Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu.. Hari ini cuaca hujan sekejap-sekejap sejak semalam, sejuk.. Takde plan di luar hujung minggu ini, saya banyak habiskan masa di rumah sahaja - masak, makan, journaling dan baca buku.. Malam tadi gigih menghabiskan buku The Seven Husbands of Evelyn Hugo yang seakan lambat sangat habis. Bila tiba chapter 60 ke atas mula sebak, mengalir juga airmata hingga hujung cerita. Begitulah kalau menghayati watak dalam cerita, fefeeling sad juga kita jadinya, hehehehe. Cerita The Seven Husbands of Evelyn Hugo dah habis, I'm currently reading Verity by Colleen Hoover.
Memandangkan tiada apa untuk diceritakan, saya dengan sukacitanya ingin berkongsi tips menyimpan daun sup supaya tahan lama, tips yang biasa saya amalkan. Mungkin tips ni agak lapuk untuk ibu-ibu di luar sana tapi mana tahu ada yang memerlukan.. Para suami boleh beritahu isteri juga tips ini andai si isteri masih belum tahu.. Tips mudah kerja di dapur..
![]() |
| Daun sup |
Firstly, lepas beli atau ambil daun sup dari kebun tuan-tuan dan puan-puan, leraikan setiap satu batang daun sup tadi. Kemudian basuh bersih-bersih. Keringkan atas tuala bersih atau tisu dapur.
![]() |
| Basuh bersih dan racik |
Kemudian racik daun sup mengikut saiz kesukaan masing-masing..
![]() |
| Letak dalam bekas |
Saya suka potong kecil begini, mudah ditabur atas sup atau lauk-pauk.
![]() |
| Gaul dengan minyak masak |
![]() |
| Sediakan bekas kedap udara |
Sediakan bekas begini atau bekas bertutup. Plastic ziplock juga sesuai digunakan.
![]() |
| Hasil kejadian daun sup sebelum disimpan dalam peti sejuk beku |
Seterusnya, masukkan daun sup yang telah disembur dengan minyak masak tadi ke dalam bekas bertutup atau ziplock plastic. Masukkan dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Bila daun sup beku mudah digunakan kerana ianya lerai tak melekat. Kalau nak tahu macam mana hasil kejadian, kena cuba sendiri.
Tips ini membantu kita menyimpan daun sup supaya tahan lebih lama dibandingkan hanya rendam air di bahagian akar yang boleh menyebabkan akar busuk. Tips ini boleh juga digunakan untuk daun bawang, daun ketumbar, daun limau purut atau daun lain yang sesuai untuk masakan.
Selamat mencuba!
Regards,








ok saya cuba nanti
ReplyDeleteSilakan Mek Yuhh.. cuba tau..
DeleteBegitu rupanya. Memang selalu rendam akar dalam air memang tidak tahan lama.
ReplyDeleteYa NA, akar pokok cepat busuk kalau rendam dengan air.
DeleteThanks for the tips LZ 👍🏻
ReplyDeleteMy pleasure PH.. Semoga bermanfaat..
DeleteBoleh cuba nanti ni.
ReplyDeleteSilakan Cie, selamat mencuba..
DeleteBagus tips ni. Kadang beli tau2 daun sup dah layu sangat.
ReplyDeleteSelalu jadi macam tu kann Ezna.. Why not cuba pula cara ni.. Semoga bermanfaat..
DeleteKalau daun kari boleh guna cara ni jugak ke x eh LZ?
ReplyDeleteBoleh kak Mim.. Janji lumur sedikit dengan minyak masak / vege.. Inshaa Allah kekal segar.
Deletethanks for the tip. first time baca ni. nanti nak try.
ReplyDeleteSilakan ShirVen, selamat mencuba..
DeleteOwhhh gini..ilmu baru ni..Thx for your sharing =)
ReplyDeleteNo problem Nieza..
Deleteterima kasih share!
ReplyDeleteSama-sama..
DeleteOooo... ada petuanya
ReplyDeleteBegitu tips dia uncle..
Deleteok boleh try lepas ni cara simpan macam ni..
ReplyDeleteSilakan, selamat
Deletemencuba..
boleh try!
ReplyDelete