Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah cerita hari Khamis bersamaan 4 Disember 2025, saya ambil cuti sebab ada urusan di Public Mutual Seremban.. Selesai urusan, singgah di Seremban Landscape Seremban 2.. Akhirnya saya berkesempatan juga untuk singgah buat pertama kali. Ini merupakan branch ke-2. Branch pertama di jalan ke Kuala Pilah.
Sebagai seorang yang minat indoor plants dan suka suasana nursery yang tenang, saya teruja dengan cawangan baru Seremban Landscape di Seremban 2 yang luas ini..
![]() |
| Seremban Landscape & Nursery Seremban 2 |
![]() |
| Pokok bromeliad (pokok T20) dan pokok puding |
![]() |
| Pokok hiasan |
![]() |
| Indoor plants |
![]() |
| Bunga-bungaan |
![]() |
| Rambang mata |
![]() |
| Pokok bunga cantik |
![]() |
| Lucky bamboo |
Selain pokok-pokok, terdapat ruang menjual pasu-pasu hiasan yang cantik. Rambang mata dibuatnya..

Harga pokok-pokok hiasan di sini agak berpatutan.. Salah satu perkara buat saya excited ialah pilihan untuk menjadi member Seremban Landscape. Ada 2 jenis harga iaitu normal price dan member price. Saya tak melepaskan peluang menjadi ahli untuk dapat harga istimewa.. Semasa membuat bayaran, saya daftar on the spot. Harga member jauh lebih murah berbanding harga biasa. Jimat banyak gais!
![]() |
| Membership di Seremban Landscape, Seremban 2 |
Apa yang saya suka, tiada bayaran untuk keahlian, hanya beli tanah atau baja terus dapat diskaun. The best part, ada promo exclusive untuk ahli. Puas membelak dan membeli pokok idaman, terus pulang ke rumah.. Tak sabar untuk re-pot dan susun di balcony rumah..
Sesiapa yang tinggal di area Seremban 2, cawangan baharu ini memang convenience. Parking pun mudah, tak sesak dan ruangnya pun selesa untuk bawa keluarga.
Overall, kunjungan pertama saya ke Seremban Landscape Seremban 2 memang berbaloi dan puas hati. Saya pasti akan datang lagi terutama bila nak tambah tanaman baru di rumah. Kalau anda berada di Seremban, saya sangat recommend untuk singgah dan jika suka boleh daftar sebagai member juga, for me memang berbaloi.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,











aduhh.. sebagai salah seorang peminat pokok-pokok, rasa sangat teruja dengan nursery yang interior tersusun kemas macam ni.. rambang mata tengok. lama betul tak ke seremban, pernah tinggal di seremban tahun 94..
ReplyDeleteKalau rindu datang Seremban boleh singgah mencuci mata di sini..
DeleteRumah Cuya takde pokok indoor, mungkin ibu dgn ayah tak minat nak tanam2 ni. Tapi kami ada pokok di luar rumah
ReplyDeleteSekarang Cuya diberi amanat untuk siram pokok durian abang hari2 hehe. Harap dapatlah merasa durian tu satu hari
Hehehe comellah Cuya.. Jaga amanat abang baik-baik kalau tidak, tak merasa durian dari pokok abang..
Deletekemas tersusun..cantik2 pasu nya...banyak pilihan, memang menarik..berbaloi jd member, takde yuran, dapat diskaun...marketing yg bagus..
ReplyDeleteKemas kann kak nohas.. LZ suka pergi nursery yang tersusun rapi, bersih jadi tak buang banyak masa untuk memilih pokok-pokok..
DeleteSalam singgah. tq sbb sudi drop komen kat my lil blog. menariknya entry ni. saya suka bunga2 dan berkenan la tgk mcm2 jenis pasu yg lawa2 tu! best kalau ada nursery indoor gini kat my area. so far mcm tak de kot
ReplyDeleteSama-sama.. We support each other..
DeleteKalau minat pokok memang teruja tengok nursery macam ni Mama Zharfan, keluar mesti ada sesuatu yang dibeli..
Namanya memang T20 ke atau sebab harganya yang mahal dan pokok rare?
ReplyDeleteNama pokok T20 ni bromeliad. Mahal ada orang jual beratus harga sepokok sebab itu saya namakan pokok T20, hehehe
DeleteBlog baru, saya dah follow, blog baru ni..Persembahan blog menarik..blogger dari Seremban N. Sembilan kan..
ReplyDeleteYa saya blogger dari Negeri Sembilan.. Terima kasih atas sokongan.. :-)
DeleteWahhh..SA x pernah sampai lagi ni..SA minat pokok Bromeliad tu..boleh la beli kat sini nanti...boleh la jalan-jalan hujung minggu ni memandangkan SA tak jadi balik Johor...ni kalau x kawal nafsu memang terjebak ni..kebetulan SA memang nak cari indor plant untuk meja kerja lagi...
ReplyDeleteBetul SA, syurga dunia untuk pencinta pokok hehehe
Deletenak kena start semula ni menanam
ReplyDeleteSilakan Mek Yuhh.. Best hobby menanam pokok ni tau untuk healing 😁..
Delete