Monday, May 4, 2026

Review Novel Behind Closed Doors: Di Sebalik Rumahtangga Sempurna Tapi Penuh Rahsia

REVIEW NOVEL BEHIND CLOSED DOORS: DI SEBALIK RUMAHTANGGA SEMPURNA TAPI PENUH RAHSIA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya terpanggil untuk membuat review tentang novel yang telah saya baca beberapa bulan lalu. Novel ini mempunyai unsur pengajaran untuk dikongsi bersama pembaca. Ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan keganasan rumahtangga (domestic violence) yang kita dengar sejak kebelakangan ini bezanya kes itu dikategorikan sebagai penderaan fizikal manakala cerita dari novel ini lebih kepada penderaan emosi.

Untuk makluman keganasan rumahtangga ialah perbuatan penderaan sama ada fizikal, emosi, seksual atau ekonomi oleh ahli keluarga atau pasangan (untuk mengawal mangsa) termasuk juga memukul, mengugut, mengurung dan memberi tekanan psikologi. Ia adalah jenayah, bukan isu peribadi dan tertakluk di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Jadi, saya kongsikan di sini ringkasan cerita, pengakhiran dan pengajaran penting dari cerita ini.

Behind Closed Doors by B.A. Paris

Novel Behind Closed Doors by B.A. Paris ini mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Jack dan Grace yang nampak bahagia dan sempurna. Jack seorang peguam berjaya, penuh karisma manakala Grace seorang isteri yang elegan, lemah lembut yang sentiasa berada di sisi suaminya. Namun... semua itu hanya lakonan di mata umum.  Di sebalik "closed doors", Grace sebenarnya hidup dalam ketakutan.

Bagaimana Jack mengawal Grace?
Apa yang membuatkan cerita ini menakutkan ialah semua bentuk kawalan yang dilakukan Jack boleh berlaku dalam realiti.

Sejak awal perkahwinan, Jack sebenarnya seorang lelaki yang sangat manipulatif dan obses dengan kawalan. Dia berkahwin dengan Grace bukan kerana cinta tetapi kerana mahu menguasai hidup seseorang sepenuhnya. 

1. Mengasingkan isteri dari dunia luar
Jack tidak pernah membenarkan Grace hidup bebas. 
  • tiada aksess telefon
  • tiada email peribadi
  • tidak boleh keluar rumah seorang diri tanpa ditemani suami 
Grace seolah-olah hilang dari dunia luar tanpa dia sedar tetapi pada pandangan orang luar Jack seorang suami penyayang Dan memahami kerana sanggup meluangkan masa menemani isterinya ke mana sahaja.

2. Kawalan sepenuhnya dalam rumah
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat bertukar  menjadi penjara.
  • Ada bilik hukuman khas yang berkunci 
  • Setiap pergerakan dipantau
  • Tiada privasi untuk diri sendiri
Grace hidup dalam ketakutan setiap hari apabila setiap gerak-gerinya diperhati.

3. Manipulasi psikologi (gaslighting)
  • Jack berpura-pura menjadi suami sempurna di depan orang
  • Membuat Grace seolah-olah kelihatan bahagia
  • Memanipulasi emosi sehingga Grace hampir meragui dirinya sendiri.

4. Ugutan terhadap orang tersayang
Hubungan Grace dan adiknya Millie (pengidap sindrom down) sangat rapat. Jack menggunakan Millie sebagai alat untuk mengawal Grace. Dia sentiasa mengugut Grace untuk menjadikan Millie mangsa seterusnya. 

5. Imej "perfect husband"
  • Imej ini menyebabkan tiada sesiapa mengesyaki apa yang berlaku kepada pasangan ini kerana Jack sangat charming, disukai ramai dan nampak terlalu sempurna di mata orang luar.

Behind Closed Doors by B.A Paris

Akhirnya tiba satu tahap Jack terleka, Grace merancang untuk melarikan diri. Grace mengatur strategi dengan memperdayakan Jack melalui bantuan pihak ketiga secara kebetulan. Kebenaran terbongkar dan Grace berjaya menyelamatkan diri bersama Millie.

Pengajaran dari novel ini
  • Tidak semua yang nampak sempurna itu bahagia
  • Penderaan bukan hanya fizikal tetapi melibatkan emosi dan mental 
  • Tanda red flags itu wujud dari awal iaitu terlalu mengawal, cemburu melampau dan mengasingkan pasangan dari dunia luar, bukan kerana rasa cinta tetapi untuk mengawal kehidupan seseorang.
  • Sokongan sosial sangat penting. Mangsa yang terasing lebih sukar untuk keluar dari hubungan toksik.
  • Perlu ada sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada pasangan.

For me, Behind Closed Doors bukan sekadar novel thriller tetapi ia adalah peringatan. Kadang-kadang bahaya tidak datang dengan wajah yang menakutkan tetapi dengan senyuman yang meyakinkan.

 

Regards,

Share:

27 comments:

  1. Gaslighting tu bahaya, kdg2 dalam kalangan kawan2 pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sebab gaslighting salah satu bentuk manipulasi emosi dan penderaan psikologi.. Selain kawan-kawan, boss juga ada perangai gaslighting ni..

      Delete
  2. Saya baca ulasan novel ini pun dah rasa seram. Kalau difilemkan, tentu boleh booommm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada terfikir juga Amie, bagus kalau difilemkan seperti cerita Sharp Objects adaptasi dari novel..

      Delete
  3. Ini kalau diadaptasi jadi muvi pest juga ni!

    ReplyDelete
  4. Macam pernah tengok movie omputih kisah begini. Pastinya hal begini benar² berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya pasti pernah berlaku kepada pasangan di luar sana, ada logic juga..

      Delete
  5. Rajinnya membaca, buka buka buka dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila membaca terasa berada di dunia mereka, hehehe

      Delete
  6. mengerikan bila berada dlm keadaan rumahtangga cam ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure kenapa akak tak blh nak follow u. something i need to fix la kat blog i ni.

      Delete
    2. Minta dijauhkan dari kenal dengan manusia berperangai begini kann Kak Yan.. It's okay kak Yan tak boleh follow, mungkin ada quota Google dah tetapkan.

      Delete
  7. Menakutkan orang yang pijak semut tidak mati di mata orang ramai tetapi psikopat di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious menakutkan sebab orang tak akan percaya melihat dari cara layanannya di mata umum.

      Delete
  8. bila la nak rajin membaca ni. dulu2 suka baca novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membaca novel ni kena ada kegigihan Cie. Once dah terjebak, sehari suntuk mengadap, hehehe..

      Delete
  9. Takut ek. berapa lama lah dia amik masa nk lepaskan diri. mesti trauma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjaya lepaskan diri pun secara tak sengaja.. Boleh jadi seumur hidup trauma Tie..

      Delete
  10. Singgah sebentar https://belogsjm.blogspot.com/2026/05/segmen-satu-kata-chatgpt-tentang-blog.html?m=1

    ReplyDelete
  11. Menarik sangat novel ni.
    Sadly, banyak kes begini happening in our society :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH.. Para wanita kena ada awareness. Jangan kerana cinta dah nampak red flags pun diabaikan sebab rupa paras, kedudukan atau harta.. Merana seumur hidup jawabnya.

      Delete
  12. Jalan cerita menarik macam base on true story...sekarang kisah macam ni banyak di sekeliling kita..orang terdekat pun ada kena juga...macam- macam kisah..curang, isteri provider suami x bekerja eh macam- macam lagi la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bukan sahaja domestic violence tapi curang, isteri provider suami pun semacam satu musim.. Kena berwaspada.

      Delete
  13. Baca review LZ ja pun Sha dah stress.. belum baca novel ini lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sha, bila baca dalam kepala "what's next..." tak sabar nak tahu kesudahan nasib si Grace..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!