Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Siapa antara pembaca penggemar kek sarang semut seperti saya?. Saya pula sejenis kalau suka dengan sesuatu makanan saya akan cuba buat sendiri sampai jadi.. So berbaloi-baloi, bila teringin makan boleh buat sendiri.
Begitu juga dengan kek sarang semut. Baru-baru ini saya baked kek sarang semut untuk makan sendiri dan bawa sedikit ke pejabat bagi officemate rasa.. Resepi saya kongsi ni versi simple tapi sedap.
![]() |
| Kek Sarang Semut |
Memandangkan resepi kek sarang semut terlalu banyak version, saya cuba setiap resepi satu persatu, trial and error sebelum dapat resepi guarantee jadi. Hasil sempurna bila kek naik cantik dan bersarang penuh.
Sebenarnya rahsia atau tips kek bersarang cantik terletak pada skill semasa combine semua bahan, perap adunan dan tapis. Kaedah memasak pula saya suka versi kukus berbanding bakar. Mujur ada pengukus Giselle yang banyak berjasa.
![]() |
| Pengukus Giselle |
Siapa suka boleh cuba resepi ini.
1 cawan gula putih
1 cawan air panas
Bahan-bahan
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/3 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat / baking soda
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit mentega untuk sapu di permukaan loyang
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat
2. Masak gula putih sehingga perang dan larut
3. Bila gula dah perang, masukkan air panas sedikit demi sedikit (hati-hati merecik). Kacau perlahan-lahan biar gula larut sekata. Masukkan sekali mentega hingga larut. Kemudian tutup api, ketepikan.
4. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau perlahan hingga sebati.
5. Bila telur sebati, masukkan esen vanilla.
6. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau rata.
7. Masukkan campuran gula karamel dan kacau sebati.
8. Tapis adunan ke dalam bekas lain supaya tak berketul. Tutup dan perap adunan sekurang-kurangnya 1 jam.
9. Sediakan loyang, sapu mentega / lapik dengan baking paper.
10. Selepas 1 jam, tuang adunan ke dalam loyang dan sedia untuk dikukus.
11. Kukus selama 1 jam hingga masak.
12. Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih tanda kek dah masak.
Kaedah 1 - 10 sama cuma kaedah memasak saja berbeza.
Bakar dengan api bawah sahaja selama 20 minit pertama dengan suhu 160c
Selepas 20 minit, tukar kepada api atas bawah dan teruskan bakar hingga masak. Anggaran 20 minit atau mungkin kurang. Letak adunan di bahagian tengah oven semasa bakar.
Hasilnya kek sarang semut yang sedap dan kurang manis.. Selamat mencuba!
Regards,




Versi kukus sedap kan. Lembut bersari
ReplyDeleteBetul kak notie sebab tu LZ suka versi kukus berbanding bakar..
Deleteaduh feveret saya.. nampak cantik gebu dalam acuan tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah cantik hasil kejadian dan rasa pun sedap.
DeleteNampak cantik kejadiannya...suka makan tapi x pandai buat...
ReplyDeleteSatu hari nanti SA bolehlah mencabar diri buat kek ni.. Ikut step by step inshaa Allah jadi..
Deletekenapa saya x dapat rasa? hehehehhe
ReplyDeleteNext time LZ bagi Mek Yuhh rasa ea 😊
DeleteFavourite ni. Semua versi sedap.
ReplyDelete