Friday, December 26, 2025

Bulan Haram Dalam Islam

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. Alhamdulillah dengan segala rezeki yang dikurniakan selama ini.. Syukur  atas segala kurniaanNya.. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai bulan haram yang baru saya tahu dari Ustaz Wadi Annuar.

Bulan Haram Dalam Islam

Apa Maksud Bulan Haram dalam Islam?
Firman Allah swt:

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, sebagaimana yang ditetapkan dalam Kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Daripadanya empat bulan adalah bulan haram. Itulah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan itu..” - surah al-Taubah: 36

Apa 4 bulan haram yang dimaksudkan?
1. Muharam
2. Rejab
3. Zulkaedah
4. Zulhijah

Mengapa dinamakan bulan haram?
Ia dinamakan sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan peperangan dan segala bentuk kezaliman pada bulan haram lebih dicela oleh Allah berbanding bulan-bulan lain.

Adakah dosa digandakan?
Menurut Ibnu Kathir, dosa-dosa maksiat pada bulan-bulan haram digandakan. (Tafsir Ibnu Kathir: 4/148).

Selain itu menurut Imam al-Razi RH - Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. - al-Razi, jil. 16, ms. 53.

Semoga kita semua dipelihara Allah swt sentiasa apatah lagi sepanjang bulan-bulan haram kerana dosa-dosa yang akan menjadi berganda-ganda di bulan haram ini. 

Regards,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!