REVIEW NOVEL BEHIND CLOSED DOORS: DI SEBALIK RUMAHTANGGA SEMPURNA TAPI PENUH RAHSIA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya terpanggil untuk membuat review tentang novel yang telah saya baca beberapa bulan lalu. Novel ini mempunyai unsur pengajaran untuk dikongsi bersama pembaca. Ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan keganasan rumahtangga (domestic violence) yang kita dengar sejak kebelakangan ini bezanya kes itu dikategorikan sebagai penderaan fizikal.
Untuk makluman keganasan rumahtangga ialah perbuatan penderaan sama ada fizikal, emosi, seksual atau ekonomi oleh ahli keluarga atau pasangan (untuk mengawal mangsa) termasuk juga memukul, mengugut, mengurung dan memberi tekanan psikologi. Ia adalah jenayah, bukan isu peribadi dan tertakluk di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Jadi, saya kongsikan di sini ringkasan cerita, pengakhiran dan pengajaran penting dari cerita ini.
![]() |
| Behind Closed Doors by B.A. Paris |
Novel Behind Closed Doors by B.A. Paris ini mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Jack dan Grace yang nampak bahagia dan sempurna. Jack seorang peguam berjaya, penuh karisma manakala Grace seorang isteri yang elegan, lemah lembut yang sentiasa berada di sisi suaminya. Namun... semua itu hanya lakonan di mata umum. Di sebalik "closed doors", Grace sebenarnya hidup dalam ketakutan.
Bagaimana Jack mengawal Grace?
Apa yang membuatkan cerita ini menakutkan ialah semua bentuk kawalan yang dilakukan Jack boleh berlaku dalam realiti.
Sejak awal perkahwinan, Jack sebenarnya seorang lelaki yang sangat manipulatif dan obses dengan kawalan. Dia berkahwin dengan Grace bukan kerana cinta tetapi kerana mahu menguasai hidup seseorang sepenuhnya.
1. Mengasingkan isteri dari dunia luar
Jack tidak pernah membenarkan Grace hidup bebas.
- tiada aksess telefon
- tiada email peribadi
- tidak boleh keluar rumah seorang diri tanpa ditemani suami
Grace seolah-olah hilang dari dunia luar tanpa dia sedar.
2. Kawalan sepenuhnya dalam rumah
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat bertukar menjadi penjara.
- Ada bilik hukuman khas yang berkunci
- Setiap pergerakan dipantau
- Tiada privasi untuk diri sendiri
Grace hidup dalam ketakutan setiap hari apabila setiap gerak-gerinya diperhati.
3. Manipulasi psikologi (gaslighting)
- Jack berpura-pura menjadi suami sempurna di depan orang
- Membuat Grace seolah-olah kelihatan bahagia
- Memanipulasi emosi sehingga Grace hampir meragui dirinya sendiri.
4. Ugutan terhadap orang tersayang
Hubungan Grace dan adiknya Millie (pengidap sindrom down) sangat rapat. Jack menggunakan Millie sebagai alat untuk mengawal Grace. Dia sentiasa mengugut Grace untuk menjadikan Millie mangsa seterusnya.
5. Imej "perfect husband"
- Imej ini menyebabkan tiada sesiapa mengesyaki apa yang berlaku kepada pasangan ini kerana Jack sangat charming, disukai ramai dan nampak terlalu sempurna di mata orang luar.
![]() |
| Behind Closed Doors by B.A Paris |
Akhirnya tiba satu tahap Jack terleka, Grace merancang untuk melarikan diri. Grace mengatur strategi dengan memperdayakan Jack melalui bantuan pihak ketiga secara kebetulan. Kebenaran terbongkar dan Grace berjaya menyelamatkan diri bersama Millie.
Pengajaran dari novel ini
- Tidak semua yang nampak sempurna itu bahagia
- Penderaan bukan hanya fizikal tetapi melibatkan emosi dan mental
- Tanda red flags itu wujud dari awal iaitu terlalu mengawal, cemburu melampau dan mengasingkan pasangan dari dunia luar, bukan kerana rasa cinta tetapi untuk mengawal kehidupan seseorang.
- Sokongan sosial sangat penting. Mangsa yang terasing lebih sukar untuk keluar dari hubungan toksik.
- Perlu ada sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada pasangan.
For me, Behind Closed Doors bukan sekadar novel thriller tetapi ia adalah peringatan. Kadang-kadang bahaya tidak datang dengan wajah yang menakutkan tetapi dengan senyuman yang meyakinkan.
Regards,




Gaslighting tu bahaya, kdg2 dalam kalangan kawan2 pun ada
ReplyDeleteYa sebab gaslighting salah satu bentuk manipulasi emosi dan penderaan psikologi.. Selain kawan-kawan, boss juga ada perangai gaslighting ni..
DeleteSaya baca ulasan novel ini pun dah rasa seram. Kalau difilemkan, tentu boleh booommm!
ReplyDeleteSaya ada terfikir juga Amie, bagus kalau difilemkan seperti cerita Sharp Objects adaptasi dari novel..
DeleteIni kalau diadaptasi jadi muvi pest juga ni!
ReplyDeleteSetuju uncle, mesti best kann..
DeleteMacam pernah tengok movie omputih kisah begini. Pastinya hal begini benar² berlaku.
ReplyDeleteYa pasti pernah berlaku kepada pasangan di luar sana, ada logic juga..
DeleteRajinnya membaca, buka buka buka dunia..
ReplyDeleteBila membaca terasa berada di dunia mereka, hehehe
Delete