Wednesday, December 10, 2025

Masalah Failed To Follow The Blog di Blogger.com, Cuba Cara Ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. First of all saya nak tanya, siapa alami masalah "Failed To Follow The Blog" apabila percubaan follow blog ini tak berjaya? Ada berpendapat Google tetapkan Followers hanya 200 sahaja. Apa pun saya amat berbesar hati jika anda tinggalkan komen di post ini.. Saya nak cari punca sebenar masalah ini dan jalan penyelesaian yang sesuai. 
Failed To Follow The Blog Blogger.com

Bukan saya yang menghadapi masalah ini, tetapi rakan blogger saya, Sha Mohamed dari blog Kasihku Amani menyatakan di ruangan komen tidak berjaya follow blog saya.. Masalah ini timbul apabila pembaca blog tekan butang "Follow", kemudian muncul mesej ralat dan mereka tidak dapat mengikuti blog tersebut, so sad.

Komen Sha Mohamed

Saya mulai risau.. al-maklum sejak develop blog ini, saya start keep in touch untuk mencari rakan blogger lama dan baharu selain masalah ini boleh menjejaskan jumlah pengikut, engagement serta trafik blog terutama bagi blogger yang sedang membina komuniti seperti blog ini. Semasa saya membuat carian di Google, terpandang beberapa rakan bloggers lain seperti sis Suria Amanda (SA), ana-mizu dan sis Roziah @ Cie pernah mengalami masalah yang sama seperti Sha..

Precious Followers of dailyblissjournal.blogspot.com

Maka saya gigihkan diri untuk buat research demi mencari jalan penyelesaian masalah "Failed To Follow The Blog". Apa yang saya baca, ralat ini biasanya berpunca daripada tetapan akaun Google, masalah tema blog atau masalah browser. Jika ramai mengalami masalah sama, saya syak masalah blog ini berpunca dari tema blog. 

PUNCA DAN CARA MENGATASI MASALAH INI

1. Masalah akaun Google (Google account issues)
Berpunca dari login ke akaun Google yang tidak berhubung dengan profile Blogger

Cara atasi masalah ini:
(a) Pastikan anda masuk ke akaun Google yang betul, atau
(b) Logout dari semua akaun Google, kemudian login semula menggunakan satu akaun sahaja, atau
(c) Jika menggunakan telefon, buka link dalam browser mode, bukan dari Gmail.

2. Masalah Browser atau Device Issues
Kadang-kadang browser menyekat cookies atau menggunakan cache lama menyebabkan error Failed To Follow The Blog.

Cara atasi masalah ini:
(a) Refresh website page, atau
(b) Update browser contoh Chrome, Safari atau Firefox, atau
(c) Buka dalam incognito atau private mode, jika boleh follow, ini bermakna masalah datang dari cache atau extension, atau
(d) Clear cache dan cookies browser, atau
(e) Pastikan 3rd Party Cookies diaktifkan untuk Blogger.com.

3. Masalah Tema Blogger (Theme / Gadget Issues)
Jika masalah bermula selepas anda edit template, tukar tema, atau tambah code tertentu, ini mungkin puncanya.

Cara atasi masalah ini:
(a) Pergi ke Layout dan pastikan gadget Followers berada di Sidebar atau Footer, atau
(b) Tukar sementara kepada tema Default Blogger untuk uji jika gadget berfungsi, atau
(c) Matikan gadget atau custom script yang baru ditambah, atau
(d) Jika menggunakan template lama, gadget Followers mungkin tidak disokong lagi. Jadi pertimbangkan update template atau gunakan perkhidmatan Follow via email pihak ketiga.


Cara atasi masalah ini:
(a) Buang / matikan script atau pluggin yang baru dipasang, atau
(b) Semak sama ada terdapat html code yang tidak lengkap atau close tag yang hilang.

KESIMPULAN:

Pemilik Blog
Cara pastikan pengunjung boleh follow blog anda dengan pastikan gadget Followers dipaparkan dengan betul di bahagian Layout. Uji blog anda menggunakan 3 browser berbeza contoh Chrome, Edge dan Safari. Selain itu semak console error (untuk pengguna mahir). Jika semua cara tak berkesan, cuba pasang semula gadget Followers.

Pembaca Blog
Jika anda tak boleh follow blog saya, cuba login semula ke Google. Kemudian buka blog saya di Chrome atau aktifkan 3rd Party Cookies. Selain itu boleh cuba follow dalam incognito mode. Cara lain clear cache dan cookies.

Itulah antara jalan penyelesaian mengatasi masalah Failed To Follow The Blog yang dicadangkan. Semoga salah satu cara dapat menyelesaikan masalah ini. Jika anda masih menghadapi masalah untuk follow blog saya, sila tinggalkan komen dan saya cuba atasi dalam masa terdekat atau mungkin ada antara pembaca yang boleh beri bantuan bagaimana menyelesaikan masalah ini. Komen anda amatlah dihargai..

Thank you for your support!

Regards,

Share:

3 comments:

  1. Alhamdulillah sy berjaya memfollow blog LZ yg ini. Look at that!!. Hihi. Pernah dgr juga kes limit 200 tu, tapi andainya dah habis limit, sy tak risau sgt, sbb byk blog2 yg dah menyepi 10, 20 thn tu.. sy unflollow je utk dpt blk limit tu. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. Terima kasih Kak Hjh for your endless support 🥰.. Really appreciate it..

      Delete
  2. Saya tak ada masalah follow tadi. Bagus juga dibagi tips begini kak...

    Saya sendiri tak pasang button follow di blog, sebab tak ada. Kalau wordpress biasanya pakai button subscribe utk tahu postingan terbaru dari tulisan si blogger.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!