Thursday, December 11, 2025

Lunch di Daily Coffee Seremban 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah anak tunggal saya habis menduduki SPM, semalam kertas peperiksaan terakhir.. Lepas ni kena fikir pula hala-tuju kehidupannya sebab anak muda zaman sekarang (bukan semua) masih belum faham betapa kerasnya kehidupan.. Siapa tak mahu anak berjaya tapi saya pula tahu kemampuan anak. Telah lama saya belajar tak mahu terlalu berharap sebab kalau apa yang diharap tak dapat nanti kecewa. Jadi kena redha, sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang.. Apa yang penting sentiasa buat yang terbaik selagi mampu sama ada kita sebagai parents, anak atau pekerja.. Hati kena ikhlas, sentiasa berlapang dada, maka bahagialah hati kita..

Sebenarnya hari ini nak kongsi cerita lunch semalam (Rabu, 10 Disember 2025) dengan collegues. Lama tak makan sama sebab masing-masing sibuk, sorang Puan Bajet, sorang Puan Payroll, sorang Puan Billing bukan mudah menyatukan mereka semua..

So saya bawa mereka 'bersidang' di Daily Coffee cawangan Seremban 2.. Saya suka cafe ini sebab makanan so far sedap dengan portion banyak. Lagi pun suasana cafe tenang-tenang, tak bising.. Bersembang pun tak perlu jerit sampai tegang urat leher, hehehe

Daily Coffee Seremban 2 

Memandangkan saya belum review cafe ini di blog, so saya abadikan kenangan di sini.. Apa ada di Daily Coffee Seremban 2? Hurrrmmm macam-macam ada.. Selain banyak variety makanan, coffee di Daily Coffee juga sedap..

Daily Coffee 

Kalau uolls nak tahu, Daily Coffee Seremban 2 semakin dikenali antara cafe yang kerap dikunjungi oleh ramai pelanggan sekitar Seremban. Bila melangkah masuk, saya terus suka dengan dekorasi cafe yang simple dan aesthetic. Warna lembut, pencahayaan ruang dan susunan meja yang kemas memang menenangkan, tak serabut. Cafe ini juga sangat cozy dan Instagrammable.

Interior Daily Coffee Seremban 2
Interior Daily Coffee Seremban 2
Cozy and Instagrammable

Selain makanan dan minuman, pelbagai jenis kek dan manisan ada juga dijual di sini.

Cakes

Daily Coffee memang terkenal dengan pilihan coffeenya yang fresh dan aromatic.  

Signature Picks at Daily Coffee

Selain kopi, makanan di Daily Coffee juga tidak mengecewakan. Antara menu yang menarik selera saya Creamy Fish Fillet Soup with White Rice, Fish and Chip, Nasi Lemak with Ayam Berempah. Let me show you sebahagian dari menu.

Menu sajian di Daily Coffee Seremban 2
Creamy Fish Fillet Soup with White Rice
Creamy Fish Fillet Soup with Spicy Noodle
All types of Kerabu
Fried Rice with Ayam Goreng Berempah
Nasi Lemak with Ayam Goreng Berempah

Pesanan makanan lebih mudah dengan apps Daily Coffee. Sebelum pergi sini, download apps siap-siap. Boleh kumpul points dan terus buat bayaran di apps jadi tak perlu beratur tunggu cashier.

Inilah makanan yang kami pesan in real:

Creamy Fish Fillet Soup with White Rice
Fish and Chip with Fries
Nasi Goreng 
Ice lemon
Sparkling Juice

Dari segi harga di Daily Coffee masih lagi dalam kategori mampu milik untuk sebuah cafe modern. Portion pun besar, rasa sedap dan suasana yang selesa. Jadi saya rasa sangat berbaloi untuk dikunjungi. Lokasi juga sesuai untuk catch-up atau me time selepas kerja. Saya suka lepak di cafe begini baca buku atau update blog. Parking pun senang.

Okay setakat ini sahaja perkongsian cerita saya hari ini. Hingga bertemu lagi.


Regards,

Share:

9 comments:

  1. Jap... uncle lebih tertarik dengan design buku menu dia tu... Cantik oi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik cover menu Daily Coffee, truly Malaysian dengan citarasa Malaysia, gitu..

      Delete
  2. Cantik tema warna and deko cafe 💚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya suka tema begini, kehijauan dan ada unsur kayu.. aesthetic..

      Delete
  3. menarik jugak menu kat Daily Coffee ni nanti boleh la try pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie boleh search ada beberapa cawangan lain yang mungkin dekat dengan kawasan Cie..

      Delete
  4. sangat menarik deco dia... bila nampak menu kerabu meleleh air liur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far belum cuba kerabu lagi Mek Yuhh tapi bila tengok dari gambar menarik presentation set Kerabu..

      Delete
  5. Okey boleh tambah dalam wishlist...nama je orang Seremban SA ni...banyak tempat x tau ni...tolong la...tolong share banyak2 lagi ye...hahahah

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!