Wednesday, December 10, 2025

Sambutan Belated Birthday Officemate di The Urban Affairs Cafe Seremban 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Cerita kali ini tentang sambutan birthday tertangguh untuk staffs Jabatan Modal Insan (JMI). Belated birthday celebration dari bulan Ogos hingga November 2025.

The Urban Affairs cafe Seremban 2

Sebenarnya lama sudah boss JMI plan untuk birthday lunch tetapi disebabkan kesibukan melampau maka terpaksa ditangguhkan dari sebulan ke sebulan hingga sedar tak sedar sudah masuk bulan Disember.

Chicken Grill with Carbonara

So 8 December 2025 (Monday) during lunch hour kami ke The Urban Affairs cafe di Seremban 2.. My favorite place.. Kami pilih cafe ini kerana suasananya yang tenang, dekorasi modern dan pilihan makanan yang sedap tanpa perlu menunggu lama. Ruang cafe pula sederhana besar tetapi cozy, sesuai untuk sambutan ringkas.

Spaghetti Bolognese Meatball

Kami memesan beberapa hidangan seperti pasta, sandwich dan spaghetti.. Antara hidangan menjadi kegemaran ialah Chicken Grill with side dish. Ini pula menu member sebelah, Spaghetti Bolognese Meatball..


Nasi goreng ayam for the only guy in our department.

Meals

Officemate dengan menu kegemaran masing-masing. Keseluruhan staffs JMI tak ramai hanya 11 orang. Cafe ini selalu tak menghampakan, sentiasa mengekalkan vibe santai yang membuatkan kami boleh berbual-bual panjang tanpa gangguan.
 
Mine

Ini menu saya, Chicken Grill with Carbonara and apple asam boi kurang manis.. Bila semua dapat makanan masing-masing, terus baca doa dan makan sebab kesuntukan masa memandangkan lunch hour hanya 1 jam.

Sebelum ke cafe ini, saya singgah di Baker’s Cottage untuk beli kek.. Kek dipilih jenis tiramisu sebab pernah menjadi kegemaran semua orang..


Baker's Cottage Seremban 2

Inilah rupa kek tiramisu belated birthday babies bulan Ogos hingga November 2025.

Tiramisu cake

Selesai makan dan potong kek, sesi penyerahan birthday cards dari syarikat oleh Ketua Jabatan kemudian kami bersurai pulang semula ke pejabat. Walaupun sambutan sederhana tapi suasana sangat selesa.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis sambutan belated birthday untuk staffs JMI.. Walaupun diraikan lewat, birthday officemate kami tetap meriah dengan ucapan. Kami sempat mengambil beberapa gambar untuk dijadikan kenangan dan paling penting hari itu semua staffs JMI dapat meluangkan masa lunch bersama. Aktiviti kecil seperti ini membantu saya meghargai perkara-perkara kecil dalam hidup yang menjadi kenangan suatu masa nanti. Anyway, terima kasih daun keladi Puan Boss, ada rezeki boleh belanja kami lagi, hehehe


Regards,

Share:

1 comment:

  1. Seronok buat sambutan camni. Semua orang diraikan. Makanan pun sedap2 & meriah tu.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~ Feel free to visit my blog again.. Thank you very much!