Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Cerita semalam (Sabtu, 20 Disember 2025) ke
Sunway Pyramid Convention Centre untuk pameran buku
Big Bad Wolf.. Sudah semestinya saya tak akan lepaskan peluang jika berlangsung Big Bad Wolf berhampiran, akan ku gigih ke sana..
 |
| Big Bad Wolf at Sunway Pyramid Convention Centre |
Big Bad Wolf kali ini diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre,
Petaling Jaya,
Selangor dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026. Saya bertolak dari
Seremban pukul 9.30 pagi untuk tiba di sana
around 11.00 lebih macam tu demi mengelak jem dan masalah mencari
parking.
Saya
parked kereta di CP7 iaitu
roof top. Jadi menuju ke Sunway Pyramid Convention Centre agak mudah hanya menuruni
escalator ke
level CP3 dan seterusnya ikut sahaja jejak serigala jadian ini.
 |
| Big Bad Wolf Books Event - Millions of Books |
Maka tibalah di Sunway Pyramid Convention Centre dengan beberapa kali nafas. Walaupun tak jauh dari Sunway Pyramid Shopping Mall tetapi disebabkan melalui
parking lot yang berbahang maka tercungap-cungap juga.
 |
| Sunway Pyramid Convention Centre |
Masuk saja ruang pameran lupa sudah penat tadi, terus teruja bila lihat buku-buku yang disusun rapi terutama
Christmas tree daripada buku-buku ini..
So heaven, syurga dunia!
 |
| Big Bad Wolf Books exhibition |
Semasa saya tiba masih belum ramai tetapi bila waktu semakin memuncak ruang pameran mula dibanjiri manusia..
 |
| Big Bad Wolf Books Exhibition |
Untuk mengetahui harga sesebuah buku di Big Bad Wolf adalah mengikut abjad, jadi bila kita rujuk
sticker pada buku contoh abjad “J” maka buku tersebut berharga RM16.99 begitulah seterusnya.
 |
| Papan tanda harga di Big Bad Wolf Books |
Ruang bahagian depan mempamerkan buku
genre fiction kategori
Best Sellers...
 |
| Susunan buku-buku yang dipamerkan |
Selain dikategori melalui genre, buku-buku yang dipamerkan juga diasing mengikut warna..
 |
| Another hall for books at Big Bad Wolf Books exhibition |
Biarlah gambar berbicara sebab saya
busy mencari buku-buku kegemaran saya iaitu
genre fiction thriller / mystery. |
| Red books cover |
Rambang mata, belek satu-persatu dengan sabar tanpa terburu-buru. Mujur ada
helper (
my son Arief) tolong tarik bakul..
 |
| Reality Date With A Book section |
 |
| Blind Date With A Book section |
I have spent about 4 hours membelek buku dari satu meja ke satu meja supaya tak terlepas pandang buku yang dicari, itu pun hanya focus pada genre fiction thriller sahaja. Kalau focus semua genre tak tahu pukul berapa keluar dari sini.
 |
| Big Bad Wolf Books - World's Biggest Book Experience |
Bila puas hati dengan hasil yang dipilih, maka sudah sampai masa bayar dan cari jalan keluar. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 4.00 petang. Semakin ramai pengunjung mulai masuk ke ruang pameran dan keadaan mula sesak..
Untuk makluman pintu masuk dan keluar berbeza.. Bila keluar
“eh macam mana kita boleh terus ada dalam shopping mall tak perlu meredah parking lot?” Hurrmmm tu laa tak buat
research dulu sebelum ke sini. Sebenarnya ada laluan ke Sunway Pyramid Convention Centre dari dalam
shopping mall. Ambil escalator dari Sunway Pyramid Ice skating naik ke atas, tak perlu berpanas ikut ruang
parking lot lagi
.. Hurrmmm bertabahlah.. |
| Patung Mesir purba |
Kali terakhir ke Sunway Pyramid bulan Mei lepas.. Patung Mesir purba ni tetap setia menjaga tiang di situ, simbolik Sunway Pyramid Shopping Mall..
Unboxing time! Inilah hasil dari Big Bad Wolf Books di Sunway Pyramid Convention Centre.. Tak banyak tapi berbaloi-baloi..
 |
| Books from Big Bad Wolf Books exhibition |
Antara buku-buku pilihan saya:
5. All In (The Naturals, #3) by Jennifer Lynn Barnes
This is my current reading, The Seven Husband of Evelyn Hugo by Taylor Jenkins Reid.
Begitulah cerita tentang kunjungan ke Big Bad Wolf di Sunway Pyramid Convention Centre yang berlangsung dari 19 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 pagi. Kebetulan cuti sekolah, jadi sesuai sangat bawa anak-anak mencari buku aktiviti di sini. Siapa peminat buku yang ada berdekatan boleh singgah.
So apa aktiviti uolls this weekend, jangan lupa share di ruangan komen.
Setakat ini sahaja cerita saya kali ini, until next time tata..
Regards,
Fuh! 5 jam jugak ye kat sana... Kalau uncle sakit lutut dah tu!
ReplyDelete