Sunday, December 14, 2025

Lunch Bersama Officemate di Tea Garden Seremban Gateway

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya nak share cerita tentang lunch hour pada hari Jumaat (12 Disember 2025) lalu.. Lunch dengan officemate bertiga ke Tea Garden Seremban Gateway.. Lunch hari Jumaat merupakan masa yang ditunggu-tunggu kerana waktu lunch yang panjang. Hari Jumaat biasa lunch jauh sedikit dari office untuk take a break dari fikir tentang kerja di pejabat, tambahan pula hujung tahun musim mengejar deadline.. Semua nak cepat..nak cepat..nak cepat (baca dengan gaya seperti di TikTok).. 

Jadi kami bertiga gigih naik Grab car dari office ke Seremban Gateway untuk elak jam dan masalah susah cari parking.. 

Tea Garden Seremban Gateway

Semua sepakat makan di Tea Garden Seremban Gateway, salah satu lokasi makan yang agak mudah diakses dan sentiasa menjadi pilihan ramai. Seperti biasa sebelum masuk ke Tea Garden kena queue supaya waiter/waitress cari available seats..

Tea Garden Seremban Gateway

Suasana di Tea Garden selesa dan santai, sesuai untuk lunch ringkas tanpa tergesa-gesa. Walaupun datang pada waktu lunch, service tetap pantas. Biasa kena beratur panjang tapi kali ini tak berapa nak panjang terus dapat tempat duduk di bahagian luar.. Dapatlah pemandangan begini menghadap ke Taman Bukit Kaya..

Pemandangan dari Tea Garden

Belek buku menu di atas meja untuk mendapatkan jawapan "what to eat?", tetapi pesanan dibuat melalui QR code..

Menu di Tea Garden Seremban Gateway

Tak lapar teruk so order makanan light sahaja.. Saya order Vegetarian Hor Fun in Egg Gravy.. Makanan ni ringkas tetapi mengenyangkan dengan banyak sayur. Tengok gambar agak menarik..

Menu

Minuman pula tekak teringin tea ice kaw.. Jadi order Milk Tea with ice..

Milk tea with ice

Tak lama makanan pun sampai.. 

Vegetarian Hor Fun in Egg Gravy

Inilah rupa sebenar Vegetarian Hor Fun in Egg Gravy, tak sama pun macam gambar..

Milk tea ice

Teh ais okay, pekat, sedap dan kurang manis bukan versi potong kaki..

Nasi goreng seafood for my friend

My officemate memilih dua menu yang berbeza, bukan setakat nasi goreng seafood, member lapar teruk so order shumai sekali.. Seorang officemate lagi order set nasi lemak.

Shumai

Sedang syok bersembang dengan muka masing-masing ber-subtitle tiba-tiba robot ni datang tepi saya.. 

Robot 

Rupanya si robot hantar set nasi lemak ni.. Makanan saya dan officemate sorang lagi dihantar oleh waiter and waitress tapi set nasi lemak ni robot pula hantar double standard betul, hehehe
Mujur set nasi lemak lengkap dengan lauk, my friend said sedap.. Nasi lemak hidangan klasik yang sedap, sudah tentu mengenyangkan..

Set nasi lemak

Overall, pengalaman saya makan di Tea Garden Seremban Gateway ni so-so sahaja dari segi rasa, takde elemen wow sangat.. Kadang-kadang bukan soal makanan semata-mata, tetapi masa yang dihabiskan bersama rakan-rakan itulah yang menjadikan sesuatu moment yang bermakna.

Setakat ini sahaja yang ingin dikongsi bersama.. Thank you for reading.
Have a great weekend everyone!


Regards,

Share:

5 comments:

  1. byk cawangan tea garden skarang..dh pernah mkn 2x ada outlet dkt area opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Tea Garden Seremban Gateway ni pun dekat dengan office LZ, jadi bolehlah sesekali kalau teringin makan kat sini.

      Delete
  2. Hari tu nak lepak ngan suami kat sini..sekali tu lama plak beratur...sudahnya lepak Coffee Bean je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tea Garden Seremban Gateway memang memanjang beratur SA.. LZ dapat makan sini pun bila tengok queue tak panjang baru singgah, kalau tidak memang malas beratur lama..

      Delete
  3. macam biasa la klu tak keluar mencari makanan bukan LZ nama nya

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!