CARA SAYA GUNA TRAVELER'S NOTEBOOK SEBAGAI GRATITUDE JOURNAL & MEMORY KEEPING | Sejak awal tahun 2026 ni, saya mula kembali serious kepada hobi journaling. Bukan kata sebelum ni tak serious tapi lebih kepada tidak tersusun. Alang-alang saya susun semula, jadi inilah masa yang sesuai untuk saya kongsi cara saya journaling di blog ini. Journaling ada banyak jenis, antaranya gratitute journaling, junk journal, memory keeping, bullet journaling, reflective journaling, art journaling, health/wellness journaling dan sebagai bergantung kepada kesuaian pemilik journal tersebut.
Kali ini saya focus kepada gratitude journaling, memory keeping dan reflective journaling. Pada saya journaling bukan sekadar menulis tetapi boleh juga digunakan untuk merakam rasa syukur (gratitude), menyimpan gambar kenangan dan dijadikan sebagai self-reflection journal. Saya kenalkan di sini my Traveler's Notebook (TN) yang sedang menghadapi fasa wear and tear. Saya beli di Kinokuniya KLCC sempena birthday present tahun ini. Sebelum ini saya guna ring binding jenis Filofax Malden.
![]() |
| Traveler's Notebook (front) |
![]() |
| Traveler's Notebook (back) |
Traveler's Notebook saya jenis passport size warna olive (kiri) saya gunakan sebagai wallet manakala TN black leather regular size (kanan) untuk every day carry. Frankly speaking, ini adalah journaling system paling flexible pernah saya guna compared to among my other journals.
![]() |
| Traveler's Notebook setup |
Sejarah Traveler's Notebook
Untuk makluman TN was founded in Japan sekitar tahun 2006 dikeluarkan oleh Traveler's Company. Ia terkenal dengan leather cover yang diperbuat dari kulit lembut asli yang telah menjalani proses samak menggunakan teknik vegetable tanning. Teknik ini menjadikannya mesra alam di samping mengekalkan tekstur semulajadi kulit. Setiap kulit dipotong secara kasar dan dijahit dengan tangan di Chiang Mai, Thailand. Salah satu ciri unik kulit TN ialah ia akan berubah mengikut masa. Semakin lama ia digunakan kulit itu akan menjadi semakin lembut, warnanya akan menjadi lebih matang (patina) dengan calar-calar halus. Leather cover ini digabungkan dengan buku nota nipis yang boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian pemiliknya.
![]() |
| Traveler's Notebook in black regular size |
Kenapa saya pilih Traveler's Notebook?
Saya suka sebab struktur notebook ini sangat "user-friendly" dan praktikal terutama untuk seseorang yang suka organize tanpa terlalu rigid.
![]() |
| Buku TN or planner inserts regular size |
- Tak perlu tebuk lubang - Berbeza dengan planner jenis ring seperti Filofax Malden, TN menggunakan sistem getah (elastic band). Jadi, buku tidak rosak dan lebih kemas.
- Boleh tukar buku (inserts) mengikut kategori - Saya boleh asingkan beberapa jenis buku mengikut kesesuaian seperti 1 buku untuk monthly planner, 1 buku untuk to do lists, 1 buku untuk gratitude dan seterusnya.
- Minimal tapi aesthetic - Rekaan Traveler's Notebook ini simple yet elegant.
- Mudah dibawa ke mana-mana - Oleh kerana TN boleh disesuaikan mengikut keperluan, jadi ianya tidak berat atau bulky so mudah digunakan sebagai every day carry.
Gratitude Journaling
Saya takde rules bila journaling.. Tak semestinya kena begini atau begitu. Bagi saya apa yang penting konsisten dan bermanfaat. With journaling, you don't have to be too conscious. No one will judge or grade you for a perfect pages of writing. Express what to come to your mind without overthinking.
![]() |
| Gratitude Journaling |
Cara saya:
- Tulis 3 perkara yang saya syukuri setiap hari dan kumpul doa harian untuk diamalkan.
- Catat moment kecil (contoh: minum kopi di suatu pagi yang tenang. - ini juga satu moment yang perlu disyukuri).
![]() |
| Junk journal |
- Letak gambar kecil sebagai kenangan. Saya print gambar dari phone, tampal resit kalau minum di cafe atau apa sahaja supaya nampak lebih ceria dan decorate mengikut keperibadian kita. Contoh halaman di atas adalah kenangan saya ke outlet KTV di Pavilion Bukit Jalil buat kali pertama pada 17 Januari 2026 lalu.. Tampal resit dan gambar sekeping dua.
Halaman berikutnya lebih kepada journaling for self-reflection. Ia berfungsi sebagai ruang peribadi untuk menulis apa yang saya lihat, menilai tingkah laku seseorang atau apa yang berlaku di sekeliling saya. Ia juga sebahagian dari mental clarity supaya fikiran tidak bercelaru memikirkan perkara yang tidak perlu. Jadi saya boleh focus kepada sesuatu perkara lebih penting to avoid brain fog.
![]() |
| Sel-reflection Journaling |
Ini pula salah satu contoh saya menulis tentang erti tawakkul pada 26 February 2026 lalu. It can be a few lines like "Alhamdulillah for another day of life." or it can fill a whole page or more. Let your thoughts and feelings flow naturally. Kesannya, saya akan rasa more lighter because I already released the breath that I'm holding.
![]() |
| Gratitude journaling |
Journaling For Memory Keeping
Satu lagi buku (insert) khas saya gunakan untuk gambar kenangan. Tak perlu letak gambar besar-besar, saiz sederhana sudah cukup.
Ini my memory keeping pages..
![]() |
| Kenangan bersama officemate di Masjid Sri Sendayan |
Kenangan bersama officemates satu jabatan semasa buat video ucapan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Sri Sendayan pada 13 Mac 2026 lalu.
![]() |
| Journaling for Memory Keeping |
Overall journaling adalah antara salah satu hobi saya. Journaling bukan tentang siapa paling creative, journal siapa paling mahal atau pages siapa paling cantik tetapi ianya tentang bagaimana kita menggunakan journal itu ke arah sesuatu yang membawa manfaat kepada diri sendiri.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Cara Saya Guna Traveler's Notebook Sebagai Gratitude Journal & Memory Keeping. Thank you for reading.













Macam scrap book jugak la kan....boleh hias2 atau tulis apa sahaja yang terlintas.
ReplyDeleteYa Ezna, lebih kurang journal seperti scrap book but more specific journal begitu dipanggil junk journal..
DeleteWow..menarik..kalau Kak SA takut separuh jalan je..x consistent...
ReplyDeleteSaya pun kadang-kadang ikut mood, pada awalnya susah sikit nak consistent tapi dah biasa macam ada tak lengkap kalau tak journaling..
DeleteAwak sgt kreatif & sabar, kalau kena kat saya entah kemana² TN ni
ReplyDeleteTerima kasih Aynora, hehehe
DeleteLove..!! Suka sangat. Masa muda sikit dulu memang suka buat.
ReplyDeleteThank you Kak Hjh. Mulan.. :-)
DeleteSuka tengok benda kreatif macam ni. Stress relieving.
ReplyDeleteSetuju, therapy minda..
DeleteMenarik. Pelbagai jenis jurnal yang Puan LZ buat.
ReplyDeleteYa NA, ikut kategori lebih mudah focus..
DeleteSaya suka tengok perkongsian macam ini.. Terapi mata..
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Sha..
DeleteCantik journaling akak!
ReplyDeleteCuya ada juga journal, tapi macam diari dan reflective journal.
Kadang2 Cuya ingat Cuya akan tulis dan luahkan apa yang tak mampu luah dekat blog. Tapi buruk la journal Cuya sebab main conteng2 jer 🤣
Terima kasih Cuya.. Boleh juga begitu, janji ada tempat untuk voice out.. tulisan tak perlu cantik, asalkan kita faham apa yang ditulis, hehehe
DeleteSaya guna sticker yg ada emotions je. Kdg2 je tulis. Pilih emotion apa rasa haritu, contoh mimpi buruk buat moody. Saya pilih sticker kartun yg pegang selipar nak baling tu. Mcm tu je la 😆
ReplyDeleteBoleh juga begitu Syafiqa, comel.. Hanya ekspresi dari stickers, creative.
DeleteOrang2 kreatif je yang suka buat benda2 ni... dia perlu effort
ReplyDeleteBetul, effort dan minat kena ada uncle.. Kalau tidak cepat bosan..
DeleteRajinnya LZ. I tahu, buat jurnal ni byk fadhilatnya, antaranya mudah hafal & hadam apa yg dilihat/dibaca di sekeliling. Kwn I pun ada yg buat mcm ni, mmg nampak la kesan2 kebaikannya. Hihi.
ReplyDeleteAlhamdulillah, journaling ni salah satu medium therapy juga untuk LZ..
DeleteTeringin nak buat journaling macam ni tapi kita ni tak kreatif orangnya 😪
ReplyDeleteTak yah creative sangat pun, lain orang lain seni dia..
Delete