Monday, May 11, 2026

Akaun Telegram Saya Kena Hack

AKAUN TELEGRAM SAYA KENA HACK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini merupakan hari yang mendebarkan, memalukan dan serba-serbi panik.. Saya tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku kepada diri sendiri. Hari ini, akaun Telegram saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Actually akaun ini dah lama tidak digunakan malah saya langsung tidak semak apa yang ada dalam Telegram. Telegram saya hanya beberapa tahun lalu sahaja aktif untuk ambil tahu update aktiviti persekolahan anak saya. Tak sangka pula berlaku perkara yang tak disangka-sangka.

Hacker

Apa yang mengejutkan, hacker tersebut telah menggunakan akaun saya untuk menghantar link video lucah kepada semua contacts saya tanpa pengetahuan saya. Bila first time dapat tahu, sudah tentu saya berasa sangat terkejut, malu  yang teramat sangat sebab melibatkan maruah diri dan panik apabila dimaklumkan oleh beberapa rakan saya. Namun selepas bertenang, saya sedar perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jangan anggap kita rasa akaun kita sentiasa selamat.

Apa yang berlaku?
Pada mulanya, saya menyedari ada aktiviti pelik pada akaun Telegram saya. Ada pihak ketiga telah menghantar QR code berserta link dari akaun saya ke selected contacts. Perkara ini berlaku sekitar bulan Mac 2026 lalu. Saya hanya blocked dan delete mesej tersebut. Lain pula yang berlalu hari ini dan ianya lebih extreme lagi.. Beberapa kenalan mula bertanya dan sertakan sekali screenshot mesej bertajuk "Video Lucah Free" yang seolah-olah dikirim dari saya. Sudah tentulah bukan saya yang mencipta, membuka atau menghantar link tersebut - semasa taip ayat ni pun saya rasa malu dan geram.

Kemungkinan besar akaun Telegram saya telah diambil alih oleh pihak ketiga, berpunca dari terdapat kebocoran akses pada peranti. Dalam dunia digital sekarang, scammer dan hacker semakin licik. Kadang-kadang mereka menyamar sebagai kenalan, syarikat perlaburan atau menghantar mesej yang nampak sangat "real" tetapi sebaliknya. Pernahkah pembaca tanpa sedar tiba-tiba sudah berada dalam group Telegram yang kita tak pernah approve atau beri consent untuk turut-serta. 

Apa yang saya lakukan selepas itu?
Antara tindakan segera yang saya lakukan:
  • Dalam keadaan panik, saya terus logout,
  • uninstalled aplikasi Telegram tersebut buat sementara waktu,
  • tukar password email yang berkaitan,
  • aktifkan Two-Step Verification,
  • maklumkan kepada rakan-rakan, dan
  • memuatnaik status pemberitahuan di WhatsApp dan post dalam Facebook.
Saya juga mengambil keputusan untuk berkongsi perkara ini secara terbuka supaya orang lain lebih berhati-hati. Jika ada antara pembaca yang pernah mengalami situasi yang sama, jangan rasa terkilan manakala sebagai penerima pula jangan terus judge si pemilik akaun. Hacker memang sentiasa mencari peluang dan kelemahan pengguna internet. Paling penting bertindak cepat, lindungi akaun lain dan beri awareness kepada orang sekeliling.

Semoga perkongsian saya ini menjadi peringatan kepada semua supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan akaun digitial masing-masing. 


Regards,

Share:

12 comments:

  1. Memang zaman sekarang hacker berleluasa. Kena berjaga2, telegram ni memang selalu orang hack. Macam tak selamat dah.
    Haritupon ad org cuba hack Whatsapp Cuya sejurus Cuya terima call drpd no tak kenal.

    Bahaya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dah share info, lain kali boleh dijadikan panduan untuk saya jika berlaku sebegini

    ReplyDelete
  3. tele memang banyak scammer. selalu la dapat message link macam2. terus delete je.

    ReplyDelete
  4. Seram.. sy tiap² hari guna telegram utk urusan kerja... mmg telegram ni mudah dihack... wajib on 2 step verification... emel² pun gitu jugak on je 2 setep verification utk berjaga²

    ReplyDelete
  5. telegram senang kena hacked.. tak tau lah kenapa...

    ReplyDelete
  6. Bahayanya, telegram saya pun pun jarang guna. Memang ada banyak nombor telefon meragukan.

    ReplyDelete
  7. Saya pun selalu dapat mesej yang pelik² daripada kawan² yg ada akaun telegram.. tapi takdelah saya bukak link semua tue sebab dah tau itu hacker atau scammer... setakat nie saya aktif jea kat telegram tue disebabkan ada grup geng² keja...semoga kita semua dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  8. Pernah dimasukkan dalam group trading la, saham la, di Telegram. Report terus dan keluarkan diri dari group. Sudah uninstall Telegram dari telefon.

    ReplyDelete
  9. Hack ni memang subur kat telegram....

    ReplyDelete
  10. saya pun risau juga kalau kena hack...lebih-lebih melibatkan perkara tidak elok

    ReplyDelete
  11. Terus log out. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar, kesiannya LZ. Mesti panik dan rasa malu sangat bila jadi macam ni, padahal bukan salah kita pun. Sabar ya, benda nak jadi... yang penting LZ dah bertindak cepat maklumkan pada kawan-kawan. Terima kasih sebab kongsi peringatan ni, memang kena sentiasa alert dengan 2-step verification lepas ni.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!