Friday, December 19, 2025

Mohon Kekuatan Supaya Dapat Bersabar

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. Alhamdulillah syukur kepada Illahi masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti seharian.. Bila sebut sabar, banyak yang perlu kita kawal untuk kekal sabar. Kawal hati supaya tak beremosi, kawal otak supaya akal dapat berfikir dengan rasional. Bukan mudah untuk bersabar kerana ianya sebahagian dari ujian. Ujian pula untuk meningkatkan darjat seseorang manusia.

Limpahkanlah kesabaran

Bila reflex pada diri saya, sesuai dengan peningkatan usia.. Lately malas ambil tahu hal orang lain. Kecilkan circle pergaulan. Lebih kepada quality berbanding quantity. Sebelum ini bersikap contributor, sekarang lebih kepada observer. 

Bukan apa, belajar dari kesilapan lalu, akibat oversharing mudah percaya dengan orang yang kita anggap baik dan ikhlas akhirnya makan diri. Orang yang kita anggap baik itu belum tentu ikhlas, kerana dilihat lebih kepada ada agenda tersurat dan tersirat. Pepatah pun ada kata rambut sama hitam, hati lain-lain. Itulah dunia reality.

Malas layan but sorry to say a bee does not waste its energy trying to convince a fly that honey is better than shit.

Mujurlah ada dunia maya begini, boleh berekspresi.. Hati pun happy. Semoga dipermudah urusan kita dan ditingkatkan tahap kesabaran jua..


Regards,

Share:

2 comments:

  1. semoga baik2 sahaja buat LZ dan kita semua... jangan pendam lama2 luahkan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih mampu bersabar..
      Al-maklum, berdepan dengan dunia tipu-tipu ni Mek Yuhh hati kena kental, heheheh

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!