Friday, December 12, 2025

Lunch Meeting Bersama Wakil CMH Specialist Hospital di Arena Premier Suite Hotel Seremban

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Pada 9 Disember 2025 (Selasa) lalu, saya dan team Jabatan Modal Insan menyantuni jemputan lunch bersama wakil dari CMH Specialist Hospital yang diadakan di Arena Premier Hotel Seremban.

CMH Specialist Hospital atau Hospital Pakar CMH merupakan salah sebuah top private hospital di Seremban selain Columbia Asia Hospital Seremban dan KPJ Seremban

Taklimat bersama CMH Specialist Hospital Seremban


Pada tahun 1932, The Negri Sembilan Chinese Maternity Association telah menubuhkan sebuah pusat bersalin menggunakan dana awam. Pengerusi pertama ialah YBhg. Dato’ Wong Yik Tong.

Seterusnya tahun 1935, dua beradik dermawan dari Singapura iaitu Mr. Aw Boon Haw dan Mr. Aw Boon Par telah menderma RM17,000.00 untuk membeli bangunan dua tingkat dijadikan sebagai Negeri Sembilan Chinese Maternity Hospital (NSCMH). Bangunan hospital ini dinamakan Blok Aw Boon Har & Aw Boon Par.

Taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif CMH Specialist Hospital, Mr. Hendric Khoo

Perjumpaan hari itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif CMH Specialist Hospital iaitu Mr. Hendric Khoo. Mr. Hendric memberi taklimat berkaitan perkhidmatan perubatan dengan doktor-doktor pakar yang berpengalaman diambil berkhidmat di hospital ini.

Hospital ini juga bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan.

Untuk makluman CMH Hospital sedang dalam construction untuk dinaiktaraf menjadi hospital berprestij dengan ruang parking bertingkat dan lain-lain kemudahan modern bagi keselesaan pesakit dan pengunjung yang mendapatkan rawatan.

Maklumat lanjut berkenaan caj dan jenis rawatan serta maklumat lain boleh layari laman web CMH Specialist Hospital Seremban.

Arena Premier Hotel Seremban restaurant

Selepas taklimat, kami dibawa ke Arena Premier Hotel restaurant untuk lunch dan sesi beramah mesra.

Overall saya agak teruja dengan pakej perkhidmatan dengan caj rawatan juga agak berpatutan. Mereka juga menjanjikan perkhidmatan dan layanan terbaik untuk mereka yang menerima rawatan di sana. Baguslah jika ada pelbagai pilihan hospital di kawasan yang kian padat di Negeri Sembilan.


Regards,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!