Sunday, December 7, 2025

P&C Kitchen Seremban 2, Ini Review Saya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Satu lagi pilihan tempat makan menarik muncul di Seremban 2. P&C Kitchen, restoran yang baru dibuka pada 28 November 2025 milik usahawan Melayu semakin meriah dengan pengunjung. Pada Jumaat, 5 Disember 2025 lalu, saya bersama Friday lunch buddy berkesempatan mencuba sendiri makanan di restoran ini. 

P&C Kitchen Seremban 2

Masuk saja ke dalam P&C Kitchen Seremban 2, saya suka dengan suasananya. Interior modern, kemas dan selesa. Suasana cozy, meja dan kerusi kayu ciri-ciri aesthetics. Ketika itu ruang bawah penuh jadi kami terus naik ke tingkat atas.. Faham waktu lunch, ditambah restoran baru tentu ramai pengunjung. Tingkat atas pun tak kurang juga ramai.

Alang-alang sampai hadap juga walaupun ramai, terus cari meja untuk dua orang. Pesanan melalui QR code atas meja, scan dan order through phone. Pilihan menu agak banyak dan semua pun menyelerakan sebab saya lapar tak boleh bawa bincang. Staffs pun ramah dan cepat melayan, walaupun ramai pelanggan.

Terdapat bermacam-macam menu pilihan, antaranya:

Asian Series
Seafood Lover
 
Menu penuh saya kira (sempat kira sementara tunggu makanan sampai) - 19 jenis assorted dessert, 8 jenis best P&C drink and dessert, 12 jenis pizza, 4 jenis salad selections, 7 jenis burgers, 8 jenis Mac and Cheese, 3 jenis seafood lover, 34 jenis Western, 3 jenis Asian Series, 10 jenis Rice Series, 13 jenis Snacking, 6 jenis Kid's Selection, 2 jenis dessert, 8 jenis Add On, 5 jenis Macha Series, 10 jenis Frappe, 18 jenis coffee / chocolate / matcha, 4 jenis hot tea, manakala 5 jenis P&C Signature Drinks, 3 jenis P&C Refreshing, 7 jenis fresh juice, 12 jenis minuman lain dan 5 jenis milkshake.. 

Boleh juling biji mata drooling menu satu-persatu.. variety of foods sesuai dengan tagline dia "Good Food, Good Mood".

P&C Signature Drinks
P&C Refreshing

Walaupun breakfast pagi itu makan nasi goreng tapi entah kenapa lapar teruk. Saya order Spaghetti Carbonara with Grill Lamb (RM36.90) dan Spritzer mineral water with ice (RM3.30). My friend order Grilled Chicken Chop with Black Paper Sauce  (RM21.90) and Spritzer mineral water too. 

Memandangkan ramai pengunjung, masa menunggu juga agak lama plus minus 45 minit baru dapat makanan.

Spaghetti Carbonara with Grill Lamb 

Kiri kanan orang bercakap menjerit-jerit. Selalu masuk restoran takde la bising sangat. Ruang restoran takde soundproof kot.. Tempat duduk pula di bahagian tengah, kiri kanan ada kerusi meja pengunjung lain bercakap bertambah berdesing telinga. Suara hingar-bingar memang bising I tell you

Rasa makanan? Berbaloi menunggu dengan suasana bising, mujur makanan sedap dan tak muak.. Portion banyak, presentation kemas dan paling penting tanpa over seasoning. Sos carbonara sedap, terasa black paper not too strong. Walaupun nampak thick and creamy tapi tak muak.. Memang sedap sampai habis bersih saya makan. Jarang berlaku. Kalau anda jenis tak suka makanan terlalu heavy, restoran ni memang kena dengan selera. 

Best restoran ni tambahan pula lokasi strategik, terletak di kawasan komersial baharu di Seremban 2. Banyak tempat parking. Jadi kalau lunch break, small gathering atau bila rasa nak makan santai hujung minggu, sangat sesuai. For me, cawangan baru P&C Kitchen Seremban 2 ini definitely worth a try. P&C Kitchen ada potensi besar untuk jadi antara spot makan pilihan warga Seremban.

Selain di Seremban 2, P&C Kitchen ada cawangan lain di Eco Ardence Shah Alam, Eco Grandeur Puncak Alam, MH Platinum 3 Setapak, Kuala Lumpur dan Bukit Sentosa Rawang, Selangor. Seremban 2 merupakan cawangan ke-5. Kalau anda belum pernah cuba, boleh singgah di mana-mana cawangan bila ada masa. Siapa tahu mungkin ada favourite dish baharu.

Overall saya berpuas hati dengan makanan yang dipesan. Walaupun bising mungkin boleh repeat lagi mana tahu next visit tak sebising kali ini. Okay, setakat ini sahaja cerita tentang P&C Kitchen Restoran Seremban 2.. Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cerita baharu. 

Have a great weekend everyone and take care.


Regards,

Share:

4 comments:

  1. uniknya nama restoran ni. menunya pun nampak menarik! boleh lah saya singgah kalau ter sampai kat area seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila orang tanya “Lunch pergi mana?..” Kita jawab “P&C”.. unik nama diberi kann..

      Delete
  2. Macam2 jenis makanan dan minuman ada tu. Cie ni sejenis tak selesa kalau makan dalam suasana bingit macam tu. Kita nak makan tenang2 kan.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan jenama.pakaian P&Co under Padini tu..rupanya restaurant makanan..menu semua nampak menarik la..boleh la SA lepak sini plak nanti..incase ada special occasion...

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!