Sunday, December 14, 2025

A Well-Spent Sunday, Kegembiraan dan Kesyukuran

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ni uolls buat apa? My Sunday well spent so far dengan aktiviti-aktiviti berbeza dari hujung minggu sebelum ini. Sejak anak habis SPM baru boleh berjalan-jalan keluar.. Sebelum ini keluar pun terhad sebab risau dia ikut sekali nanti kena jangkitan, kang sakit tak dapat pergi class atau effect masa menduduki SPM.. Syukur alhamdulillah that phase is already over..

Cerita hari ini seawal pukul 7.30 pagi bertolak ke Port Dickson untuk beriadah melihat pantai, tenangkan minda.. Tak turun pun cuma tengok pantai dari dalam kereta saja. Puas meronda singgah breakfast di Apacaba Coffee Port Dickson.. 

Port Dickson

Ketika dalam perjalanan balik ke rumah singgah Speedmart cari barang untuk masak nasi ayam for lunch. Lama tak masak nasi ayam, teringin pula mencuba skill masak nasi ayam yang lama tak dipraktikkan. Sementara mood memasak berkobar-kobar, tiba saja di rumah terus ke dapur sediakan bahan-bahan, tak lama kemudian terhasillah nasi ayam versi asal boleh.. 

Nasi ayam
Timun dan tomato
Ayam goreng 

Sup, sambal dan kicap masih di periuk (takde dalam gambar).. Paling penting daun pandan dan daun sup ambil dari balkoni rumah saja.. Mari saya tunjuk pokok-pokok yang ditanam di balkoni rumah saya..

Pokok daun sup sebelum trim

Sambil petik daun sup untuk kegunaan sup nasi ayam, saya buang daun-daun yang kering biar tumbuh pucuk baharu.. Gambar sebelum trim rupa agak hodoh, lepas trim hensem semula pokok daun sup ni.

Pokok mint
Pokok pudina segar menghijau
Sebelah pokok pudina pokok ulam raja
Pokok ulam raja
Pokok mulberry pun ada dengan buah sekali

Gambar di bawah ini pula pokok dracaena reflexa (daun putih hijau) dalam pasu besar ni serasi letak di balkoni.. Semakin banyak cabang dia..

Dracaena reflexa dan tradescantia zebrina

Saya tanam pokok tradescantia zebrina (daun purple) sebagai penyeri. Tak sangka hidup meriah di atas balkoni dengan cuaca panas terik. 

Memandangkan masak nasi ayam simple, so selesai awal.. Saya belek-belek pula my indoor plants terutama di reading room.. Apa khabar agaknya mereka..

Indoor plants
Reading room indoor plants

Alhamdulillah semua indoor plants sihat, hanya perlu gembur tanah sikit-sikit dan siram untuk mengekalkan kelembapannya..

Monstera delicosa

Tiba-tiba perasan pokok monstera delicosa sedang mengeluarkan pucuk baharu tanda mereka happy, cukup pencahayaan dan air..

Oxalis triangularis

Ini pula pokok oxalis triangularis.. Mula-mula beli tinggal setangkai dua sahaja seperti hidup segan, mati tak mahu, tak sangka sekarang mula membiak dengan jayanya.. Cantik warna purple, daun seperti rama-rama..

Coco Chanel

Ini pula si Coco Chanel panggil Coco, orang sibuk membelek pokok, dia nyenyak tidur di stool kegemaran anak bulus.. Tengok si Coco teringat waktu petang begini minggu lepas, Chloe sedang nazak hingga tiba ajalnya, seminggu dah berlalu, hurrmmm sedih tak mau ingat lagi.. 

Hari ini lepas azan Asar hujan turun dengan lebat.. Alhamdulillah sejuk sikit petang ini. Makbul permintaan saya sebab setiap kali hujan saya kata alangkah baiknya kalau hujan Sabtu - Ahad, biar dapat rehat, tidur siang dengan selesa di rumah sambil makan-makan minum petang.. Hari ini tercapai permintaan saya, nikmat mana lagi yang kamu dustakan, alhamdulillah..

Okay, setakat ini sahaja cerita hari ini tentang Sunday.. Jumpa lagi dalam post akan datang, tata..


Regards,

Share:

10 comments:

  1. Cie pun lama tak masak nasi ayam. Walaupun kedai banyak je jual nasi ayam, sekali sekala nak jugak air tangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cie, bila masak sendiri puas hati dengan rasa dan kuantiti..

      Delete
  2. Fhm sgt kisah mukadimah tu. Time anak exam mmg dah mcm menjaga bakal pengantin, tak boleh keluar2 sesuka hati. Biasa klu anak3 I exam mmg semalaman la berjaga jadi alarm. Terkebil2 mata insomnia.
    Once all done.. lapang otak, terus reward diri sendiri.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak-mak memang begini kann.. Terasa lapang fikiran lepas anak habis exam..

      Delete
  3. Bestnya hijau je daun sup dan pudina... nk minum teh pudina petik je, nk mkn ulam petik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kakmim, happy bila ada stock di laman rumah, bila-bila masa boleh petik. Harap berkekalan laa hidup subur begitu 🥰..

      Delete
  4. tangan awak memang sejuk... semua menjadi kalau taman apa2 tanaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Mek Yuhh, tapi ada juga pokok tak serasi di tangan saya 😬..

      Delete
  5. Pernah cuba tanam pudina, tapi benih tak hidup. Best, bila nak, boleh petik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ tak pandai tanam pokok guna anak benih, langsung tak hidup.. Ya Tot, kalau tanam sendiri senang tinggal petik ja 😊..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!