Sunday, December 7, 2025

Chloe Pergi Selamanya, Catatan Sedih Kematian Kucing Kesayangan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi kisah sedih, kucing saya Chloe mati, huhuhu.. Sesungguhnya hanya pemilik kucing saja tahu bagaimana perasaan ini. As a cat owner bila kematian kucing kesayangan perasaan sedih yang amat hingga menangis sampai bengkak mata. Perasaan seperti meninggal orang tersayang, I tell you..

Vet For You Bandar Sri Sendayan

Al-kisah around 11.40 malam tadi, semasa saya update blog tiba-tiba anak saya Arief masuk ke bilik membawa Chloe (my Siamese cat). “Ma! Tengok kaki Chloe.. dia tak boleh jalan..” sambil diletaknya Chloe atas carpet. Ya Allah, lumpuh kedua-dua kaki belakang dia. Padahal baru 5 minit lepas elok dia keluar dari bilik menemani saya. Sejurus di lantai, Chloe terus bergerak dengan kaki depan untuk pergi tempat gelap menyembunyikan diri. Ketika itu kaki depan masih kuat. 

Saya panik! Kenapa boleh jadi macam ni? Arief kata tak tahu tiba-tiba nampak Chloe terbaring, apabila dia datang dekat, Chloe bergerak tapi kedua-dua kaki belakang lumpuh. Saya terus search di TikTok (lebih cepat) bagaimana rawatan kucing lumpuh. Semua tak membantu kerana kesudahannya tetap rujuk ke klinik. Search pula vet 24 jam area berhampiran, tapi takde vet buka 24 jam.. kebanyakkan tutup pukul 7.00 petang.

Mau atau tidak terpaksa tunggu esok. Sepanjang malam saya tak tidur lena. Arief pula memantau ke mana Chloe pergi. Chloe menyembunyikan diri dalam litter box. Saya biarkan kalau itu sahaja tempat paling selesa untuk dia waktu itu sementara menunggu hari siang. Jadi semua pun tidur apabila jam telah menunjukkan 12.30 malam.

Vet For You Consultation Room

Keesokkan hari iaitu hari ini, Ahad (7 Disember 2025) pukul 11.15 pagi saya terus ke Vet For You di Bandar Sri Sendayan. Membaca kepada review semua kata vet ini terbaik jadi saya cuba rujuk ke klinik tersebut. Doctor proceed dengan x-ray untuk mengesan punca lumpuh tetapi berdasarkan x-ray tiada fracture, semua normal. 

Bilik rawatan

Doctor pun tak dapat kesan punca sebenar tetapi doctor mengandaikan mungkin masalah blood colt pada saraf atau Feline Thromboembolism (FATE) atau neuro FIP. Sementara waktu doctor beri injection dan bekal beberapa jenis ubat iaitu Papase (anti inflammatory), Methylcobal (nerve supplement), Plavix (Clopidogrel) dan Clindamycin (antibiotic) untuk melihat perkembangannya. All together termasuk x-ray RM371.00. Next appointment minggu depan for full treatment. 

Invoice

Vet ni memang bagus kerana doctor bagi penjelasan satu persatu tentang langkah-langkah rawatan yang sesuai.

Ubat-ubatan

Tiba di rumah, Chloe semakin lemah. Langsung tak makan even bagi air guna syringe pun dia keluarkan semula. Walaupun lemah, Chloe gigih berjalan dengan dua kaki depan masuk ke litter box. Tak lama kedua-dua kaki depan pula mulai lemah. Saya cuba sokong dan urut muscle kakinya tapi masih tak menunjukkan sebarang perubahan hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir di depan saya. 

Gambar terakhir ketika di vet

Sedih tak terkata, baik sangat budak ni, manja, memahami, tak banyak karenah dan bijak. Lepas ni takde lagi suara memanggil minta cat treat stick “ma.. mama..” sambil menggeselkan badannya di kaki saya apabila saya balik dari pejabat. Bila teringat moment ini mengalir airmata walaupun redha daripada dia terus menderita. Tapi.... tetap tak percaya Chloe dah tiada, padahal semalam sihat bermanja-manja dengan saya. 

Tambah satu lagi tarikh kehilangan kucing tersayang dalam kenangan.. Tarikh 9 Oktober 2025 setahun Kenzo meninggalkan saya, kini Chloe pula pergi.. Ada lagi 5 ekor untuk hadap kesedihan yang diminta.. Kalau tahu sedihnya begini, memang saya tak mahu bela kucing.. sudah terlanjur so bertabahlah.

Lepas my husband tanam Chloe terus saya telan Panadol sebab sakit kepala akibat kurang tidur, skip lunch dan banyak sangat menangis. Slowly, the pain will ease as the days pass, inshaa Allah. 

Saya abadikan catatan sedih di sini sebagai kenangan.


Regards,

Share:

16 comments:

  1. I feel you...
    So sad, uncle pun dah bebebrapa kali kehilangan kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serik saya nak bela kucing lepas ni uncle, sedih teruk sangat..

      Delete
  2. Alahai sedihnya tetiba pulak lumpuh padahal sebelum tu sihat je, mungkin itu hanya asbabnya... salam takziah ya LZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakmim, LZ redha tapi bila teringat boleh meraung juga..

      Delete
  3. Alahaiiii kasiannya chloe. Tibe2 je lumpuh macam kena stroke je tapi penyakit kucing ada ke. Apa pun takziah ye LZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak notie.. Ya Chloe tiba-tiba lumpuh, doctor kata berpunca dari saraf macam manusia juga..

      Delete
  4. turut bersimpati atas apa yang terjadi..

    ReplyDelete
  5. tidakkkkkkk😭😭😭😭
    walaupun x bela kucing secara trs tapi sy fahammmm peritnya kehilangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear anies kalau tak bela kucing baik jangan bela.. Sedih dia lain machiam.. Saya dah tua pun boleh menangis teruk..

      Delete
  6. anak saya si putri pun macam ni, sebelum ni kucingnya Lily keluar rumah tak tahu bila dia keluar. cari satu taman x jumpa. dia punya tak nak makan xnk buat apa2 nangis ke panggil lily. Keesokan pagi ada kucing mengiau diluar... memang Lily, dah kena marah dekat si putri sambil peluk dan cium kucing kesayangan dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Lily pandai cari jalan balik.. Pada LZ lebih baik kucing mati dari hilang sebab kita tak akan berhenti bertanya di mana dia, sentiasa fikir keadaan dia.. Tak relax otak, huhuhu sedih..

      Delete
  7. Hugs for you..

    Owh ya.. sekadar nak maklumkan.. rasanya macam dah 2,3 kali singgah sini nak follow blog tapi tak dapat.. Dia tulis failed to follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha atas makluman.. Nanti LZ check apa masalahnya and try to fix the problem..

      Delete
  8. Kesian akk, jangan sedih lama2 ya. Cuya pon pernah rasa kehilangan kucing Cuya dilanggar kereta ayah tapi Cuya redha Allah pinjamkan kucing tu. Akhirnya Cuya pulangkan semula pada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cuya *hugs*.. Inshaa Allah masa berlalu akan heal perasaan sedih ini 😔

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!