Thursday, December 4, 2025

Rebrand Nama Blog Saya Tapi Blog Masih Relevankah di Era Social Media?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. mukadimah biasa di awal penulisan saya. Untuk pengetahuan pembaca, saya baru saja buat satu keputusan besar dalam dunia blogging saya iaitu tukar nama blog untuk ke sekian kali, hurrmm malas kira tapi itulah boleh kata untuk kesekian kali.. 

Siapa mengikuti perjalanan blog saya tentu tak hairan dengan perubahan ini, small matter for me. Bukan sebab blog lama membosankan tapi sebab diri sendiri terasa ingin nama baru, seiring dengan usia dan sesuai dengan situasi semasa, gitu alasan saya..

Flashback perjalanan blog saya bermula dengan blog Whatever Apa-Apa Sahaja, kemudian Lady in Red Planner dan percubaan untuk tukar nama dan import content blog Lady in Red Planner ke blog The Good Life Goals tak kesampaian kerana tidak direstui oleh Google.. dan tanpa putus asa, kini nama baru Daily Bliss Journal tercipta sebagai sebuah ruang perkongsian topik lifestyle, self-care, home decor, journaling, gratitude atau perkongsian pengalaman tentang suka duka kehidupan yang penuh makna. 

Related post: Google tak restu pindah url blog baharu


Daily Bliss Journal

Nama blog dulu pernah jadi representasi diri saya pada waktu itu. Jadi demi mengikut peredaran waktu, saya pun bercadang untuk re-brand. Kata orang out with the old label, in with the new vibe.. Takpe la bermula dari awal, slow and steady melainkan kalau ada halangan dari Google memang tak boleh elak terpaksa u-turn. 

Tapi persoalannya, adakah blog masih relevan sekarang?

Jujur kata, saya  pun tertanya-tanya. Kita hidup dalam era di mana semua benda nak cepat, serba pantas. Cuba teliti, TikTok scroll, Reels 30 saat, tweet 280 aksara, caption Instagram pun orang skip. Social media is loud, blog is calm. Social media is instant. Hanya blogger tegar sahaja setia dengan blog mereka, termasuk saya.

Sehingga kini saya masih percaya, blog masih relevan untuk mereka yang ingin membaca, bukan sekadar melihat. Blog masih jadi rumah untuk berkongsi cerita panjang lebar, bukan sekadar highlight 10 saat dan paling penting.. blog masih relevan untuk saya sebab menulis buat hati saya puas, social media tak mampu beri semua itu.

Kalau kata menulis, platform Facebook, Twitter, Thread pun boleh tapi tak sama seperti menulis di blog. Rakan-rakan blogger saya tak sama seperti di social media. Bila baca cerita rakan bloggers di blog mereka, terasa lebih dekat berbanding di social media.. hanya gambar tanpa bicara.

Walaupun ada yang mengatakan blog sekarang ni dah jadi niche atau trend lama , it's fine sebab saya menulis bukan sebab trend tapi saya menulis sebab saya suka kerana blog saya bukan untuk mengejar viral atau viewers. Blog saya wujud untuk jadi paling real. 

Begitulah serba sedikit mukadimah untuk blog ini.. Bagaimana pula pendapat rakan bloggers yang lain. Adakah anda seperti saya atau sebaliknya? Jadi besar harapan saya supaya anda tak kira followers di blog lama atau followers baru, sangat dialu-alukan untuk follow saya di blog ini, tanda saya masih relevan kepada pembaca dan tanda saya sebenarnya tidak menulis sendirian. Andalah semangat saya. 

Thank you for your support!

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Share:

9 comments:

  1. Blog lain.. pada uncle blog lebih personal... lebih jiwanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju dengan uncle.. Blog ada sentimental value tersendiri..

      Delete
  2. Sy prefer blog sbb kita boleh baca balik, sy jenis x suka tgk video... kalau nk google info pun mmg akan ke browser bkn YT... hanya kita-kita ni je la yg appreciate blog, xpee... sy follow sejak di blog lady dulu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with you KakMim.. Terima kasih banyak sudi support LZ sehingga kini..

      Delete
  3. Replies
    1. Thank you so much Mek Yuh for your endless support..

      Delete
  4. Once a blogger, always a blogger gittewww...
    Hahahaa siapa yang kenal LZ memang dah faham dah sekelip mata boleh bertukar nama blognya.
    Pendapat Mrs. A masih suka menulis di blog lebih jiwanya bak kata Uncle Gedek.
    Lagipun blog masih ada peminat setianya macam kita-kita ni ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mrs. A hanya kita-kita saja dapat memahami dan menjiwai blog.. Anyway, thank you so much for your support..

      Delete
  5. Salam perkenalan. Baru follow sini. Blog relevan je sekarang ni masih ramai je berblog walaupun teknologi video menguasai.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!