Sunday, May 31, 2026

Celebrate Birthday di The Sunway Library & Sesuai Untuk Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini sudah 14 Zulhijjah 1447H tetapi bahang sambutan Hari Raya Aidiladha masih terasa terutama kepada mereka yang menjalani ibadah korban. Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini bertambah meriah tambahan pula serentak dengan cuti sekolah pertengahan tahun 2026, sudah pasti ramai parents mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Apa sahaja yang anda lakukan, jaga diri dan jaga keselamatan, semoga dilindungiNya selalu.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang sambutan hari lahir saya tahun ini yang agak berbeza dengan sambutan tahun sebelum. Al-kisah cerita bulan Februari yang 2026 lalu, sempena hari lahir, saya memilih untuk meluangkan masa di The Sunway Library. 

Saya pula seorang yang suka pengalaman baru apabila menyambut hari lahir sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga. Contoh ke restaurant  atau ke tempat-tempat yang masih belum pernah dikunjungi demi mencipta kenangan baru.

Sunway Square Mall

Tahun ini saya ke The Sunway Library terletak di Sunway Square Mall, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. Ia merupakan perpustakaan terbesar di South East Asia yang dibuka 24 jam dengan keluasan 3,530 kaki persegi dan memiliki koleksi buku lebih dari 1 juta. Jadi demi mencipta sesuatu kelainan, saya ke sana pukul 1.00 pagi.

The Sunway Library by BookXcess

Kebetulan tahun ini hari lahir saya disambut dalam bulan Ramadan. Jadi tiada makan-makan atau sambutan di siang hari.

Interior

Sebaik sahaja melangkah masuk ke sini, saya terus tertarik dengan reka bentuk hiasan dalaman yang moden, bersih, luas, kemas dan sangat selesa. Walaupun pukul 1.00 pagi tetapi suasana terang dan mesra pengunjung. 

Susun atur buku-buku
Susunatur buku-buku di tingkat atas
Susunatur buku-buku di tingkat atas

Selain ingin menyambut hari kelahiran, saya ke sini untuk mencari novel tulisan Riley Sager tetapi malangnya tiada. Jadi saya layan suasana tenang dikelilingi buku-buku ini pun satu hadiah yang cukup bermakna.

Ruang fiction di tingkat atas
Sudut fiction

Apa yang paling saya suka selain suasananya yang tenang, saya dapat duduk seketika sambil membaca buku walaupun sekadar menikmati suasana perpustakaan tetapi sudah cukup memberi ketenangan yang sukar digambarkan. This is really my kind of vibe.. Saya menghabiskan beberapa jam di sini dengan meninjau koleksi buku pelbagai genre dan menikmati masa untuk diri sendiri manakala my husband and son pergi bawa diri ke ruang koleksi buku kegemaran mereka.

Koleksi buku motivasi
Biographies and Memoirs

Selain buku, ada juga Kenny Hills Bakers, sebuah cafe yang beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Jadi jika datang pada waktu tersebut, bolehlah membaca sambil makan di cafe. Tak kurang juga banyak sudut-sudut Instagrammable yang unik dan menarik.

Instagrammable corner

Di sini terdapat pelbagai ruang bacaan yang sesuai untuk individu, pelajar mahupun keluarga yang datang bersama anak-anak.  Jadi bertepatan dengan cuti sekolah sekarang ni, The Sunway Library merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak. Selain dapat memupuk minat membaca, anak-anak juga berpeluang meneroka pelbagai bahan bacaan yang menarik dan berfaedah. Bagi saya ia merupakan satu pilihan baik kepada ibu bapa yang sudah ketandusan idea untuk mengatur aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah.

Photo Frames decor

Overall, lawatan saya ke The Sunway Library sempena hari lahir yang lalu tak sia-sia. Ianya bukan sekadar satu kunjungan biasa tetapi ianya satu pengalaman baharu yang mengingatkan saya bahawa kadangkala kebahagian itu datang daripada perkara-perkara yang sederhana seperti masa yang berkualiti untuk diri sendiri. It really helps me de-stress..

Exit
Happy Chinese New Year

Saya suka dengan Chinese New Year decor yang masih meriah di sana sini kerana ketika itu sambutan Tahun Baru Cina..

Chinese New Year decorations

Siapa pernah pergi The Sunway Library? Siapa pula masih belum pernah datang ke sini, bolehlah masukkan dalam bucket list.. Apa pun share your comments below.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga kita berjumpa lagi dalam post akan datang. 

Note: Oh ya, sangat dialu-alukan untuk follow Facebook baru saya, Lynne Zackaria memandangkan Facebook lama, Sis LZ kena hacked so saya terpaksa delete akaun berkenaan. Harapan saya dengan akaun Fb baru saya dapat kembali keep in touch dengan rakan-rakan blogger semua. 

Terima kasih.



Regards,

Share:

14 comments:

  1. Best giler, library dia buka 24 jam! Memang heaven dapat habiskan masa di library sambil membaca. Lain kali pergi KL, nak ajak suami singgah. Thanks, share tentang tempat ni, LZ. 🥰 Saya add sis LZ di FB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best ada library buka 24 jam so heaven.. View pun cantik, sunyi dan tenang takde orang kacau, hehehe

      Really appreciate it Tot sudi follow LZ di FB.. I follow back :-)

      Delete
  2. Serious la 24 jam? Good idea kan? Memang surha untuk pencinta buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious uncle... yup, memang syorghaaa pencinta buku.. I like..

      Delete
  3. Memang betul2 menarik The Sunway Library ni..

    ReplyDelete
  4. Wow menarik sangat ni. Untuk peminat buku memang kena masuk list ni untuk datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cie, peminat buku kena pergi walau sekali, kalau best boleh repeat lagi..

      Delete
  5. Librarynya bagus banget, desain tempat bukunya menarik, apalagi bisa diakses 24 jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju Anon, best sebab boleh datang anytime..

      Delete
  6. The best hadiah untuk diri kita adalah ilmu (buku), ia takkan mati di telan zaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Aynora.. Ilmu penting dalam kehidupan kita..

      Delete
  7. Uish..akak x pernah masuk sini la...kena pi ni....besar dan cantik sanagt library dia

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!