Sunday, December 21, 2025

Big Bad Wolf Books di Sunway Pyramid Convention Centre

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Cerita semalam (Sabtu, 20 Disember 2025) ke Sunway Pyramid Convention Centre untuk pameran buku Big Bad Wolf.. Sudah semestinya saya tak akan lepaskan peluang jika berlangsung Big Bad Wolf berhampiran, akan ku gigih ke sana..

Big Bad Wolf at Sunway Pyramid Convention Centre

Big Bad Wolf kali ini diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026. Saya bertolak dari Seremban pukul 9.30 pagi untuk tiba di sana around 11.00 lebih macam tu demi mengelak jem dan masalah mencari parking.

Level CP3 Sunway Pyramid Shopping Mall

Saya parked kereta di CP7 iaitu roof top. Jadi menuju ke Sunway Pyramid Convention Centre agak mudah hanya menuruni escalator ke level CP3 dan seterusnya ikut sahaja jejak serigala jadian ini.

Big Bad Wolf Books Event - Millions of Books

Maka tibalah di Sunway Pyramid Convention Centre dengan beberapa kali nafas. Walaupun tak jauh dari Sunway Pyramid Shopping Mall tetapi disebabkan melalui parking lot yang berbahang maka tercungap-cungap juga. 

Sunway Pyramid Convention Centre

Masuk saja ruang pameran lupa sudah penat tadi, terus teruja bila lihat buku-buku yang disusun rapi terutama Christmas tree daripada buku-buku ini.. So heaven, syurga dunia!

Big Bad Wolf Books exhibition

Semasa saya tiba masih belum ramai tetapi bila waktu semakin memuncak ruang pameran mula dibanjiri manusia..

Big Bad Wolf Books Exhibition

Untuk mengetahui harga sesebuah buku di Big Bad Wolf adalah mengikut abjad, jadi bila kita rujuk sticker pada buku contoh abjad “J” maka buku tersebut berharga RM16.99 begitulah seterusnya.

Papan tanda harga di Big Bad Wolf Books

Ruang bahagian depan mempamerkan buku genre fiction kategori Best Sellers...

Susunan buku-buku yang dipamerkan 

Selain dikategori melalui genre, buku-buku yang dipamerkan juga diasing mengikut warna.. 

Another hall for books at Big Bad Wolf Books exhibition

Biarlah gambar berbicara sebab saya busy mencari buku-buku kegemaran saya iaitu genre fiction thriller / mystery.

Red books cover

Rambang mata, belek satu-persatu dengan sabar tanpa terburu-buru. Mujur ada helper (my son Arief) tolong tarik bakul.. 

Reality Date With A Book section

Siapa suka Blind Date With A Book boleh cari di sini.. Banyak pilihan buku-buku yang uolls boleh dating.

Blind Date With A Book section

I have spent about 4 hours membelek buku dari satu meja ke satu meja supaya tak terlepas pandang buku yang dicari, itu pun hanya focus pada genre fiction thriller sahaja. Kalau focus semua genre tak tahu pukul berapa keluar dari sini.

Big Bad Wolf Books - World's Biggest Book Experience

Bila puas hati dengan hasil yang dipilih, maka sudah sampai masa bayar dan cari jalan keluar. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 4.00 petang. Semakin ramai pengunjung mulai masuk ke ruang pameran dan keadaan mula sesak..

Escalator dari wing Sunway Pyramid Ice Skating

Untuk makluman pintu masuk dan keluar berbeza.. Bila keluar “eh macam mana kita boleh terus ada dalam shopping mall tak perlu meredah parking lot?” Hurrmmm tu laa tak buat research dulu sebelum ke sini. Sebenarnya ada laluan ke Sunway Pyramid Convention Centre dari dalam shopping mall. Ambil escalator dari Sunway Pyramid Ice skating naik ke atas, tak perlu berpanas ikut ruang parking lot lagi.. Hurrmmm bertabahlah..

Patung Mesir purba

Kali terakhir ke Sunway Pyramid bulan Mei lepas.. Patung Mesir purba ni tetap setia menjaga tiang di situ, simbolik Sunway Pyramid Shopping Mall.. 

Unboxing time! Inilah hasil dari Big Bad Wolf Books di Sunway Pyramid Convention Centre.. Tak banyak tapi berbaloi-baloi.. 

Books from Big Bad Wolf Books exhibition

Antara buku-buku pilihan saya:

5. All In (The Naturals, #3) by Jennifer Lynn Barnes

This is my current reading, The Seven Husband of Evelyn Hugo by Taylor Jenkins Reid.

The Seven Husbands of Evelyn Hugo by Taylor Jenkins Reid

Begitulah cerita tentang kunjungan ke Big Bad Wolf di Sunway Pyramid Convention Centre yang berlangsung dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 pagi. Kebetulan cuti sekolah, jadi sesuai sangat bawa anak-anak mencari buku aktiviti di sini. Siapa peminat buku yang ada berdekatan boleh singgah.

So apa aktiviti uolls this weekend, jangan lupa share di ruangan komen. 
Setakat ini sahaja cerita saya kali ini, until next time tata..


Regards,

Share:

1 comment:

  1. Fuh! 5 jam jugak ye kat sana... Kalau uncle sakit lutut dah tu!

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!