Tuesday, June 2, 2026

Setiap Pertemuan, Pasti Ada Perpisahan

SETIAP PERTEMUAN, PASTI ADA PERPISAHAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lately agak busy kerana mengurus kehidupan dan persekitaran yang baharu. Sudah lama saya ingin mengabadikan kenangan majlis perpisahan saya dari majikan lama tetapi masih belum ada kekuatan.. Perasaan saya masih sedih dan berat hati meninggalkan kawan-kawan yang baik membuatkan saya memutuskan untuk menangguhkan post ini. Hari ini barulah saya ada kekuatan dan kembali dengan semangat yang baharu.. 

Al-kisah pada 4 May 2026 lalu merupakan tarikh akhir saya menamatkan perkhidmatan bersama majikan lama setelah berkhidmat selama 15 tahun, 11 bulan dan 4 hari, to be exact.. Sedih? Tipulah kalau tak sedih sebab 'terpaksa' berpisah dengan kawan-kawan baik, berkongsi susah-senang bersama dan saling support each other through ups and down.. but on the other side ini adalah keputusan terbaik untuk diri saya. Punca berhenti kerja? I don't feel that I belong there anymore.. I think it's time for a career break.

Saya tendered 2 bulan notice dan menghabiskan tempoh notis tersebut dengan jayanya walaupun banyak 'dugaan' dan 'rintangan' but it's okay, kata orang it's a part of life.. Tak semua alam pekerjaan itu  akan sentiasa manis selama mana kita berada di situ.. Saya abaikan mana yang kurang elok tetapi saya focus kepada perkara positif dan meninggalkan kesan manis dalam diri ini..

Farewell lunch

Pada hari-hari terakhir bekerja, saya sempat berpesan dengan kawan-kawan rapat supaya jangan buat majlis perpisahan untuk saya.. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa, biarlah saya menempuh hari-hari terakhir seperti biasa. Saya pasti akan menangis nanti kerana sedih meninggalkan uolls.. Namun, mereka secara senyap membuat 'pakatan sulit'. Pada 28 April 2026, saya dijemput untuk menghadirkan diri ke jamuan perpisahan yang diadakan di The Urban Affairs, restoran kegemaran saya ketika lunch hour. Dalam fikiran ini mungkin  hanya kawan-kawan rapat sahaja yang hadir tetapi sangkaan saya meleset, berbelas orang datang meraikan majlis perpisahan saya dari pelbagai jabatan, ohh I'm deeply touched!

Thank you everyone for your lovely thoughts and support

Dalam majlis perpisahan itu, saya diberi slot untuk membuat ucapan perpisahan.. Korang saja nak tengok saya menangis kannn.. tapi tak mengapa, saya ambil peluang yang ada dengan memberi semangat kepada mereka. Berikut saya kongsikan ucapan saya sebagai kenangan:

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua officemate yang telah menganjurkan majlis ini dan juga Pengurus Besar yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis perpisahan ini. Walaupun saya menolak kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, namun usaha dan keikhlasan kalian tetap diteruskan. Ini menunjukkan betapa kuatnya nilai persahabatan dan kebersamaan yang telah kita bina sepanjang saya di sini. Saya amat tersentuh dan menghargainya.

Sepanjang tempoh saya bersama di sini, banyak pengalaman, kenangan dan pengajaran yang saya perolehi. Ada masa kita diuji, ada masa kita bergelak ketawa dan itu semua membentuk siapa kita hari ini. Saya percaya setiap daripada kita hadir dalam hidup masing-masing bukan secara kebetulan tetapi dengan hikmah yang tersendiri.

Sokongan, bantuan dan keprihatinan yang diberikan, walaupun dalam perkara kecil sebenarnya memberi kekuatan yang besar kepada seseorang. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita beri itu kecil tetapi bagi orang lain, ia mungkin menjadi sebab mereka mampu terus bertahan. 

Kepada rakan-rakan yang saya tinggalkan, jagalah hubungan sesama kita. Teruskan budaya saling menyokong dan memberi kekuatan antara satu sama lain. Please support each other. Bekerjalah dengan amanah, saling membantu dan jangan sesekali menormalisasikan perkara yang tidak baik di tempat kerja. Jika ada perbezaan, selesaikan secara baik.. Ingatlah, rezeki kita bukan hanya pada gaji tetapi juga pada ketenangan hati dan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ingatlah, tentu ada antara kita sedang bertahan demi meneruskan kehidupan..

Akhir kata, saya mohon maaf atas segala kekhilafan, kata-kata yang mungkin mengguris hati dan segala kekurangan sepanjang saya di sini. Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang tidak akan saya lupakan. 

Saya doakan semua agar terus berjaya, dipermudah urusan dan sentiasa dalam lindungan-Nya.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

Thank you everyone 
Lovely thoughts
Lovely thoughts
Geng Kacip Fatimah yang awesome

Semua hadiah yang saya terima comel-comel belaka dengan penuh makna dan menyentuh perasaan. Sejak tarikh 28 April 2026 hingga semalam, 1 Jun 2026 saya baru buka dan baca setiap satu kad ucapan yang ditulis bersama hadiah-hadih ini.. Bukan mudah untuk mendapatkan kekuatan ini.. Airmata keluar laju, sebak dan terharu dengan ucapan, kata-kata semangat dan doa semua.. Itulah nikmat persahabatan yang saya rasai..

Best wishes
Lovely 

Selepas farewell pertama, saya dijemput ke farewell kedua yang diadakan ada 8 Mei 2026 (Jumaat) pukul 12.30 tengah hari bertempat di P&C Kitchen. Mereka bersungguh-sungguh minta saya hadir kerana tidak sempat turut-serta semasa farewell pertama disebabkan tugasan luar. Saya minta maaf sangat-sangat kepada penganjur sebab tiba lewat semasa majlis tersebut kerana saya dihubungi oleh Talent Acquisition sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya terlupa bila saya applied kerja dari syarikat tersebut. So saya terpaksa menyantuni panggilan tersebut yang mengharapkan supaya saya hadir interview pada 12 May 2026 (Selasa) jam 12.30 tengah hari. 

Farewell

Alhamdulillah sambutan majlis perpisahan kedua berjalan lancar dan sangat terharu dengan sambutan dan kesungguhan mereka.. Sesungguhnya saya akan sentiasa kenang moments indah itu selamanya..

Memory

Cerita selepas menghadiri temujanji pada 12 May 2026, saya diminta untuk hadir temujanji kedua.. Keputusan temujanji kedua akan dimaklumkan seminggu selepas tarikh 19 May 2026. For me ada rezeki tak ke mana and at the same time saya masih dalam tempoh career break. Jika tawaran yang diberikan sesuai dengan syarat saya, maka saya akan pertimbangkan.. 

Breakfast with my son

Hampir 3 minggu tidak bekerja - so heaven I tell you, terutama bila dapat spent masa untuk diri sendiri . Namun akhirnya saya mendapat perkhabaran di luar jangkaan. Saya ditawarkan pekerjaan dengan pakej yang sangat menarik dan tak mampu saya menolak rezeki ini.. Benarlah kata orang, kalau ada rezeki tak ke mana.. hanya yakin dan serah kepada Allah swt atas usaha yang telah kita lakukan.. Syukur alhamdulillah, ini juga berkat doa kawan-kawan yang baik hati.. 

Semalam, new month, new chapter saya pindah ke rumah baharu untuk memulakan kehidupan baharu, di tempat baharu.. Doa saya, semoga langkah ini dipermudahkan sentiasa, aaminn yra..

My new home
 
Kelmarin packed barang, adalah seekor makhluk comel ni sembunyi bawah sofa, merajuk mommy terpaksa tinggalkan dia.. It's okay sayang, hujung minggu kita jumpa okay.. Itulah perangai kesayangan hamba, si Furla..

Si Furla, kesayangan hamba

Begitulah cerita tentang Setiap Pertemuan, Pasti Ada Perpisahan... Kepada ex-officemate yang telah saya tinggalkan, walau kita jauh di mata namun setiasa dekat di hati, percayalah. Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.. Semoga kita berjumpa dalam post akan datang, thanks for reading..



Regards,

Share:

2 comments:

  1. Now baru Kak SA faham, kenapa LZ lama menghilang...its okay LZ...masih ada peluang, masih muda dalam membentuk career...x sempat kita jumpa kat Seremban kan...apapun tahniah...selamat bekerja di tempat baru dan welcome to KL, kota yang tidak pernah mati...

    ReplyDelete
  2. Sedihnya berpisah dengan geng lama. Nak kena sesuaikan dengan geng baru pulak bila bertukar tempat kerja. All the best kat tempat kerja baru.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!