Monday, December 8, 2025

Royal Canin Urinary Mengandungi Pork, Penting Untuk Pemilik Kucing Muslim Tahu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Terima kasih atas kata-kata semangat yang ditinggalkan pada ruangan komen di post saya sebelum ini. Hari ni, hari pertama Chloe tak sambut saya balik dari pejabat, sunyi sepi amat dirasai.

Balik dari pejabat terus ke Vet For You untuk beri semula ubat Chloe yang tak sempat digunakan langsung. Staff di meja registration menyangka saya nak refund which is not allow tapi niat saya bagi saja kepada pet owner lain yang lebih memerlukan daripada saya simpan bertambah sedih bila dipandang.

Dalam masa yang sama, saya tegur tentang harga yang dipaparkan tak sama dengan apa yang dibayar. Jawapan staff dah naik harga tapi belum update harga baharu yang dipaparkan. Saya pun bertanya, "tahu tak wet food Royal Canin Urinary yang saya beli semalam contains pork?" Itu pun lepas saya baca kandungan baru saya tahu. Pernah dengar sebelum ini tapi saya sangka hanya untuk kibbles, tak sangka wet food pun ada.

Royal Canin Urinary

Staff jawab "ya product RC memang ada pork.." Saya tanya, "kenapa tak letak label? or at least kalau pelanggan Muslim beli just highlight.. then terpulang kepada mereka buat keputusan sama ada tetap nak beli atau tidak, at least sudah diberitahu. Rasa serba-salah sebab saya terberi Chloe makan. Semalam Chloe takde tenaga jadi di klinik hanya jual wet food paket jenis RC sahaja. Saya beli 2 paket. Saya paksa dia makan.. Walaupun agak klise menyamakan hukum orang Islam  dengan haiwan tapi saya tetap tak mahu kucing kesayangan saya consume pork. Tangan yang menyuap dan terpegang daging semalam pun kena samak satu hal. Staff tadi jawab, "takpe kak, pork makanan kucing ni dah diproses so boleh dimakan dan akak tak perlu samak." Biar betul dik..

Royal Canin contains pork

Pada pemahaman saya pula, kalau tidak kenapa Mark & Spencer kasut dan handbag yang diperbuat daripada pig skin diletak tanda. Adakah itu bertujuan supaya orang Islam tidak menyentuhnya?  Bukankah kasut dan handbag pun dari kulit babi yang telah diproses? Malas argue sebab saya pun bukan ahli yang layak untuk berhujah membetulkan fahaman orang lain tentang hukum agama. Sekurang-kurangnya saya dah tegur dan bukan semua orang Islam tahu bahawa Royal Canin contains pork.

Sudah terang lagi bersuluh takde guna code bagai, terang-terang tulis "contains pork".. So as a Muslim berwaspadalah regardless tanggapan orang tentang "alah tak kisah kalau kucing makan babi" gulp! Apa pun don't get offended dengan apa yang saya kongsi di post ini. 

Thank you for reading and have a nice day!


Regards,

Share:

2 comments:

  1. Ubat2an untuk kucing juga kebanyakannya ada unsur pork.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru tahu kalau ubat kucing ada pork. Saya masih khilaf dengan perubatan dan kandungan pork dalam makanan dan ubat-ubatan kucing.. Saya perlu cari lebih maklumat tentang hal ni.

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!