Friday, May 1, 2026

Jangan Layan Fitnah, Ikut Cara Siti Maryam

JANGAN LAYAN FITNAH, IKUT CARA SITI MARYAM | Penatkan bila orang cakap buruk pasal kita, fitnah kita padahal kita tak buat pun. Rasa macam nak menjerit, nak cerita dengan semua orang menafikan fitnah, tujuan nak bersihkan nama kita. Semasa saya belajar subject psikologi, rasa nak pertahankan diri ini dipanggil "defense mechanism". Bila berada dalam keadaan ini, kita ambil pengajaran dari cara Siti Maryam (ibu Nabi Isa AS) hadap fitnah yang paling dahsyat yang Allah nyatakan dalam al-Quran. Siti Maryam ni wanita suci yang dimuliakan dalam Islam, tiba-tiba mengandung tanpa suami. Satu kampung fitnah, caci dan hina Siti Maryam tapi apa yang Allah minta Siti Maryam buat? Perintah Allah kepada Siti Maryam melalui surah Maryam ayat 26 untuk berpuasa bicara (berdiam diri) jika bertemu sesiapa, sebagai nazar kepada Allah.  

Jangan layan fitnah

Kenapa kena diam? Allah nak ajar kita salah satu teknik ataupun ilmu iaitu ada masanya pembelaan terhadap diri kita ni dah takde guna. Lagi kita jawab, lagi orang pusing cerita, lagi orang tambah cerita. Kita tunggu sahaja balasan dari Allah. Kita tak perlu bersungguh-sungguh bersihkan nama sendiri sebaliknya serahkan urusan itu kepada Allah. Percaya dan yakin kepada kekuasaan Allah bahawa akan tiba suatu masa, Allah akan bersihkan nama kita dengan cara yang tidak kita sangka-sangka.

Imam Syafie pernah pesan, "Diamku terhadap orang bodoh adalah satu jawapan." Ingat pesan ini, biarlah orang tak tahu kebenaran asalkan Allah tahu kesabaran kita. Kadang-kadang diam itu adalah jeritan yang paling didengari langit.

Jadi bila kita difitnah atau dilayan tidak baik oleh orang lain, kita tahu apa yang perlu dibuat - DIAM! Selain itu, tak perlu menempah ticket ke neraka.. Okay, sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Sehingga bertemu lagi di post akan datang. Thank you for reading.

P/s: Selamat Hari Pekerja kepada semua yang menyumbang tenaga kepada negara.


Regards,

Share:

30 comments:

  1. Betul Syazni, benda tak betul jgn dispreadkan. Baca boleh, teliti dan hadam. Keep it to ourself jika benda tak pasti.

    ReplyDelete
  2. Diam itu lebih baik dari berkata-kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Cie, bila diam perasaan lebih tenang dari sibuk membalas apa yang dituduh..

      Delete
  3. Bila dibalas lagi makin menjadi parah. Jalan terbaik - diam.
    Jauhkan diri dari mereka yang toxic. Pedulikan mereka, kita jaga tangki emosi kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali aizamia3.. Hati kita pun tenang, tak perlu beremosi kannn..

      Delete
  4. Diam adalah balas dendam paling power tu!
    Sebab kalau kita diam, musuh kita sakit hati. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mudah rupanya tak perlu saling balas-membalas..

      Delete
  5. Dalam banyak hal, memang berdiam adalah lebih baik dari berjidal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang diajar oleh agama kita kann Faizal R, sangat mudah dan praktikal..

      Delete
  6. Yea betul, saya setuju dengan pendapat tue.. Biasanya orang sebegitu sememangnya akan rasa lagi marah jika kita tak membalas apa yang dilakukan tapi lama kelamaan orang yang mendengar fitnah tue akan tau kebenarannya dan akan mula menjauhi orang yang memulakan fitnah tersebut. Sebab, tak mustahil satu hari nanti dia pula kena fitnah sebab bila hati seseorang manusia tue mula jadi hitam, maka dia takkan puas hati dengan semua benda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Shikin.. Lagi satu si penfitnah akan gigih mendapatkan sokongan dengan play victim, mengadu domba dengan orang lain.. Kesian sebab kebenaran akan terserlah juga suatu hari nanti..

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian dan ingatan. Fasa sekarang malas nak layan negativity, pilih tenang dan buat hal sendiri saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama PH.. Samalah kita, kecilkan circle dan self-love..

      Delete
  8. Hi, saya datang dari blog lama dan follow! 🥳

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih for your endless support.. Really appreciate it!

      Delete
  9. Betul, sesungguhnya banyak ketika, diam adalah paling baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan sis Mulan.. Fitnah ni dilayan dengan diam.

      Delete
  10. Alhamdulillah.
    Sukanya saya baca entri ini. Mendalam, penuh makna dan memotivasikan pembaca. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih Amie, terima kasih sudi singgah blog ini.. Nanti saya kunjung balas..

      Delete
  11. Terima kasih atas perkongsian inj LZ. Tapi itu la kadang-kadang mulut ini ada je nak menjawabnya😅 Haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah kita sebagai manusia KSarie, saya dulu pun macam tu juga sebab dalam kepada ni asyik kata "kena tegakkan kebenaran." Sekarang saya dah tahu, ternyata diam lebih tenang dari menjawab atau saling balas-membalas yang tak akan habis demi memuaskan hati yang busuk, hehehe

      Delete
  12. Sedang menghadapi...eloklah diam aje..lumrah kehidupan kan...terima kasih atas perkongsian ini LZ...Kak SA dapat sedikit kekuatan lepas baca entry ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah andai perkongsian ini bermanfaat untuk Kak SA.. Ya, abaikan saja kak, doa dan serah balasan mereka kepada Allah.. Dalam hal ni kita tak perlu mengharap kepada manusia untuk berpihak kepada kita..

      Delete
  13. Terima kasih untuk perkongsian ini.. Memang kadang tu diam lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The power of DIAM memang sangat menakjubkan Sha.. Hati lebih tenang.

      Delete
  14. Nasihat yang baik..elakkan kejahatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu, jahat nanti memakan diri sendiri jadi elakkanlah..

      Delete
  15. setujuuuuu kak LZ. letiih lah kalau harus menjelaskan ttg sesuatu yang orang lain pun tak nak dengar... maksud kita ingin membersihkan nama, tapi yg ada makin complicated. Memang sebaiknya diam.. ada masa nanti, allah akan bersihkan juga nama kita. jika memang kita tak salah, sudah , diam saja. toh kita tak butuh validasi dari orang2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny.. Stop explaining, just diam lebih baik. Itu yang diajar..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!