Friday, December 5, 2025

Salam Jumaat Penuh Barakah & Motivasi Diri Hari Ini

Salam Jumaat kepada semua pembaca blog ini. Pagi ini terkejut dengan berita kematian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar bin Radin. Salam takziah kepada keluarga beliau. 

Setiap kali tiba hari Jumaat, saya selalu rasa vibe yang lebih tenang, rasa syukur (selain gambira sebab lunch hour lebih panjang berbanding hari biasa)..

Salam Jumaat

Bagi saya, Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari, tetapi hari yang baik untuk muhasabah diri, melihat kembali apa yang kita lakukan sepanjang minggu.. Pada hari Jumaat, saya suka mengingat kembali apa yang telah saya capai minggu ini, apa yang perlu diperbaiki dan apa sahaja perkara yang perlu diubah supaya menjadi lebih baik..

Saya akan luangkan sedikit masa mengirimkan doa. Antara doa saya suka baca setiap Jumaat:

“Ya Allah, lapangkanlah hati kami, mudahkanlah urusan kami sekeluarga dan berkatilah setiap langkah kami.”

selain doa kepada orang tersayang yang sudah tiada.

Saya belajar bahawa semakin banyak kita mensyukuri nikmat kecil, semakin besar ketenangan yang saya rasa.

Akhir kata, semoga setiap pembaca blog ini diberi ketenangan dan kebaikan. Semoga dipermudah urusan, dilapangkan hati dan hidup sentiasa diberkati.


Regards,

Share:

8 comments:

  1. amin.... semoga kita sentiasa dirahmati dan disayangi

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun... dari Allah kita datang kepadaNYA kita kembali. Samalah Mrs. A pun terkejut baca dari perkongsian FB story Amy search pagi tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak terkejut sebab tak dengar arwah sakit..

      Delete
  3. Jumaat kan penghulu hari... ofkos rasa lain vibesnya

    ReplyDelete
  4. salam jumaat yang penuh keberkatan.. mudah-mudahan kita semua sentiasa di dalam rahmat-Nya

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!