Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah cerita hari Khamis bersamaan 4 Disember 2025, saya ambil cuti sebab ada urusan di Public Mutual Seremban.. Selesai urusan, singgah di Seremban Landscape Seremban 2.. Akhirnya saya berkesempatan juga untuk singgah buat pertama kali. Ini merupakan branch ke-2. Branch pertama di jalan ke Kuala Pilah.
Sebagai seorang yang minat indoor plants dan suka suasana nursery yang tenang, saya teruja dengan cawangan baru Seremban Landscape di Seremban 2 yang luas ini..
![]() |
| Seremban Landscape & Nursery Seremban 2 |
![]() |
| Pokok T20 |
![]() |
| Pokok hiasan |
![]() |
| Indoor plants |
![]() |
| Bunga-bungaan |
![]() |
| Rambang mata |
![]() |
| Pokok bunga cantik |
![]() |
| Lucky bamboo |
Selain pokok-pokok, terdapat ruang menjual pasu-pasu hiasan yang cantik. Rambang mata dibuatnya..

Harga pokok-pokok hiasan di sini agak berpatutan.. Salah satu perkara buat saya excited ialah pilihan untuk menjadi member Seremban Landscape. Ada 2 jenis harga iaitu normal price dan member price. Saya tak melepaskan peluang menjadi ahli untuk dapat harga istimewa.. Semasa membuat bayaran, saya daftar on the spot. Harga member jauh lebih murah berbanding harga biasa. Jimat banyak gais!
![]() |
| Membership di Seremban Landscape, Seremban 2 |
Apa yang saya suka, tiada bayaran untuk keahlian, hanya beli tanah atau baja terus dapat diskaun. The best part, ada promo exclusive untuk ahli. Puas membelak dan membeli pokok idaman, terus pulang ke rumah.. Tak sabar untuk re-pot dan susun di balcony rumah..
Sesiapa yang tinggal di area Seremban 2, cawangan baharu ini memang convenience. Parking pun mudah, tak sesak dan ruangnya pun selesa untuk bawa keluarga.
Related post: Beli pokok hiasan di Seremban Landscape and Nursery
Overall, kunjungan pertama saya ke Seremban Landscape Seremban 2 memang berbaloi dan puas hati. Saya pasti akan datang lagi terutama bila nak tambah tanaman baru di rumah. Kalau anda berada di Seremban, saya sangat recommend untuk singgah dan jika suka boleh daftar sebagai member juga, for me memang berbaloi.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,











aduhh.. sebagai salah seorang peminat pokok-pokok, rasa sangat teruja dengan nursery yang interior tersusun kemas macam ni.. rambang mata tengok. lama betul tak ke seremban, pernah tinggal di seremban tahun 94..
ReplyDeleteKalau rindu datang Seremban boleh singgah mencuci mata di sini..
Delete