Thursday, December 25, 2025

Percubaan Membuat Yorkshire Pudding

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Hari ini cuti Christmas dan esok mula bekerja semula.. Tahun ni saya tak ambil cuti tersepit sebab ada tugasan penting yang perlu diselesaikan. Cuti sehari begini, takde ke mana-mana, dan dikhabarkan highway Seremban jem teruk. Inilah motif malas keluar sebab jem. Entahlah Seremban highway menghala ke Selatan ni asyik memanjang jem teruk tak tahu apa puncanya.

Jadi di kesempatan cuti, saya merajinkan diri cuba resepi baharu iaitu Yorkshire Pudding. Ada sesiapa pernah makan Yorkshire Pudding? Yorkshire pudding ni seperti pancake biasa dimakan bersama steak, cicah black pepper sauce sebab rasanya plain, rasa telur. Kalau saya suka makan dengan kuah kari. Cara membuatnya hanya guna tiga (3) bahan asas sahaja ya puan-puan dan tuan-tuan.. Nampak mudah tapi agak tricky sebenarnya.

Yorkshire Pudding

Gambar di atas adalah rupa sebenar Yorkshire pudding, versi saya buat jadi atau tidak kita sama-sama tengok hasil kejadiannya..

Resepi Yorkshire Pudding
Bahan-bahan
1 buah mug / cawan
Tepung gandum
Susu
Telur
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak / minyak sayur
Esen vanilla (optional)

Adunan tepung, telur dan susu

Sediakan adunan 
1. Sukat tepung gandum dalam mug / cawan.
2. Masukkan beberapa biji telur dalam mug / cawan yang sama.
3. Masukkan esen vanilla dan secubit garam ke dalam telur.
4. Pukul telur hingga sebati.
5. Sukat susu dalam mug / cawan yang sama.
6. Campur telur yang dipukul tadi diikuti susu ke dalam bekas tepung gandum. Gaul sebati hingga tidak berketul.

Tutup aduanan untuk rehat

5. Tutup dengan plastik, rehatkan selama minimum 2 jam atau semalaman dalam peti ais.

Adunan dalam minyak panas

Cara masak
1. Panaskan oven pada suhu 200c anggaran 10 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam muffin pan.
3. Panaskan pan hingga minyak betul-betul panas.
4. Apabila minyak dalam pan dah panas, masukkan adunan dengan cepat.
5. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar pada suhu 180c api atas bawah selama 20 minit. No fan.

Jangan buka pintu oven selama adunan dibakar. Puding akan naik gebu dan garing. 
Bila nampak golden brown boleh keluarkan. Tadaaaaa inilah hasil kejadian -

Yorkshire Pudding versi tak berlubang

Kenapa Yorkshire Pudding saya buat tak jadi sangat? Yorkshire pudding sebenar lekuk atau berlubang di bahagian tengah seperti gambar di awal post ini.  Resepi semua betul cuma esen vanilla sahaja saya tambah biar tak bau sangat hanyir telur. Mungkin dari segi kepanasan oven atau teknik masak ada silap. It's okay masih sedap cuma rupa saja tak sama.. Don't give up, next time boleh cuba lagi. Practice makes perfect right.. Kalau ada antara pembaca tahu mana silapnya boleh share tips.

Begitulah cerita percubaan membuat Yorkshire Pudding mengisi hari cuti. Kalau uolls nak cuba ada banyak resepi Yorkshire Pudding ni, boleh tanya pakcik Google. Setakat ini sahaja perkongsian saya, until next time. Thanks for reading.. Have a great day everyone!


Regards,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!