leave sendiri, no more cuti free.
Takde cuti free. Mau cuti kena ambil cuti tahunan sendiri.
MEI 2026
Cuti Hari Pekerja, 1 Mei 2026 (Jumaat) so dapat 3 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Seterusnya Hari Raya Aidiladha di tengah minggu pada 27 Mei 2026 (Rabu). Hari Wesak pula pada Ahad, 31Mei 2026.
JUN 2026
Di awal bulan saja sudah cuti umum sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 (Isnin) maka dapatlah cuti selama 3 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Cuti umum lain dalam bulan ini ialah Awal Muharam iaitu pada 17 Jun 2026 (Rabu) di tengah minggu.
![]() |
| Malaysia Long Weekends 2026 |
JULAI 2026
Bagi pekerja di Negeri Sembilan bulan Julai 2026 tiada cuti umum sama seperti bulan April 2026.
OGOS 2026
Cuti umum pada bulan Ogos ialah Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) pada 25 Ogos 2026 (Selasa) so apply annual leave hari Isnin, 24 Ogos 2026 dapat cuti 4 hari berturut-turut. Seterusnya Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 (Isnin), bonus cuti 3 hari termasuk Sabtu dan Ahad.
SEPTEMBER 2026
Bulan ini hanya sehari cuti umum iaitu cuti Hari Malaysia pada 16 September 2026 (Rabu) again di tengah minggu.
OKTOBER 2026
Tiada cuti umum untuk pekerja di Semenanjung Malaysia pada bulan Oktober tahun ini.
NOVEMBER 2026
Ada satu saja cuti umum iaitu Deepavali pada 8 November 2026 (Ahad) so cuti gantian pada hari Isnin, 9 November 2026.
DISEMBER 2026
Cuti hujung tahun Hari Krismas pada 25 Disember 2026 (Jumaat), 3 hari cuti termasuk cuti mingguan.
Habis sudah setahun mengira cuti-cuti Malaysia.. Cuti merupakan hari yang sangat berharga kepada setiap pekerja. Untuk makluman cuti yang saya highlight di sini cuti yang terlibat dengan saya, seorang individu yang bekerja di Negeri Sembilan. Cuti mengikut negeri lebih terperinci boleh click di sini - Jadual Cuti Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2026.
Akhir kata, semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan dan merancang cuti dengan baik. Setakat ini saja perkongsian saya. Jumpa lagi di post akan datang. Thank you for dropping by and bye-bye..
Regards,




Syok boleh merancang cuti2.
ReplyDeleteYa Cie, berderet-deret cuti tahun 2026, best 🥰
DeleteBoleh la rancang cuti nanti ni...yg bsst bulan Feb tu kan...lepas CNY terus puasa
ReplyDeleteYa, mantai Chinese New Year kann SA.. 🤩
DeleteWah LZ dah tengok sepanjang bulan cuti tahun 2026 dan rancang nak ambil cuti atau tidak.
ReplyDeleteTebus balik NA sebab tahun lepas tak dapat ambil cuti sangat 😅
DeleteMemang kena start kira² untuk bercuti, sebab dah PJJ..hihihi
ReplyDeleteYes tahun terbaik untuk Linda rancang cuti 👍
DeleteSelamat tahun baharu!
ReplyDeleteUncle belum mentelaah takwim 2026 lagi... Lagi pun itu selalunya kerja aunty... hehehe
Ya biasa kerja perempuan mentelaah cuti ni Uncle Gedek.. Lelaki ikut saja 😁
DeleteHebat perkongsian..dah jadi rujukan ni..alhamdulillah terima kasih ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat dimanfaatkan cikgu Etuza..
DeleteLZ.. Aritu member kat wassap ada share juga.. tapi blom fokus sgt masa tu. Mmg berguna perkongsian ini, especially utk org yg ulang alik ke “planet lain” sbb kdg kami terlupa Msia tgh cuti, yg kita pulak main sesuka call client. 😅.
ReplyDeleteYa Kak Hjh, mark your date jangan pula balik Malaysia kak Hjh kerja ketika org Malaysia sdg cuti 😅
DeletePerghhh..Byk cuti nih..Kena arrange betul2 ni =)
ReplyDeleteTahun 2026 cuti agak lumayan 😁
DeleteMenunggu cuti bulan 2 sebab berderet cuti. Nak balik kampung nak balik kampung
ReplyDeleteYa, kita pun sama dengan kak notie.. Nak balik kampung.. nak balik kampung.. 😁
DeleteSalam Tahun Baru 2026 dan Salam Kenal juga.. kena susun segala perancangan dari awal tahun senang nak berjalan jalan nanti ☺️👍🏻
ReplyDeleteSalam Tahun Baharu 2026 kepada TT juga.. Waaahhh tentu tak sabar nak travel kann.. Negara mana lagi agaknya ingin dikunjungi..
Deletetak ada plan sangat nak jenjalan 2026 ini... nak rehat pulak hahaha :D
DeleteSambil rehat, boleh update blog dengan post yang still pending hehehe tak sabar nak baca..
DeleteWaalaikummussalam LZ, nice sharing.
ReplyDeleteYesssza cuti tersepit harus dimanupulasikan dengan sebaiknya ngeh! ngeh! ngeh!
Sudah pasti Mrs. A.. Cuti merupakan HARI KITA, yeayyyy!
DeleteCNY tu mcm pnjg jugak kan...moga2 ada rezeki MZ nak balik kg
ReplyDeleteWah... Perkongsian yang bagus, LZ. 👍
ReplyDeleteterpaksa ambil cuti sendiri... hehehehe
ReplyDelete